[48]

11.7K 543 70
                                    

Hampir ending tapi author nak buat byk konflik camne? 😂😂

###########

Kandungan Mia sudah mencecah usia kelima bulan. Perut Mia semakin membesar sihat. Mia sekarang berada di rumah Puan Aisyah. Kata Is lebih baik ada orang menjaga Mia semasa ketiadaan Is di rumah. Jadi sejak hamil tiga minggu Mia selalu datang ke rumah Puan Aisyah.

Puan Aisyah juga dengan senang hati menjaga Mia. Maklumlah cucu pertama kan. Mestilah teruja tu lebih. Mia juga lebih menjaga diri selepas mengetahui bahawa dirinya sedang mengandung.

Tambah lagi semasa usia kandungan Mia masih muda iaitu tiga minggu. Mia sekarang ditemani oleh mama Is. Semasa bekerja Is akan menghantar Mia ke rumah ibu bapanya.

Kata Is keselamatan Mia lebih terjamin kalau ada orang yang menjaga Mia. Mia yang tidak boleh membantah Is akhirnya hanya menuruti kehendak Is. Mia ingat semasa mengandung tiga minggu. Mia membuat kerja rumah sambil berhati-hati.

Sedangkan mama sudah menghalang Mia daripada membuat kerja rumah. Mia bukannya melawan tetapi dirinya terlalu bosan kalau duduk sahaja tanpa membuat kerja.

" Mia... Buat apa tu kan mama dah cakap tak payah. Pagi tadi mama dah sapu sampah dah. Dah dah jangan buat lagi. Bagi sini penyapu tu ". Mama datang bersama reaksi yang sedikit cemas.

Penyapu pada tangan Mia di ambil lalu diletakkan ke tepi dinding. Mama membawa Mia ke atas sofa lalu mengenggam tangan Mia erat sambil dielus lembut. Mia mengukirkan senyuman walaupun sebenarnya dia ingin melakukan sesuatu.

" Mama, Mia bosan lah kalau duduk je tak ada buat apa. Lagipun Mia boleh buat kerja lagi. Bukannya Mia tak larat ". Ujar Mia membalas pandangan mamanya yang redup. Mama tersenyum kecil melihat kerajinan Mia.

" Tak boleh lah macam tu Mia. Kandungan kamu masih muda, masih lemah jadi lebih baik jangan buat kerja dulu tunggu kandungan tu dah kuat baru buat okay? Percaya cakap mama ". Pujuk mama lembut. Puan Aisyah ada sebab melarang Mia daripada melakukan sebarang kerja.

Kerana dulu Puan Aisyah juga berperangai seperti Mia semasa usia kandungan masih muda. Terlampau rajin melakukan sesuatu kerja. Tetapi akhirnya kerajinan semasa masih mengandung menyebabkan Puan Aisyah terpaksa redha akan kehilangan anak sulungnya yang dikandungnya berusia empat minggu.

Puan Aisyah keguguran anak sulungnya yang merupakan abang Is. Perasaan sedih dan bersalah tinggi dalam diri Puan Aisyah sehingga Puan Aisyah hampir kemurungan. Namun akibat sokongan daripada suaminya terus menguatkan Puan Aisyah.

Tetapi akibat daripada itu, selepas hampir setahun Puan Aisyah disahkan mengandung lagi iaitu Is. Puan Aisyah lebih berwaspada menjaga kandungannya ini dengan tidak melakukan sebarang kerja kerana di larang oleh suaminya Tuan Hussin.

Jadi Puan Aisyah tidak mahu perkara tersebut berlaku kepada Mia; menantunya. Memandangkan ini kali pertama Mia mengandung. Jadi biarkan Puan Aisyah menjaga Mia supaya tidak berlaku sesuatu yang buruk.

Mia tidak mahu menghampakan mama hanya tersenyum manis. Kalau mama hendakkan macam tu jadi Mia akur. Mia mengusap perutnya sambil bersandar pada bahu Puan Aisyah.

Mia tersenyum lebar apabila mengingatkan moment semasa dia mengandung tiga minggu. Kerja rumah yang Mia buat akan sentiasa di halang oleh Puan Aisyah. Mia mengusap perut yang membesar dengan lembut.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now