[46]

11.4K 505 31
                                    


Adam mengikuti langkah Syalin daripada belakang. Adam sentiasa mengekori di mana saja Syalin pergi tanpa pengetahuan Syalin sendiri. Adam nampak dengan jelas Syalin mengusap pipinya mungkin kerana menangis.

Adam juga nampak cara jalan Syalin yang agak aneh. Adam berada di depan syarikat Is menunggu Syalin keluar namun tidak Adam sangka kan Syalin akak keluar dengan keadaan sebegini.

Adam menghampiri Syalin yang berura-ura mahu membuka pintu kereta. Adam menghalang Syalin dengan memegang lengan Syalin. Syalin sedikit terkejut pantas berpaling menghadap Adam.

" Aa--Adam ... ". Panggil Syalin dengan perasaan berkacau bilau kerana mendapat jerkahan daripada Is sebentar tadi. Adam mengukirkan senyuman untuk pujaan hatinya.

" Syalin boleh kita bercakap sekejap ". Adam masih memegang lengan Syalin. Hati Adam berdenyut sakit apabila melihat pipi dan wajah Syalin yang basah.

Syalin tanpa bicara hanya mengangguk. Adam tersenyum hambar. Syalin mahu berbicara dengan dirinya.

Sekarang Adam dan Syalin berada di sebuah restoran makan yang berhampiran setelah Adam dan Syalin masing-masing memandu kereta sendiri ke restoran ini. Syalin masih diam sambil mengawal riak muka.
Sesekali Syalin mengelap wajahnya yang terasa lembab dan basah akibat menangis. Malu Syalin dibuatnya apabila Adam melihat dirinya begini. Terasa malu menggunung.

" Syalin saya nak minta awak sesuatu boleh? Awak boleh tunaikan apa yang saya katakan nanti? ". Adam membuka mulut terlebih dahulu setelah mereka berdiam dalam beberapa minit.

" Apa dia? ". Soal Syalin semula. Adam yang mendapat lampu hijau dari Syalin segera bertanya tanpa berlengah. Syalin bertentangan mata dengan Adam sambil menunggu Adam.

" Syalin. Boleh tak kalau awak berhenti buat semua ni? Berhenti buat semua yang sia-sia ni yang hanya boleh buat hati awak sakit Syalin. Boleh? ". Reaksi Syalin terkejut dengan permintaan Adam.

Syalin tidak menyangka Adam akan berkata begitu. Permintaan Adam untuk berhenti membuat segala yang telah Syalin rancangkan untuk mendapatkan Is? Begitu?

Syalin menatap Adam dengan riak pelik. Kenapa Adam cakap macam tu. Setelah beberapa lama Syalin ingin mendapatkan Is tak akan Syalin mahu berhenti macam tu je.

" Tolong Syalin. Tolong berhenti buat benda yang sia-sia. Berhenti kejar Is. Is tu dah beristeri Syalin. Is tu dah jadi suami orang! Syalin berhenti buat diri awak terluka Syalin berhenti! Semua yang awak rancangkan tak akan berjaya! Tak akan! Is tu bukan bodoh, dia tahu perangai isteri dia macam mana! Jangan rosakkan rumah tangga Is! Tolong dengar cakap saya Syalin ".

Ujar Adam lirih. Riak Adam berubah kecewa bercampur marah lalu Adam meraup wajahnya. Adam cuba menghalau perasaan marahnya pada Syalin. Syalin sukar untuk mendengar kata Adam.

Syalin terdiam lagi. Semua kata Adam ada betul nya. Selama ini Syalin penat mengejar Is namun tidak pernah berjaya. Is tidak pernah melihat Is walaupun dengan satu mata.

Syalin sedih. Selama ini dia menyimpan perasaan pada Is namun rupanya dirinya bukan lah orang yang dicintai oleh Is. Mesti orang yang Is cintai ialah Mia isteri Is. Syalin menunduk.

Semua kata Adam benar. Syalin terlalu bodoh untuk perasan semuanya. Syalin terlalu buta oleh perasaannya pada Is. Syalin tidak pernah memandang orang lain selain Is.

Syalin berasa terlalu kerdil kalau dibandingkan dengan Mia isteri Is. Orang yang Is cintai. Bukan dirinya. Bukan Syalin mahupun perempuan lain. Tanpa sedar airmata Syalin jatuh membasahi pipi Syalin lagi.

Adam terkelu. Adam tiba-tiba berasa hiba. Adam terlalu ikutkan emosi me lepaskan semuanya pada Syalin sehingga membuat Syalin mengalirkan air mata. Adam terlalu teruk untuk Syalin ke?

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now