[56]

12.5K 547 41
                                    

Is menapak masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat penyeksaan Laila sebentar tadi. Is melihat keadaan Laila yang sungguh sadis dan menyedihkan jika dipandang. Wajah Laila yang hampir dipenuhi darah serta tubuh Laila yang hanya ditutupi menggunakan baju yang koyak rabak.

Is tersenyum misteri. Senyuman penuh makna dan jahat terukir di wajah Is. Is menyepak tubuh Laila tanpa bekas kasihan lalu rambut basah Laila di jambak kasar. Laila meringis sakit. Sekujur tubuhnya mati rasa. Sakit yang Laila dapati sungguh menyakitkan sehingga Laila sudah terbaring lemah tidak berdaya.

" Apa macam bitch? Seronok dengan game yang aku cipta? Aku pasti kau suka kan game aku. Bitch! Dengar sini, aku akan terus seksa kau sampai aku jumpa bini aku. Selagi aku tak jumpa bini aku, aku akan pastikan kau terseksa dengan cukup kejam! ".

Is menghempas kepala Laila ke atas katil yang sudah kotor. Is mengisyaratkan orangnya supaya membawa Laila ke bilik kurungan yang jauh lebih mengerikan berbanding bilik yang sedang ditempatkan oleh Laila. Bagi Is bitch hanya sesuai untuk duduk di tempat kotor.

Is menepuk kedua tangannya, kononnya rambut Laila merupakan najis yang dipegang. Is hanya tersenyum senget menatap dua orang suruhannya mengangkat tubuh lemah Laila menuju ke bawah.

Is merenggangkan otot lehernya yang terasa pegal. Semasa melalui Jack, Is terdiam selepas mendengar kata Jack yang berjaya menaikkan kemarahan dalam dirinya. Jack tidak sanggup melihat Is berubah menjadi lebih kejam.

" Kau buat apa ni Is? Kenapa kau berubah kejam macam ni sekali? Kau ada masalah kau boleh cerita dekat aku. Jangan bertindak tanpa berfikir. Kau kawan aku Is ". Ujar Jack lirih. Jack juga terkejut dengan tindakan kejam Is pada Laila.

Is menoleh menatap Jack setajam mungkin lalu dalam sedetik Is sudah berjaya mencengkam kolar baju Jack sehingga di empunya baju terjengkit ke atas akibat terkejut.

" Masalah aku hanya aku yang selesaikan. Kau tak perlu masuk campur. Kau uruskan kerja kau je jangan campur urusan aku! Bini aku sendiri lari dari aku. Apa kau expect tindakan aku akan jadi lebih baik. Tak Jack! Tak! Malah aku akan jadi iblis yang diorang tak pernah minta! ".

Is melepaskan kolar baju Jack dengan cara menolak tubuh Jack. Jack diam sambil menghadam kata-kata penuh kemarahan yang dilontarkan oleh. Jack tahu Is yang dulu sudah tiada. Hanya ada Is yang baru yang lebih kejam.

Jack juga tak tahu yang Mia melarikan diri daripada Is. Sedikit sebanyak Jack kesal dengan sikap Is yang semakin berhantu. Jack fikir dengan adanya Mia di sisi Is akan mengubah Is namun rupanya tidak.

Jack tahu itu bukan salah Mia melainkan salah Is sendiri. Sikap Is yang teruk kini bertambah teruk. Jack tak dapat jangka perkara apa yang akan berlaku pada hari-hari seterusnya. Jack  cuma akan sentiasa berada di sisi Is walaupun kelakuan Is melampaui batas.




#########


" Ni mama ada belikan buah-buahan untuk Mia. Mia makan tahu biar baby dalam perut tu sihat. Papa tak dapat datang jadi dia cuma kirim salam je pada Mia ". Puan Aisyah meletakkan buah-buahan yang penuh di dalam bakul.

Mia tersenyum dengan sikap baik Puan Aisyah pada dirinya. Mia juga menjawab salam yang dikirk oleh Tuan Hussein. Mia fikir Puan Aisyah dan Tuan Hussein tidak akan menjenguk dirinya rupanya tidak.

Puan Aisyah dan Tuan Hussein masih mengisahkan tentang Mia. Puan Aisyah mengerling jamnya. Nampaknya Puan Aisyah terpaksa pulang sekarang kerana dia tidak boleh berlama di situ.

" Mama balik dulu ya Mia. Mama ada hal penting kena uruskan. Mia jaga diri elok-elok. Baby tu jaga baik-baik. Makan makanan yang sihat okay. Mama pergi dulu ". Mia bersalam dengan Puan Aisyah.

Mia sebenarnya ingin berbual dengan seseorang. Kedatangan Puan Aisyah memberi semangat pada Mia namun ibu mertuanya ada perkara yang perlu diuruskan. Mia tetap tersenyum untuk Puan Aisyah.

