[32]

15.1K 628 23
                                    


Sorry lambat update. Busy lah weyh. Sakit hati upgrade keyboard ni emosi sume hilang.  Sabo jelah.

----







" Aku nak tunjuk kau satu benda. Aku pasti kau suka ".

Seusai ucapan itu seorang wanita tersungkurr tepat di hadapan kaki Is dengan tangisan yang kuat. Lelaki yang di pukul separuh mati oleh bodyguard Is membeliakkan mata.

Lelaki yang berlumuran darah menggigil ketika melihat gadis yang tersungkur betul-betul depan matanya. Gadis yang merupakan kekasih dari lelaki tersebut meringis sakit akibat di tolak jatuh ke lantai dengan kuat oleh bodyguard Is.

" Fara... ". Sebut lelaki tersebut lemah. Matanya bersinar akibat sakit yang dia alami. Bertambah dengan melihat gadis miliknya jatuh tanpa belas kasihan.

" Zul.. ". Gadis yang bernama Fara menahan sedu apabila matanya bertembung dengan mata teman lelakinya yang lemah sambil di ikat atas kerusi.

Iya. Lelaki yang diupah Zaxier untuk menghancurkan Is ialah Zul. Orang kepercayaan Zaxier. Malangnya Zaxier terlalu bodoh untuk semua itu. Dengan menghantar Zul bukan suatu perkara yang betul. Malah dengan sekelip mata Zul boleh mati di tangan Is dengan mudah tanpa berfikir lebih lagi.

" Tch. Boyfriend girlfriend saling bertatap melepaskan rindu ke? ". Ejek Is yang dari tadi melihat Zul dan Fara saling memainkan mata. Is berdiri dengan angkuh sambil memeluk tubuh.

" Aku tak ada masa nak tengok drama korang dekat sini. Sekarang aku nak kau jawab soalan aku siapa yang hantar kau ".

Is tidak lagi berpeluk tubuh melainkan menatap Zul dengan tajam. Is hanya melihat Fara yang masih di atas lantai sekilas. Tidak berminat terhadap perempuan tersebut.

Zul tetap berdiam diri tidak membuka mulut untuk menjawab soalan Is. Sekarang baru Zul menyesal kerana menuruti arahan Zaxier untuk menjatuhkan Is. Apa yang Zul tahu, Is tidak akan pernah dijatuhkan oleh sesiapa.

Kesabaran Is menipis dengan tak semena-mena bodyguard Is mengheret Fara bangun dari lantai. Fara yang tidak bersedia terus menjerit sakit. Zul membulatkan mata apabila kekasih dia dipaksa bangun dengan kasar.

" Kau nak buat apa dengan dia hah!!? Kau jangan apa apakan dia!! Jangan sentuh dia lah sial!!? ". Lantang Zul menjerit walaupun tekaknya terasa perit.

Tetapi yang penting sekarang nyawa Fara. Kekasih hati Zul. Perempuan yang akan menjadi isteri Zul tidak lama lagi. Zul meronta agar terlepas daripada ikatan tali yang begitu melekat kuat pada badannya.

Is mencengkam leher baju Zul ketat. Zul hanya mampu menatap Is tajam dengan wajah yang geram. Is mendekatkan kepalanya ke arah telinga Zul.

" Baik kau cakap siapa yang hantar kau. Kalau tak ---  ". Bisik Is keras. Tetapi sengaja Is menggantungkan ayatnya seraya berpaling melihat Fara yang mengeliat untuk melepaskan diri dari bodyguard Is. Sebuah senyuman iblis terbit pada wajah Is.

" Kalau tak -- Aku akan suruh bodyguard aku lepaskan baju girlfriend kau dan lepas tu kau bayangkan apa yang bodyguard aku boleh buat bila nampak lauk yang pergh! Tak boleh brain sial. Macam mana apa jawapan kau Zul ".

Tersentak kaku tubuh Zul mendengarkan ugutan kasar Is. Jika dirinya menjadi taruhan, Zul sendiri tidak kisah tetapi ini Fara. Calon isterinya tidak lama lagi.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now