[20]

18.8K 676 16
                                    

Kahwin ke tak?! Kahwin ke tak?! Asal otak aku blank sangat ni! Cepat lah berfungsinya!? Selalunya cepat je otak ni meransang idea tapi harini lain pulak dah!?

Marah Mia pada otaknya sambil mengetuk - ngetuk kepala dengan tapak tangan berkali kali. Puas memerah otak supaya membantu dalam membuat pilihan namun ? Otak tak bagi kerjsama la pulak.

Dasar bengong!

Sedang Mia berfikir dengan duduk di atas katil Is menerjah masuk ke dalam bilik. Is hanya melihat Mia sekilas lalu berlalu ke almari mengambil baju.

Mia menggigit bibir menahan perasaan sendiri. Mia memandang belakang badan Is yang mencari baju.

Nak pergi tanya ke tak?! Nak ke tak?

Is menutup almari lalu pergi menghampiri pintu bilik bersama pakaian yang di pilih. Namun belum sampai keluar pintu nama Is diseru oleh Mia

" Is ... " Seru Mia. Mia bangun perlahan ke arah Is berdiri. Is berpusing menghadap Mia sambil kening terangkat satu.

Mia sekali lagi menggigit bibir mahu menghilangkan gugup berhadapan dengan Is. Mata Is dari atas sehingga ke bawah memeriksa Mia dengan muka yang tidak berperasaan.

Semakin gugup Mia rasakan bila mata Is mula men-scan dirinya atas bawah. Kepala Mia tundukkan ke bawah tidak mahu bertentangan dengan Is.

" Kau nak cakap apa? Cepat! Aku ada hal ni. Kalau takde apa aku blah " Setelah agak lama akhirnya Is bersuara kerana kebisuan Mia. Jam di tangan kanan dikerling untuk mengetahui masa sekarang. Sebentar lagi dia ada hal yang nak diselesaikan

" Eh! Sekejap sekejap! Aku ada hal nak cakap dengan kau ni!". Tahan Mia tergesa gesa mendengar Is mahu berlalu pergi.

"Language kau Mia! " Tegur Is keras. Tak! Suka bila Mia menggunakan kau-aku dengan dia. Rasakan yang Mia tiada adab bila bersuara dengan dia.

Mia menunduk.

" Maaf". Perlahan suara yang Mia lontarkan selepas ditegur Is. Kalau ikut kan hati mahu saja Mia melawan Is apabila suka suka mengarah dia. Mia lebih suka menggunakan aku-kau dengan Is berbanding saya-awak.

Rasanya dengan manusia seperti Is ni tidak perlukan kelembutan melainkan kekerasan. Nasib baik Mia mahu bertanya dengan Is dengan cara yang baik. Kalau ikutkan hati Mia mungkin dia sekejap lagi akan dihukum Is akibat melawan Is .

" So? Kau nak cakap ke tak! Aku nak cepat ni ". Sekali lagi Is menyoal Mia yang terusan berdiam diri

"Saya nak cakap pasal perkahwinan tu. Saya rasa awak patut beri saya masa lebih lagi. Perkahwinan ini bukan perkara main main. Jadi saya harapkan awak beri saya masa lagi. Awak tak keberatan kan?"

Mia menyimpan perasaan gugup sebaik mungkin. Wajah Is ditatap Mia menunggu jawapan.

Namun hampa. Mia menghembus nafas berat setelah Is tidak memberi response yang baik manakala Is terus berjalan pergi tanpa memberi Mia jawapan yang dikehendaki.

Mia memerhatikan belakang Is yang berjalan. Sesaat Is berhenti tidak jauh dari Mia. Lantang bersuara yang membuatkan Mia menjadi kelu.

