[49]

11.4K 526 43
                                    

💜🌈

######

Syafira terbangun daripada tidurnya apabila terasa sakit pada badannya. Perkara pertama yang Syafira nampak ialah figura Jack yang tidur sambil memeluk tubuh Syafira. Syafira tersenyum sambil memerhati wajah lelaki yang dicintainya.

Syafira sungguh terkilan dengan sikap Jack pada malam tadi. Tapi ini kehendak Syafira juga bukan salah Jack. Syafira rasa mungkin ini masanya untuk dirinya pergi dari kehidupan Jack. Syafira sudah membuktikan bahawa dia tidak menjual diri pada Faris atau mana-mana lelaki lain.

Syafira mengalihkan tangan Jack yang memeluk tubuhnya. Syafira bangun sambil menahan sakit yang menjalar. Airmata Syafira jatuh buat sekian kali. Sakit di tubuhnya tidak setanding dengan sakit di hati Syafira.

Syafira mengutip baju yang telah dikoyakkan oleh Jack pada malam tadi. Walaupun sudah koyak tapi Syafira masih memugutnya. Bukan untuk dipakai tetapi untuk dibuang. Syafira menguatkan diri untuk bangun dan menukar pakaian yang dia pakai pada malam tadi.

Selepas selesai Syafira menyarung tudung nya sambil memerhati Jack yang sedang tidur pulas. Seakan tiada sesuatu yang telah berlaku. Syafira mengambil dompetnya bersama. Sebelum keluar dari bilik. Syafira sempat menoleh melihat Jack buat kali terakhir.

Syafira akan pergi jauh dari Jack. Kalau itu yang Jack mahukan. Syafira tidak mahu dihina dan dicaci oleh Jack lagi, biarlah perkara semalam menjadi moment antara mereka. Syafira dengar tangisan yang sedih melangkah pergi tanpa berpaling lagi.

Kekecewaan dan keperitan di hati Syafira biarkan Syafira sendiri yang menanggungnya. Syafira yang mahukan semua ini jadi Syafira juga patut menerima dengan redha. Syafira berlari di tepi jalan sambil menangis.

Syafira sungguh mencintai Jack tapi Jack tidak mempercayai Syafira lagi. Syafira memukul dan menumbuk dadanya yang terasa penuh. Airmata mencurah jatuh. Syafira bagaikan orang hilang arah. Ego Jack menghancurkan segalanya. 

Sampai di satu lorong jalan raya yang sepi. Syafira ingin melintas namun dirinya yang terlalu lemah akhirnya jatuh di tengah jalan, pada masa yang sama sebuah kereta bergerak menghala ke arah Syafira yang melintas.

Nasib baik pemandu tersebut sempat menekan break sebelum melanggar Syafira yang terlantar di jalan raya. Mia terkejut bukan main apabila ada seorang perempuan tiba-tiba melintas tanpa melihat ke kiri dan kanan. Is yang memandu mendengus geram.

Kebetulan mereka lalu di situ mahu pergi makan di suatu tempat nasi lemak yang sedap tetapi terpaksa menghadapi situasi sebegini. Mia menanggalkan seatbelt untuk keluar melihat. Namun dicegah oleh Is.

" Jangan keluar kau duduk je dalam ni. Biar aku tengok ". Is membuka pintu kereta dan berjalan ke depan tempat di mana Syafira jatuh tidak sedarkan diri. Mia yang berdebar kerana hampir berlaku kemalangan tadi keluar dari kereta. Nasib tidak melanggar perempuan terbabit.

" Ya Allah! Abang! Cepat tolong dia ni abang! Dia tak sedarkan diri. Abang angkat dia kita bawa pergi ke hospital. Ya Allah kasihannya ". Mia dengan perut yang semakin membesar mencuba memeriksa Syafira.

Is terdiam. Mia dengan nada gusar mengarah Is mengangkat perempuan tidak dikenali tersebut. Mia tidak cemburu ke? Selalunya perempuan yang sudah berkahwin pasti cemburu apabila suami menyentuh perempuan lain. .

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now