[14]

19.3K 744 33
                                    


"Dah aku dah siap bersihkan dah tu. Aku nak masuk boleh? aku haus ni". Ujar Mia. Peluh yang keluar di dahi dan leher dikesat menggunakan hujung lengan baju.

Dari tadi kerja tanpa henti. Selepas bersihkan daun kering kena cabut rumput yang dah jadi lalang pula. Tak cukup tu sampah yang ada kena bakar. Sekarang mungkin dah menjelang jam 8 malam kot.

Hari pun dah gelap semacam je. Tekak yang haus menyebabkan Mia meminta air daripada Is yang dari mula Mia bekerja sehingga abis asyik duduk di kerusi sambil ligat mata memerhatikan Mia.

" Aku rasa kau tak siap lagi kerja tu. Aku boleh nampak lagi daun daun yang kau tak sapu". Balas Is tenang. Riak penat yang terpampang pada wajah Mia dihiraukan.

"Esok sambung boleh? Aku penat lah. Dari petang tadi aku langsung tak berhenti buat kerja. Bagilah aku rehat sekejap. Aku haus , aku nak minum. Tak boleh ke kau simpati sikit dekat aku".

Mia menelan air liur. Rasa kesat tekak yang langsung tak menerima setitik air daripada tadi tambah tambah lagi penat baru lepas membuat kerja.

Terpancul ketawa sinis yang tersungging pada bibir Is mendengar apa yang Mia katakan.

Simpati? Memang tak lah!

" Kenapa aku nak kena simpati dekat kau? ". Soal Is daripada duduk kini dia bangun berdiri berhadapan dengan Mia.

Mia menjilat bibir yang kering dengan lidah supaya basah daripada kering yang boleh menyebabkan bibir dia merekah.

" Aku dah ikut cakap kau. Aku dah bersihkan macam kau suruh apa lagi yang kau nak ni? Boleh tak perangai kau jangan macam setan " Mata Is tunak merenung tajam ke arah mata Mia. Tangan mengempal menjadi penumbuk.

Tanpa sekarang kata pipi Mia dicengkam kuat dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menarik rambut Mia sehingga Mia terdonggak ke atas.

Air mata berkumpul di tubir mata. Sudah lah penat , Is pula melayan Mia macam ni.

"Mulut kau jaga sikit. Jangan sampai sebab kan mulut kau kau merana. Apa tadi kau panggil aku? Setan? Setan ni lah yang akan seksa kau Mia. Tengok kau menderita tau tak!! Jangan sampai tangan aku naik lagi dekat kau , kau tak nak kan? Jadi jaga perangai kau jangan nak jadi sial sangat!".

Cengkaman pada pipi dan rambut Is lepaskan ganas. Terjatuh Mia ke lantai. Serentak setitis air mata Mia jatuh.

" Kau nak aku simpati dekat kau kan? Kau nak air kan? Kau haus betul tak. Takpe kau tunggu sekejap okay aku pergi ambilkan kau air special untuk kau. Tunggu eih!".

Is berlalu pergi tak tau ke mana. Mia melayan perasaan. Kenapa lah nasib aku macam ni. Eloknya aku tak perlu meminta pada setan macam kau Is! Dasar lelaki tak guna. Aku benci kau. Jerit Mia di dalam hati.

Tak sampai lima minit Is sampai bersama setimba air. Bukan air masak atau air mineral tetapi air paip.

Rambut Mia ditarik terdonggak lagi sekali Mia. Kedua tangan Mia menyentuh rambutnya yang perit di tarik Is. Riak wajah Mia jelas menunjukkan yang dia sakit dengan perlakuan Is.

"Kau nak air kan? Ni air aku bawa kan! Minum lahh". Terdorong Mia ke arah timba yang ada di depannya. Penuh dengan air paip. Hampir tertumus Mia mengenai mulut timba.

Bengang Is melihat Mia hanya menunduk ke bawah. Pantas Is donggakan kepala Mia ke atas lalu Is mengambil timba dan dicurahkan air yang penuh tadi ke atas mulut Mia.

Meronta Mia. Bukan setakat mulut habis lencun Mia kerana air tersebut terusan mencurah ke mukanya.

Setelah puas Is melempar timba ke tepi. Manakala Mia terbatuk batuk menahan perit di tekak apabila air masuk dengan mendadak.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now