[6] : Culik 2

23.2K 905 26
                                    


"Kenapa ni?". Soal cikgu disiplin itu. Matanya bergerak ke dalam tandas ternampak Is yang sedang bergerak ke pintu tandas. Mia menyorokkan diri dibelakang Mia menyorok di belakang badan cikgu disiplin itu. Biar cikgu lelaki ini melindungi dia dari ketua syaitan itu.

"IS!!!!!!". Jerit cikgu disiplin yang dikenali sebagai cikgu Sulaiman.

Is dan Mia di bawa masuk ke dalam bilik disilpin sekolah. Mia masih tidak berhenti menangis. Membuatkan Is bengang!

"Duduk!!". Tegas arahan yang diberikan oleh cikgu Sulaiman.

Is duduk berhadapan dengan cikgu Sulaiman manakala Mia dipeluk oleh cikgu Syahza di atas sofa. Mia masih mengeluarkan air mata. Tidak berhenti.

"Kamu ni kenapa Is!! Tak cukup buat masalah tambah lagi masalah yang lain!!". Soal cikgu Sulaiman tegas dan garang.

Is hanya memandang Mia tajam.

"Saya tanya kamu ni!!". Tengking cikgu Sulaiman lagi. Terkejut Mia dan cikgu Syahza mendengar tengkingan itu.

"Mia bagitau saya apa yang Is cuba buat pada kamu!". Ujar cikgu Sulaiman memerlahankan nada nya.

Cikgu Syahza melepaskan pelukkan dan memberi isyarat kepada Mia supaya menjawab.

"Dia.. dia.. cuba nak buat sesuatu yang tak elok..". Jelas Mia sambil air mata yang mengalir.

Terkejut cikgu Sulaiman dan cikgu Syahza mendengarnya.

"Betul ke apa yang Mia cakap tu Is?". Soal Cikgu Bako garang. Kuat. Tegas.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now