[57]

12K 565 46
                                    

Abaikan typo aku mls nk check 🌚



Mia terbaring di atas katil sambil mengiring menghadap anaknya yang selamat lahir ke dunia dengan cara normal. Mia mengucup dahi anaknya yang masih lemah. Sesekali Mia tersenyum sendiri sambil mengelus pipi anaknya.

Mia sudah dibolehkan balik ke rumah selepas lima hari berubah di hospital. Mia juga sempat menitiskan air mata terharu dan teruja melihat cahaya matanya selamat lahir. Mia masih ingat rasa sakit yang tidak boleh digambarkan macam mana.

Nasib baik selepas sedar daripada pengsan yang agak lama Mia dapat mendukung dan memeluk tubuh muncul anaknya itu. Air mata seorang ibu jatuh melihat wajah kemerahan anaknya. Mia masih ingat lagi Puan Aisyah dan Tuan Hussein juga teruja untuk memegang anaknya ini.

Mia bersyukur sekurangnya masih ada Tuan Hussein dan Puan Aisyah yang mengambil berat tentang dirinya walaupun tiada suami di sisi Mia. Mia sedikit terkilan tapi lekas Mia mengusir fikiran itu menjauh.

Mia mengucup pipi anaknya lagi akibat terlalu gembira. Mia masih dalam pantang dan dijaga oleh Puan Aisyah yang berulang alik dari rumah mereka ke rumah Mia. Mia ada pernah mengatakan kepala Puan Aisyah supaya tidak terlalu menjaga Mia.

Mia bukan apa. Mia cuma banyak terhutang budi pada Puan Aisyah yang selalu membantu dirinya pada setiap masa. Begitu juga Tuan Hussein yang tak ketinggalan. Tapi Puan Aisyah tetap menjaga Mia sehingga mengambil langkah untuk menginap di rumah Mia.

Mia setuju sekurangnya Puan Aisyah tak perlu berulang alik ke rumah mereka lalu ke rumah Mia. Puan Aisyah cukup menjaga Mia dengan ketat. Segala pantang larang mesti diikut dengan betul tanpa bantahan. Mia hanya membiarkan selagi semuanya betul. 

" Mia sudah cium Aira tu. Mari sini kita minum air akar ni dulu ". Puan Aisyah membawa satu gelas berukuran besar berisi air rembusan akar untuk Mia. Mia menoleh melihat Puan Aisyah dengan sengihan melebar.

" Mia cuma terlalu gembira sebab tak percaya anak Mia dah lahir dengan sihat. Tambah lagi anak Mia rupanya perempuan sama macam ibu dia kan sayang ". Jawab Mia lalu mencium puncak hidung anak perempuannya.

Mia selamat melahirkan anak perempuan yang cukup sifat dan sihat. Mia tak terlalu kisah tentang jantina anaknya jika perempuan, Mia terima dan jika lelaki juga Mia akan terima. Nur Aira Binti Hareez Mikael nama pandang anak perempuan Mia.

Mia cukup bahagia anaknya lahir dan automatic akan menjadi peneman hidupnya pada masa akan datang. Puan Aisyah tersenyum melihat senyuman lebar yang terukir pada wajah menantunya.

Inilah kebahagian yang Puan Aisyah mahukan untuk melihat senyuman manis Mia bukan kesedihan. Puan Aisyah teringat pada anak lelaki nya Is. Entah apa khabar Is sekarang ini. Sejak kejadian Is datang ke rumah mereka mencari Mia.

Is langsung tidak menunjukkan wajahnya di depan Tuan Hussein mahupun Puan Aisyah sendiri. Puan Aisyah dapat menjamin Is telah menjadi lebih jahat seperti yang Is katakan. Firasat seorang ibu.

Puan Aisyah membawa air rembusan akar tersebut dan dihulurkan kepada Mia sambil duduk di birai katil melihat cucu perempuan yang kelihatan sungguh comel. Mia merengut hidung nya kerana bau air akar yang menyelusup masuk ke dalam hidung.

Sebenarnya Mia tidak suka akan air akar itu. Rasanya sungguh tak enak. Pahit tekak Mia jika menelan air akar itu. Puan Aisyah mengeleng kepala menjelaskan agar Mia tidak menolak air akar tersebut.

Mia mencebekkan bibirnya konon ingin menangis kerana di paksa untuk minum air akar yang Mia elakkan. Tuan Hussein yang kebetulan ada di pintu bilik sambil memerhati interaksi antara isterinya dengan menantunya untuk meminum air akar itu.

