[45]

11.5K 508 50
                                    


Sorry baru update 😢




##########

" Bila perut kau ni nak berisi hmm? ". Is memeluk pinggang Mia yang sedang duduk di luar rumah sambil termenung bersama secawan air teh. Bahu Mia terhinggut apabila terkejut dengan pelukan Is.

Namun setelah itu Mia tersenyum apabila Is mengubah tempat duduk di sebelahnya. Is memegang tangan kanan Mia lalu diremas perlahan. Mia hanya mampu tersenyum.

Mia juga inginkan anak namun sehingga kini masih tiada rezeki. Mia juga sedih akan hal tu. Mia pasti Is juga tertunggukan kehadiran anak mereka. Ada perasaan sedih muncul pada hati Mia apabila Is mula bertanya tentang anak.

" Belum rezeki abang. Abang nak kan anak sangat ke? Mia minta maaf sebab sampai sekarang Mia masih tak mengandung. Mia minta maaf kalau Mia dah kecewakan abang. Mia minta maaf ". Ujar Mia lirih. Mia terasa ingin mengalihkan airmata kerana sedih dengan dirinya yang belum mengandung.

Sedangkan perkahwinan mereka sudah menjejaki satu tahun. Namun masih tiada rezeki untuk Mia mengandung. Is yang sedar perubahan Mia terus menarik Mia ke dalam pelukan nya.

" Hey hey. Jangan nangis. Aku tanya je kalah kau belum mengandung sekali pun aku tak kisah. Kau masih isteri aku milik aku. Jadi jangan menangis. Aku taknak kau sedih tentang hal ni. Belum ada rezeki lagi. Nanti kalau sampai waktu ada lah tu okay ".

Is memukul Mia sambil mengusap lengan Mia supaya tangisan Mia reda. Mia pula kecewa sehingga menangis dalam pelukan suaminya. Mia berasa dirinya mengecewakan Is walaupun Is mengatakan sebaliknya.

" Mi--Mia mi--minta maaf abang. Mia--- ".

" Shh. Jangan cakap apa apa lagi. Aku tak nak dengar. Aku nak kau tahu yang aku tak kisah kalau kita belum ada anak lagi. Tu bukan satu masalah. Jadi tolong berhenti menangis. Kau nampak buruk bila menangis. Hodoh! ". Dalam Is memukul sempat dia bergurau untuk menenangkan Mia.

" Abang! ". Mia memukul bahu Is geram. Orang sedih boleh pula dia buat lawak! Mia tergelak sedikit sambil menyorokkan wajah pada dada Is. Sejak dua menjak ni Mia suka dengan bau Is.

Tidak pasti kenapa. Tapi Mia terasa hidup nya bahagia bersama Is walaupun pada permulaannya agak kecelaru. Kini Mia sudah jumpa dengan kebahagian dirinya. Cuma kalau ada anak mungkin lebih membahagiakan kehidupan Is dan Mia.

Is tersenyum sebaik mendengar Mia ketawa. Sekurangnya Is boleh menghilangkan tangisan Mia walaupun masih kedengaran Mia menyedut hingusnya. Is menepuk belakang badan Mia.


######



" Bagi aku jumpa dengan Is sekarang! Cakap Syalin nak jumpa ". Ujar Syalin pada Jack yang kebetulan keluar dari bilik kerja Is. Jack mengerutkan dahi pelik dengan arahan Syalin. Syalin fikir dia siapa nak arahkan Jack.

" Kau fikir kau siapa nak arahkan aku! Tak sedar diri ke kau? Datang nak jumpa dengan suami orang? Kau tak malu ke? Tak ada harga diri? Dahlah pakaian tak cukup kain. Miskin sangat ke dah? ". Balas Jack sinis. Jack berpeluk tubuh sambil menatap sinis kepada Syalin.

Syalin mendengus bengang! Ni yang Syalin malas kalau bercakap dengan Jack. Selalu Syalin yang kena semula. Syalin menjeling Jack. Syalin dengan lagaknya menolak Jack ke tepi. Jack beralih sedikit.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now