"Cukup baik aku nak ambil kau jadi Isteri aku daripada aku jadikan kau perempuan simpanan aku". Is kembali berjalan tanpa menghiraukan Mia

Kembali Mia masuk ke dalam bilik. Dia memeluk tubuh menghilangkan rasa terkilan dengan layanan Is

Macam tu ke nak Mia kahwin dengan dia! Perangai pon tak senonoh! Kesal hati Mia

+++++

" Saya taknak kahwin dengan awak". Is menghalakan pandangan ke arah Mia yang bersuara.


Tak sampai lima minit Is masuk ke dalam bilik Mia mula menaikkan kemarahan dia. Mia menatap Is yang membuka butang baju dengan berani.

Buat apa dia kahwin dengan Is kalau akhirnya diri dia juga yang sengsara. Lebih baik dia berterus terang yang dia tak mahu berkahwin dengan Is. Daripada akan menjadi masalah suatu hari kelak.

"Apa masalah kau ni!? Tak ada adab ke dengan aku? Aku penat aku malas nak cakap pasal hal ni". Ujar Is sambil meneruskan kerjanya membuka butang baju.

Riak yang kurang senang jelas terlihat di muka Mia. Mia menatap Is dengan penuh kebencian. Macamni ke nak jadi suami dia? Memang taklah!

" Saya taknak kahwin dengan awak! Awak tak faham ke? Lepaskan saya! Saya penat hidup macam ni. Untuk apa kita kahwin?! Untuk apa?! Tak ada faedah pun!? Jadi tolong! Saya minta tolong lepaskan saya!".
Jerit Mia. Sudah penat otak memikirkan perkara tersebut. Akhirnya ini juga jawapan yang Mia dapatkan. Tidak tahu sebentar lagi dia bakal menjadi mangsa kemarahan Is.

Is mengetap gigi kuat. Mia cukup mencabar kesabaran dia. Dirinya penat selepas terpaksa berjumpa dengan papanya tadi pasal kerja yang sudah lama dia tangguhkan.

Sekarang? Mia pula?! Tak serik lagi mungkin. Baju yang butang sudah terlerai Is campak ke lantai dengan riak yang menakutkan Mia. Terundur Mia ke belakang.

Kini baru lah Mia sedar yang dia sudah meninggikan suara dia terhadap Is. Hati Mia mula berdengup kencang.

"Aku dah bagi kau amaran Mia kenapa kau degil sangat ni? Kenapa?! Aku tak faham. Kau sepatutnya bersyukur tau tak. Pasal aku cukup baik nak jadikan kau tu isteri aku. Cuba kau bayangkan aku jadikan kau perempuan simpanan aku? Apa perasaan kau Mia apa!

Tapi aku tak sangka lah yang kau ni lebih suka aku jadikan kau perempuan simpanan aku dari isteri aku sendiri?! Wow menakjubkan Mia"

Luah Is menyindir Mia. Mia tercengang sambil menghadam kata kata yang dikeluarkan oleh Is kepada dirinya. Mia menggigit bibir sendiri menahan perasaan.

Jangan sampai Mia tercarut dekat muka Is!

"Apa masalah awak ni! Saya tau awak sendiri taknak kahwin dengan saya pun kan. Apa yang awak tak puas hati dengan saya lagi? Bagitahu saya biar saya betulkan semuanya!".

Balas Mia dengan nada perlahan. Penat dirinya bila bercakap dengan Is yang selalu ingin kan kemenangan padahal hanya kekosongan yang Is dapat.

Mia mengenang nasib dirinya sendiri. Sampai bila dia nak terus hidup begini? Sampai bila? Sampai tua?!

" Aku tak kisah Mia ! ". Sejurus itu Is menolak tubuh badan Mia ke katil. Setelah berbuat begitu Is mengunci Mia supaya tidak dapat melepaskan diri

" Is kau buat apa ni! Lepas lah!". Jerit Mia takut. Bahasa yang digunakan juga turut bertukar akibat takut.

" Just enjoy sayang "

Is tersenyum manis. Oh! Tak! Silap Is tersenyum sinis kepada Mia yang jelas takut pada dirinya.






++++++

Sorry baru update. Nanti aku update satu lagi.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now