[62]

15.6K 637 65
                                    


" Ha--Hareez.. Saya nak jumpa anak saya. Mana awak letak Aira Hareez mana? Bawa saya jumpa anak saya Hareez.. ". Mia merayu pada Is yang sedang duduk menghadap balkoni bersama rokok ditangan. Mia mengabaikan asap rokok yang berkepul itu.

Mia cuma mahu bertemu dengan Aira itu saja. Sudah dua hari Mia tidak bertemu dengan Aira. Mia cukup rindu dengan Aira dan terselit perasaan takut jika Is melukai Aira. Aira masih kecil dia tak tahu apa yang berlaku.

Is mengabaikan Mia yang merayu pada dirinya. Is duduk bersandar sambil terus menghisap rokok tersebut dan asap dilepaskan memenuhi kawasan balkoni itu. Kaki Is juga lurus terletak pada palang balkoni.

" Hareez.... "

" Aku dah berapa kali cakap dekat kau! Jangan panggil aku Hareez! Aku bukan Hareez. Aku Is! Is! Sekali lagi kau panggil aku dengan nama tu kau siap! ". Ujar Is penuh penekanan tanpa menatap Mia sedikit pun.

Selepas habis satu batang rokok, Is mengambil yang baru. Mia masih teguh berdiri untuk memohon kepada Is. Biarlah Mia bertemu dengan Aira. Mia tak pasti baagimana keadaan anak perempuan nya itu.

Sudah makan ke belum. Mia tak pasti anaknya itu dapat tidur lena tanpa di peluk oleh Mia. Mia menyapu air mata yang meleleh jatuh. Mia mesti kuat untuk Aira! Mia tak boleh tunjuk kelemahan pada Is.

Mia menghampiri Is lagi. Sesekali Mia memejamkan mata apabila asap rokok mengenai wajahnya dan seluruh tubuhnya. Jujur Mia tidak suka akan rokok. Nuamun disebabkan Mia menginginkan sesuatu, Mia mesti mengharungi juga.

" Hareez... Saya merayu pada awak. Izinkan saya bersama dengan Aira. Tolong Hareez.. ". Ketika Mia sibuk merayu. Is mengetatkan rahangnya erat apabila Mia terusan memanggil dirinya sebagai Hareez. Is tidak suka orang memanggil namanya yang dulu.

Bagi Is, Hareez sudah mati. Yang tinggal hanya lah Is. Manusia yang penuh dengan sifat kejam tanpa belas kasihan.

" Hareez--- ".

" Berapa kali aku nak ingatkan kau ni Mia! ". Is bangun dengan kasar. Is menolak kerusi rotan yang dia duduk tadi ke tepi sehingga terbalik. Mia terdiam dengan perasaan takut. Mia mengundur apabila Is mula melangkah mendekati dirinya.

" Berapa kali aku nak ingatkan kau Mia?! Berapa kali?! Aku cakap jangan panggil aku dengan nama tu! Tapi kau degil. Kenapa kau tak dengar cakap aku ni? Hmm ". Is memegang rokok yang masih menyala sambil mendekati Mia.

Is bergerak perlahan dengan riak wajah yang tegas. Is menatap Mia tajam sehingga Mia terus mengundur dan melanggar pintu balkoni. Mia takut sungguh takut. Mia dapat rasakan Is bukan seperti yang dulu.

" Ha--- Is tolong.. Saya merayu bagi saya jumpa Aira! Is awak buat apa ni!? ". Mia hampir menangis apabila Is tidak berhenti bergerak. Is berdiri tepat di depan Mia sambil mengukirkan senyuman sinis.

Is menatap rokok yang tinggal separuh dengan akal yang jahat sebelum menatap Mia semula. Mia memejamkan matanya apabila Is semakin mendekat sehingga hujung kaki mereka bertemu.

Is mengangkat rokok dan dihisap perlahan. Dengan satu tangan lagi yang kosong Is menangkap belakang tengkuk Mia dan dalam sekelip mata, Is menemukan bibir mereka berdua.

Mata Mia yang tadinya terpejam erat kini terbuka luas dan pada detik itu juga pandangan mereka bertemu. Semasa itu Is melepaskan semua asap yang disimpannya ke dalam mulut Mia. Semakin besar bebola mata Mia dengan tindakan Is.

