[37]

14.9K 596 18
                                    

Cahaya yang masuk melalui lubang atas sliding door balkoni tepat kena di atas wajah Mia. Mia mencelikkan mata secara perlahan. Seketika hembusan nafas terkena di leher Mia. Mia dengan perlahan menoleh.

Seketika Mia menelan air liur payah di waktu pagi begini. Terlihat Is tidur sambil menghadap Mia dengan tangan melingkar di pinggang ramping Mia. Automatic Mia menggigit bawah bibir supaya suara tidak keluar.

Paling membuat malu Mia naik ialah keadaan Is yang tidak berbaju hanya selimut yang menutup dari bawah dada Is hingga ke kaki. Mia mati kutu mahu melarikan diri daripada Is.

Sebelum Is bangun tidur lebih baik Mia bangun dari depan mata Is. Mia mendapat akal sebelum melarikan diri mesti Mia kena mengalihkan tangan Is terlebih dulu. Mia memegang selimut yang mula melorot jatuh sebaik Mia menegakkan badan.

Mia memegang selimut yang melorot menggunakan tangan kiri. Manakala sebelah tangan yang masih bebas mengangkat tangan kekar Is ke tepi. Dengan bissmillah Mia berjaya mengalihkan tangan Is daripada memeluk pinggangnya.

Mia mendudukkan diri dengan sedikit susah. Baru Mia perasan yang mereka berada di bawah satu selimut tanpa sebarang pakaian. Terdetik di hati Mia untuk menoleh ke bawah. Sebaik menoleh Mia dapat baju dia dan Is bersepah di bawah.

Tanpa berfikir panjang lagi Mia menyelak selimut yang menutup tubuh badannya yang langsung tiada seuray senang menyambar pantas baju dan melarikan diri ke dalam bilik air. Sampai di bilik air barulah Mia boleh menarik nafas lega.

Sekurangnya Mia tidak lah malu jika berdepan dengan Is apabila Is bangun nanti. Jadi Mia lekas membilas tubuh. Dalam fikiran Mia sekarang ini lebih baik Mia lekas mandi lepastu keluar.

Kenapa Mia berfikir macam itu? Sebab malu Mia masih bergunung tinggi. Tidak pula Mia fikirkan tentang Is yang berkemungkinan mengamuk jika dirinya tidak ada di dalam bilik nanti.

Selesai Mia membersihkan badan. Mia meliarkan mata mencari bajunya namun tiada baju yang perlu dia pakai. Hanya terdapat baju yang dikutip sebentar tadi. Takkan Mia nak pakai baju malam nanti pulak.

Seketika Mia merenung baju yang dibawa ke dalam bilik air. Tadi punyalah Mia kelam kabut pakai sambar je baju tanpa pandang lebih. Hujung jari telunjuk dan ibu jari mengangkat baju yang diambil tadi dengan memegang secara cubitan kecil.

Tak lama selepas itu mata Mia membesar dengan sempurna. Baju yang disambar bukan lah baju miliknya kecuali baju putih milik Is. Mia dengan tabiat biasa menggigit bibirnya lagi. Tuala yang membalit tubuh dipegang pada simpulannya. Mia memejam mata kerana kesalnya.

Boleh pulak Mia salah ambil baju. Ni lah kalau perasaan kelam kabut, takut dan gementar bersatu. Semuanya jadi tak betul. Baju pun boleh kelain perginya. Akibat terlalu lama di dalam bilik terdengar ketukan di pintu bilik air dari luar.

" Mia kau dekat dalam ke? Buka pintu ni aku nak masuk mandi ". Suara garau dari luar bilik air mendebarkan hati Mia. Ketukan pada pintu masih kedengaran.

Mia meletakkan baju putih besar Is ke tempatnya tadi. Mia lekas memerhati sekeliling supaya mencari bahan untuk menutup badannya yang terdedah. Malu masih tinggi jadi Mia tak akan dedahkan tubuh badan pada Is.

Habis tu? Malam tadi boleh pulak? Errk.

" Mia.. Mia.. Buka pintu ni. Aku nak masuk yang kau diam aje ni kenapa? ". Tegur Is lagi. Pelik kerana tiada sebarang suara yang menyahut panggilan suaranya.

Is bangun bila tangan yang mengagau ke tempat Mia tidur kosong. Lekas Is bangun dengan kantuk yang masih bersisa. Is membiarkan selimut melorot jatuh ke pinggangnya. Tubuh atas yang terdedah dihiraukan.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now