[66]

14.1K 635 105
                                    


Mia menekup telinga apabila terdengar suara tembakan yang tidak berhenti beserta suara gerangan seseorang yang berada di tingkat bawah. Mia sendiri tak pasti berapa ramai orang yang cuba untuk membunuh Is berada di bawah. Mia cuba berharap Is terselamat.

Mia merapatkan tubuh ke pintu sambil mendakap erat tubuh kecil Aira yang menangis di balik dada Mia. Mia sendiri tidak tahan mendengar bunyi tembakan menggila tersebut. Hanya Aira dan airmata Mia yang menemani dirinya saat genting ini. Boleh ke Mia ucapkan sesuatu kepada Is.

Mia menutup erat kelopak matanya dan membiarkan butiran air mata jatuh tanpa henti. Mia masih sayangkan Is. Itu yang Mia ingin ungkapkan kepada Is. Mia nak menjerit yang dia masih cintakan Is walaupun Is telah sakitkan dan lukakan suku daripada hati Mia.

Sudah hampir dua puluh minit perkara mengerikan ini berjalan tetapi tiada seorang pun anak buah Is datang menyelamatkan Mia seperti yang dikatakan oleh Is tadi. Bunyi orang menghentakkan kaki kedengaran di balik balkoni Mia.

Mia mengangkat kepala untuk melihat siapa. Mia melihat kelibat seorang lelaki berada di balkoni. Mia menarik Aira semakin menrapat pada tubuhnya. Mia takut jika orang di balik balkoni itu adalah orang jahat dan bukan orang Is. Mia memejamkan matanya apabila terdengar pintu balkoni di tolak dan terbuka.

" Mia mari ikut aku ". Mia membuka mata apabila suara yang begitu dikenali memanggil dirinya. Mia melihat Jack di hadapannya sambil menghulurkan tangan. Mengajak Mia pergi mengikuti Jack.

Mia membawa Aira dalam gendongan. Aira begitu takut sehingga memeluk erat leher Mia. Bagaikan tidak mahu terpisah walau macam mana cara sekali pun. Jack mengangguk kepada Mia dengan maksud mereka akan pergi sekarang ini. Tetapi Mia tidak bergerak.

" Jack... Jack.. Awak kena tolong Hareez.. Awak kena tolong Is! Dia.. Ada orang nak bunuh dia Jack!.. Is de--dekat bawah tolong Jack! ". Mia tiba-tiba menghamburkan tangisan seraya mengoyangkan lengan Jack beberapa kali kerana risau dengan keselamatan Is.

" Auwhh.. ". Jack memegang lengannya yang digoyang agak kuat oleh Mia seketika tadi. Lekas Mia melepaskan pegangan pada lengan Jack. Mia memandang Jack pelik. Jack mengetap kuat giginya.

Seketika Mia terpana apabila di celah jari jemari Jack mengalir darah tanpa segan. Mia menatap Jack serba salah. Jack cuba menahan lengan yang terkena tembakan tadi. Tetapi selepas di tekan oleh Mia darah dengan serta merta keluar. Jack tak boleh berlengah lagi. Masa dah semakin suntuk.

Jack baru lepas terkena pukulan dan tembakan semasa cuba berlawan dengan orang Zaxier. Zaxier mengkhianati Is. Is sendiri sudah jangka perkara ini akan berlaku. Tetapi Is tidak fikirkan secepat ini Zaxier akan membunuh dirinya. Jack juga tahu akan perkara tersebut.

" Jom! Kita dah tak ada banyak masa dah ni. Is yang suruh aku selamatkan kau. Cepat sebelum orang Zaxier datang ke sini ". Ajak Jack lagi sambil menarik tubuh Mia supaya bergerak pergi. Mia dengan rasa serba salah tetap mengikuti Jack.

" Orang orang Is ada dekat bawah. Kau turun dulu. Aira biar aku yang bawa kan ". Jelas Jack pada Mia. Mia dengan susah payah memberikan Aira pada Jack sambil memberi isyarat senyap pada Aira yang seakan mahu menangis.

Mia turun mengikuti tali yang di pasang dari balkoni sehingga ke bawah. Terdapat empat orang lelaki berdiri sambil memegang senjata masing-masing dan menjaga sekeliling Mia. Mia berjaya turun walaupun tangannya sudah terasa pedih. Mia bergerak menjauhi tali tersebut memberi ruang untuk Jack turun.

" Jom! ". Jack masih mendukung Aira walaupun sakit di lengannya semakin ngilu terasa. Mia mengikuti langkah besar Is bersama empat orang tersebut di belakang mereka. Namun hampir sampai di pintu pagar mereka terhalang dengan tiga orang Zaxier.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now