Sebaik Is melepaskan tautan Mia terus tersedak dan mengeluarkan batuk akibat asap tersebut masuk ke dalam kerongkongnya. Mia membungkuk sambil memegang dadanya yang perit. Is hanya tersenyum jahat.

Mata Mia berubah menjadi merah sambil melepaskan batuk yang kuat. Dengan perlahan air mata Mia mengalir kerana perit pada tekaknya. Mia tidak pernah menghadapi keadaan seperti ini.

Mia hampir jatuh jikalau lengannya tidak di sambut oleh Is selepas Is mencampak lebihan rokok itu ke lantai. Is menakup pipi Mia dengan kasar. Senyuman jahat masih terukir pada wajah Is.

" Jangan main-main dengan aku Mia. Sekali aku cakap jangan. Maksudnya jangan. Kau nak jumpa anak kau kan. Boleh tapi dengan satu syarat.... ". Tanpa Mia sangka, Is terus mengheret Mia masuk ke dalam dan dihempaskan ke katil.

Mia cuma diam sambil cuba melegakan tekak yang sakit. Sakit pada belakang badan nya tidak dihiraukan. Mia hanya memandang Is dengan tatapan sayu selepas dapat menangkap apa yang akan berlaku selepas ini.

Mia akan melakukan apa sahaja asalkan dia bertemu dengan Aira. Mia sungguh merindukan Aira. Mia cuma berharap Aira kekal sihat seperti sebelumnya. Is melepaskan baju yang tersarung pada tubuhnya.

Mia lekas memejamkan mata apabila Is mula melangkah mendekati dirinya. Apa lagi yang boleh Mia lakukan selain membiarkan perkara itu berlaku. Lagi pun Mia masih bergelar isteri kepada Is.

#########

" Aira... ". Mia sedikit menjerit apabila menemui Aira yang dilepaskan oleh Jack dan berlari ke arah dirinya. Mia membuka luas tangannya sehingga Aira masuk ke dalam dakapan Mia.

Mia memeluk tubuh kecil Aira erat melepaskan rindu yang teramat. Mia juga mencium segenap wajah Aira. Mia memeriksa seluruh tubuh Aira. Risau Aira di pukul atau di dear oleh orang suruhan Is.

" Ibu rindu Aira sayang ". Mia kembali memeluk tubuh Aira. Mia betul-betul meluapkan rasa rindu pada Aira. Jack di hujung sana hanya berani memandang Mia dan Aira penuh kasihan.

Jack sendiri tak berani ingin membantu Mia. Jika boleh Jack ingin membantu Mia namun apa yang boleh Jack lakukan selain mengikuti arahan Is. Is melangkah keluar daripada bilik sambil membetulkan tali lehernya.

Is hanya berjalan melepasi Mia dan Aira yang sedang berpeluk di lorong depan bilik tersebut. Is tidak berminat mahu menyapa sesiapa di situ dan hanya berlalu pergi. Jack sedikit sebanyak berasa kesal dengan sikap Is.

Tapi semasa Is melalui dirinya, Jack terpaksa membungkuk hormat. Is terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Mia mendukung tubuh kecil Aira yang berceloteh dengan nada suara yang perlahan.

Semasa Mia mengangkat wajahnya. Pandangan Mia bertemu dengan Jack. Mia tersenyum kelat pada Jack sebelum masuk ke dalam bilik sambil membawa Aira. Mia mesti memastikan keadaan Aira.

######

" Boss pihak selatan ingin bertemu dengan boss ". Ujar salah satu daripada bodyguard Is sebaik Is masuk ke dalam kereta dengan lagak ketuanya. Is duduk dalam keadaan kaki berlipat.

" Cakap dengan dia aku tak nak jumpa sesiapa buat masa ni ". Balas Is keras. Bodyguard tersebut memgangguk faham. Bodyguard tersebut membungkuk hormat sebelum menutup rapat pintu kereta.

Is menatap lurus ke depan dengan tajam. Seketika Is teringat kejadian selepas hampir tiga tahun tak berjumpa dengan Mia. Mia masih sama. Tapi itu hanya seketika sebelum Is menyandarkan belakang tubuh ke kerusi kereta.


#####

Sorry baru update kome 😭😭😭 author busy 😂😭

Hope Ade org bace lagi 💜🌈😢







DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now