[65]

15.1K 684 132
                                    

Mia masuk ke dalam rumah mengikuti Is dari belakang sambil mengusap lengannya kerana suhu di luar yang begitu sejuk. Mia masih di berada belakang Is menuju ke dalam bilik. Sekarang sudah menunjukkan jam dua belas pagi. Selepas bertemu dan berbincang sesuatu dengan lelaki yang dikenali sebagai Zaxier.

Is terus membawa Mia pulang ke rumah. Mia sendiri tak habis fikir kenapa Is bersusah payah membawa Mia untuk pergi bersama. Sedangkan tiada apa yang perlu dilakukan oleh Mia menemani Is ke sana. Cuma sebelum keluar dari bilik tempat Is bertemu dengan Zaxier. Mia seakan dapat merasai sesuatu yang pelik.

Mia sendiri melihat senyuman sinis yang terukir di wajah Zaxier sebelum keluar tadi. Sampai sekarang senyuman menyeramkan Zaxier masih terngiang di kepala Mia. Seakan ada perkara buruk akan terjadi nanti. Sedang sibuk Mia berfikir tanpa sedar tubuhnya melangkah tubuh kekar Is yang sudah berhenti melangkah apabila sampai di pintu bilik mereka.

"Auwhh.. ". Ringis Mia dan serentak itu Mia terhuyung ke belakang dalam dua langkah. Lekas Mia menyentuh dahinya yang terhantuk dengan tubuh belakang Is. Is menoleh menatap Mia dengan datar.

" Maaf saya tak perasan awak dah berhenti ". Ujar Mia perlahan ketika Is sibuk menatap dirinya tanpa lepas. Mia menundukkan kepalanya memandang kakinya sendiri daripada terus menatap pandangan tajam Is.

Is mendengus tajam dan membuang pandangan ke hadapan dalam beberapa saat barulah Is memulas tombol pintu. Mia pula menggigit bibir melihat reaksi datar Is. Mia memilih pergi ke arah Aira yang di tempat kan di bilik lain.

" Kau nak pergi mana? ". Suara garau bercampur keras milik Is kedengaran dibalik sunyi pagi itu. Kaki Mia terhenti sendiri. Dengan perlahan Mia berpusing menghadap Is kembali.

" Saya nak tengok Aira sekejap. Kesian dia saya tinggalkan tadi. Saya risau dia terjaga lepastu menangis. Aira tak biasa tidur kalau saya tak ada sebeleah dia. Jadi saya nak---- ".

" Stop! Aku tak nak dengar ceramah kau. Aku tanya sikit kau jawab jelah terus perlu ke nak cerita dari A sampai Z? ". Perli Is pedas pada Mia selepas memotong jawapan Mia seketika tadi. Mia sekali lagi menunduk. Mia menggigit bibirnya lagi apabila terasa di sindir.

" Tak payah nak check sangat anak kau tu. Jack dah bagitahu aku Aira tak merengek ke apa. Jadi kau masuk dalam ni. Jangan nak mengedik sangat! ". Sambung Is lagi sambil memeluk tubuh. Baju coat yang tersarung mencetakkan jelas bentuk lengannya yang semakin besar dan keras.

Is bukannya bodoh nak tinggalkan Aira seorang budak tanpa pengawasan. Memang Jack sendiri ikut Is tadi. Tapi Jack menitip anak buah nya yang lain untuk menjenguk Aira dan memberitahu keadaan Aira pada Jack sendiri. Dan itu semestinya atas arahan Is.

Mia memandang Is dengan reaksi yang terkejut.

" Be--Betul ke? ". Senyuman terbit dengan perlahan tanpa disedari oleh empunya badan. Mia bersyukur mendengar Aira tidak merengek ataupun terjaga. Tapi itu hanya seketika sebelum otak Mia menyatakan sesuatu.

Is mengambil berat tentang Aira dalam diam? Hati Mia berbunga seketika sambil senyuman semakin mekar. Mia percaya sikap sayang dan belas kasihan masih ada dalam diri Is walaupun perlakuannya kasar pada Mia dan Aira.

" Masuk! Aku nak kau layan aku! ". Bunyi pintu dipulas dan terbuka menyentapkan hati yang berbunga seketika tadi. Senyuman Mia yang mekar berubah luntur dengan tuturan Is. Mia tersenyum kelat.

Patutlah Is tidak izinkan Mia untuk menjenguk Aira. Mia memejamkan matanya lagi. Kenapa hati Mia terasa sakit. Mia menghela nafas berat. Ingat status Mia. Kau masih isteri Is walau apa pun. Bisik hati Mia pada Mia. Mia mengangguk seorang diri.

" Masuk lah! Kau tunggu apa lagi dekat luar tu! ". Sekali lagi suara kasar Is kedengaran. Mia dengan langkah perlahan masuk ke dalam bilik. Pandangannya pertama yang mata Mia tangkap ialah Is tanpa baju.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now