[60]

15K 628 37
                                    


" Ibuu.. Hiks.. Hikss.. Ibu.. Ibu!... ". Mia terbangun apabila mendengar suara Aira menangis teruk sambil memanggil dirinya. Mia menoleh ke sebelah untuk melihat Aira namun mata yang tadinya layu terbuka luas apabila menyendari Aira tiada di sebelah nya.

" Aira! Aira! ". Mia dengan cemas bersama jantung yang berdegup kencang bangun dari katil ingin mencari Aira. Mia risau sesuatu berlaku kepada Aira. Mungkin Aira terjaga kerana haus dan ingin pergi minum di dapur.

Seketika langkah Mia terhenti, Mia berpaling ke atas meja kecil di tepi dinding. Mia nampak masih ada air di dalam cawan plastik beserta botol susu yang masih penuh lagi. Jadi tak mungkin Aira keluar ingin mengambil air.

Lagi pula ketinggian Aira yang separas bawah pinggangnya tidak akan dapat mencapai air yang ada di atas meja dapur. Mia semakin cemas lekas Mia berlari keluar dari bilik untuk mencari Aira.

Riak wajah Mia sudah berubah risau dan bercampur takut. Mia takut Aira terluka atau sebagainya. Mia melangkah keluar ari rumah, Mia tidak peduli dirinya yang hanya berbaju tshirt biasa berlengan panjang dan memakai kain hitam tanpa bertudung.

Sebaik Mia membuka pintu rumah Mia terkejut dengan tubuh kecil Aira yang sedang berdiri di atas rumput sambil menangis kencang. Mia menyarung selipar lalu bergegas ke arah Aira. Mia melutut di hadapan Aira yang tak berhenti menitiskan air mata.

" Aira, Aira sayang kenapa Aira ada dekat luar ni sayang. Aira okay tak. Aira buat ibu risau sayang ". Mia tidak menyedari ketika dia membuka pintu rumah, pintu rumah tersebut tidak berkunci sedangkan sebelum tidur Mia sudah menguncinya terlebih dulu.

Aira memeluk tubuh Mia ketat sambil menyembamkan wajah dan mengeluarkan tangisan di bahu Mia. Mia menepuk Aira dan menepuk badan Aira supaya Aira berhenti menangis. Mia tak mengerti bagaimana Aira boleh pergi sehingga ke sini.

" Ibu... ". Panggil Aira lemah berselang seli dengan tangisannya. Mia mengucup tepi kepala Aira sambil tangan tak berhenti memujuk Aira agar berhenti menangis.

Mia masih tak sedar ada seorang lelaki di belakang tubuhnya sehingga bunyi suara Aira yang mengeletar mengejutkan Mia. Aira menjerit nyaring dengan suara seraknya akibat menangis. Aira juga mencengkam kuat baju Mia.

" Hey sayang kenapa ni? Mari kita masuk dalam ya. Ibu bagi Aira minum air dulu sebelum sambung tidur ". Mia bangun sambil Aira berada di gendongannya. Namun baru Mia berpaling menghala ke pintu masuk.

Seseorang menutup mulutnya. Mia meronta kuat. Mata Mia terbeliak besar melihat wajah lelaki yang dikenalinya itu. Namun sayang, kudrat Mia tidak setanding lelaki itu. Tubuh Mia hampir jatuh jika tidak disambut oleh lelaki itu.

Aira yang hampir jatuh daripada pegangan Mia juga sempat di sambut dan diberi kepada orang suruhannya. Tubuh Mia dicempung dan berlalu masuk ke dalam kereta. Begitu juga Aira yang masih meronta kerana di dukung oleh orang yang tidak dikenali.

Lelaki yang mencemoung tubuh Mia tadi mendengus lalu dengan satu kain yang bercampur ubat dibekap ke mulut kecil Aira sehingga budak perempuan berusia dua tahun itu tidak sedarkan diri lagi. Lelaki tersebut tersenyum sinis kerana berjaya mendapatkan miliknya semula.

" Kita jumpa lagi Mia.. ".

Ujar lelaki tersebut sambil menatap Mia dan Aira secara berganti. Menatap wajah isterinya dan wajah anak perempuan nya yang lena di sebelah ibunya. Lelaki yang dikenali sebagai Is semakin melebarkan senyumannya.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now