[36]

14.9K 594 9
                                    


Sorry lmbt update 😭 author sad laa pasal idea tuk citer ni tak kuar. Tak tau kenapa? 😭 sorry tau. Korg still bace kan? Terus kan okay 👌👌 jgn lariii pasal author tak update n chapter hambar namati 😟.
Enjoy 💜👌

########





Di sini Mia berdiri di kawasan pantai sambil memeluk tubuh menikmati keindahan ombak yang kunjung berganti mengalir. Sesekali tudung Mia terangkat ditiup angin yang agak kuat. Mia dan Is berada di sini sempena honeymoon mereka.

Puas Mia menolak mengatakan Is sibuk bekerja namun mama tetapi memaksa mereka untuk berbulan madu sedangkan perkahwinan mereka sudah mencecah tiga bulan.

Lain pula Is yang mengangguk menyokong mama untuk pergi bercuti dengan Mia. Mia cuba mengawal perasaan kekok apabila berada berdekatan Is tambah lagi di sini hanya dirinya dan Is. Tiada orang lain yang dikenali.

Pantai AS menjadi pilihan mama untuk menjalankan honeymoon. Padahal boleh je kalau honeymoon dekat dalam Malaysia. Kos juga tak banyak dikeluarkan. Tetapi perangai Is yang turut menyokong menyebabkan mereka telah berada di sini.

Is menatap Mia dari kejauhan sambil bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Betapa tajamnya Is menatap Mia yang masih berdiri tanpa bergerak ke tempat. Nasib Mia mencari tempat dari kejauhan orang ramai. Walaupun bila Is menoleh ke tepi kanan terlihat beberapa orang sedang duduk bersembang dengan pakaian yang mengikut budaya mereka.

Sejurus menoleh ke arah keberadaan Mia semula. Mata Is mengecil untuk memastikan apa yang dilihat ialah betul. Seorang lelaki Inggris berdiri tidak jauh dari Mia dengan badan yang tidak berbaju.

Perasaan geram timbul di hati Is dengan langkah yang segera besar. Is mendekati Mia yang nampak kekok dan seakan tidak selesa dengan kedatangan lelaki Inggris muda tersebut.

Sebaik sampai di sebelah Mia, Is terus melingkarkan tangan pada pinggang Mia lalu mengucup lama pipi Mia di hadapan lelaki Inggris tersebut. Riak muka terkejut lelaki Inggris tersebut menyungingkan senyuman sinis dari bibir Is.

" Hello my name is James ". Lelaki Inggris tersebut menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Is. Mata lelaki Inggris yang bernama James mengerling Mia yang nampak cantik pada pandangannya.

Is bersalam dengan senyuman yang tidak ikhlas. Seketika muka James berubah apabila Is sengaja mencengkam tangannya.

" Sorry this is my wife. I take her go okay. Please jangan tegur orang yang kau tak kenal macam awek kau tepi pantai tu sial ". Pada permulaan nada ayat Is masih lembut namun di akhir ayat yang penuh bahasa melayu tegas sambil menyorot tajam James.

James membuat muka pelik. Baru mulut mahu membuka untuk bertanya Is menarik tubuh Mia pergi ke arah bertentangan. James tercenggang sendiri. Niat nak mengorat orang berlainan bangsa tidak berhasil.

" Lain kali orang yang tak kenal tegur kau. Ajak kau bersembang ke tak payah layan. Tak payah tunggu berdiri macam tunggu lagi. Terutamanya lelaki. Kau kenal ke lelaki tu? Aku tengok steady je kau layan dia. Apesal lupa yang kau tu pegang tittle isteri orang bila datang negara barat ni? ".

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now