" Minum air akar tu Mia. Jangan nak mengelat. Air tu elok untuk kamu. Dulu mama kamu ni pun selalu minum masa berpantang kan Is tu. Jadi kamu minum juga. Suka atau tak minum! ". Tuan Hussein sengaja menegaskan suaranya.

Mia mengapai gelas tersebut dengan lafaz bismillah Mia cuba menghabiskan air tersebut. Sudahlah gelas yang Puan Aisyah berikan bersaiz agak besar daripada gelas biasa. Mia mengerutkan dahi apabila rasa tak sedap dan pahit mula terasa pada lidahnya.

Mia menarik nafas seakan lelah selepas menghabiskan air akar dengan terpaksa. Barulah Puan Aisyah dan Tuan Hussein tersenyum melihat Mia berjaya menghabiskan air tersebut. Tuan Hussein mengambil tempat di sebelah kiri cucunya yang sedang tidur lena.

" Cucu atuk tidur ya. Buka lah mata tu biar atuk, nenek dan ibu kamu dapat tengok putri cantik mereka ni ". Ujar Tuan Hussein dengan nada rendah menggoda Nur Aira yang terlalu kecil untuk menjawab katanya.

" Aira tak nak dengar cakap atuk ya. Nakal Aira ni ". Sahut Mia pula dengan nada bermain sambil mengelus pipi lembut merah Aira yang tidur. Selepas kata Mia dengan ajaibnya Aira tersenyum tanpa membuka mata.

Hal itu mendapat pekikan teruja daripada Mia dan Puan Aisyah akibat terlalu gembira melihat Aira merespon kata  ibunya sendiri. Tuan Hussein berpura sedih kerana Aira tidak merespon ketika dua meminta Aira membuka mata.

" Cucu atuk ni tak sayang atuk ya ". Tuan Hussein mencubit geram pipi tembam milik Aira danmeringis sakit seraya menjauh tubuhnya selepas mendapat cubitan berbisa daripada Puan Aisyah.

Mia tergelak dan diikuti Aira yang kembali bersama senyuman lebar apabila mendengar atuknya bergurau dengan dirinya. Seakan faham kata mereka semua dan mereka bertiga ketawa bahagia apabila Aira merespon atuknya kali ini.

Nampaknya kehadiran Aira membawa sinar pada Mia dan mertuanya. Tanpa mereka sedar Is semakin menggila di luar sana.



#######



Is mencekik leher seorang lelaki yang tidak membayar hutangnya pada tarikh yang betul. Is menguatkan lagi cengkaman sehingga wajah lelaki tersebut berpeluh dan wajah mulai berubah warna kerana tidak cukup nafas.

" Aku boleh bunuh kau sekarang tapi apa kata kita main dulu. Biar kau sedar kau salah berurusan dengan aku! ". Seusai itu Is mencampak tubuh lemah lelaki itu ke lantai lalu mengisyaratkan orang-orangnya untuk membawa lelaki itu ke tempat biasa.

Is melangkah santai keluar meninggalkan lelaki itu bersama orang-orang nya sambil mejerit memohon maaf daripada Is. Tapi sayang Is tidak mengendahkan suara lelaki itu. Seorang anak buahnya memberi sebuah fail kepada Is dan Is menyambut dengan kasar.

" Uruskan hal ni. Aku tahu petang ni dah settle! ". Ujar Is seapas membaca setiap perkataan di atas kereta tersebut. Lelaki yang merupakan suruh an Is mengangguk dan bergerak pergi untuk melakukan seperti yang diarahkan oleh bossnya.

Is melangkah ingin naik ke atas biliknya untuk merehatkan badan. Namun baru beberapa langkah hampir menaiki tangga suara Jack menghentikan langkah Is. Jack berdiri tidak berjauhan dengan Is.

" Aku jumpa sesuatu tentang mama papa kau ". Sebaris ayat daripada Jack cukup membuat Is menegang sambil menahan emosi. Is mengenggam tangannya kuat tanpa memandang Jack.
Is pasti perkara itu berkaitan dengan isterinya Mia yang telah menghilangkan beberapa bulan ke belakangan ini. Jangan fikir Is tidak mencari Mia malah Is tetap mencari Mia sehingga jumpa.








########

Lalalalala guys. 🌚

Kome nak anak Mia boy tapi author buat girl🙈🌚😂

Kome tau kenapa Nur Aira jadi pilihan author? 😹😂 sape yg tau katne pernah jumpa nama Aira tu cerr gitauuu 🌚😆😂

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now