Mia menghela nafas apabila sunyi kembali mencengkam. Mia kini tinggal di rumah berjauhan dengan rumahnya bersama Is dulu. Jauh daripada orang yang Mia kenali. Itu semua cadangan daripada Tuan Hussein.

Tapi Mia okay je dengan hal itu. Selagi semua baik-baik Mia akan okay bersama anak nya nanti. Nanti selepas ini pasti rumah yang sunyi akan berubah bising dengan kehadiran anaknya. Mia akan menunggu hari tersebut datang.




#######


Is berbaring tenang membiarkan sang pencacah tattoo mencacah tattoo di belakang tubuhnya. Sejujurnya Is sudah terpesong jauh semasa ketiadaan Mia. Is langsung tidak tahu ke mana Mia melarikan diri.

Tapi jangan fikir Is akan terus berdiam diri. Is akan tetap mencari Mia walaupun sampai ke lubang cacing. Is tak akan melepaskan Mia begitu saja. Tambah lagi anak mereka ada pada Mia. Itu semakin membuat Is akan mencari Mia sehingga ketemu.

Pencacah tattoo itu melukiskan bentuk naga separuh harimau itu pada belakang tubuh Is dengan cermat tanpa sedikit kesalahan. Is memejamkan matanya erat. Dunia Is berubah seratus peratus. Di mana Is akan menjadi orang yang lebih tidak berguna.

Mereka bangkitkan kejahatan yang tak pernah mereka fikirkan. Biar Is yang melakukan semua ini dengan jahat nya.






########


Masa berlalu dengan cepat. Pejam celik pejam celik kandungan Mia sudah mencecah bulan ke sembilan. Mia cuma menanti masa untuk bersalin sahaja. Mia sekarang menyidai baju di ampaian dengan lenguh di kaki yang terasa.

Mia memegang perut bawahnya. Sesekali Mia mengelus perutnya lembut. Cuba menenangkan diri yang penat bukan main. Biasa lah kalau dah hujung-hujung ni rasa lenguh, penat dan letih tu akan terasa.

Tapi itu tak menjadi masalah bagi Mia. Asalkan hidupnya bahagia. Sudah dua bulan Mia hidup tanpa Is. Sedikit sebanyak nama Is di hati Mia sudah terhakis. Mia sudah melupakan Is di dalam hidupnya.

Adakah Mia terlalu kejam. Mia sendiri tak pasti yang Mia pasti Mia gembira tinggal bersama anaknya ini walaupun tiada Is sebagai suami di sisinya. Seketika Mia mengesat peluh yang mengalir di dahinya.

Mia masuk ke dalam rumah lalau merehatkan diri. Mia menarik nafas dengan teratur. Mia menelan air liur susah payah. Tekak Mia terasa kering. Mia ingin bangun mengambil air namun kudratnya seakan habis.

Peluh Mia mula keluar membasahi wajahnya. Mia mula berasa tidak selesa. Tubuh Mia sakit secara tiba-tiba. Mia memegang perutnya yang sakit. Mia sudah mengalirkan air matanya.

Mia tahu yang hari ni dia akan melahirkan anaknya ini. Mia sudah menangis seorang diri. Tiada sesiapa di rumah itu. Puan Aisyah juga belum datang sejak setengah jam tadi selepas menghantar mesej kepada Mia. 

Mia semakin mengalirkan air mata sakit apabila air ketuban mula pecah membasahi kain Mia dan lantai. Mia terduduk di sofa sambil menahan sakit yang teramat sangat.

" Ya Allah! Mia! ". Puan Aisyah kelam kabut melihat Mia terduduk dengan air di seraya lantai. Puan Aisyah berlari mendekati Mia. Tuan Hussein mendengar jeritan isterinya lekas masuk ke dalam.

Tuan Hussein juga lantas berlari memimpin tubuh Mia yang sudah lemah menjerit sakit. Puan Aisyah sudah menitiskan air mata melihat menantunya kesakitan. Akibat kudrat kedua ibu bapa mentua Mia. Mia selamat ke hospital.

Tuan Hussein dan Puan Aisyah gelisah menunggu di luar wad bersalin. Puan Aisyah risau dengan keadaan Mia. Puan Aisyah semakin sedih apabila teringat tiada Is di samping Mia saat Mia memerlukan pegangan dan sokongan.

Tuan Hussein mendakap tubuh bergetar milik Puan Aisyah. Tuan Hussein juga sedih dengan keadaan Mia yang berjuang seorang diri di dalam tanpa bantuan sang suami.






######



Huhuhuhu bye nak tido 😂😂😂🌚🌚🌚



DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now