[59]

12.6K 580 30
                                    

Mia menemani anaknya ; Aira bermain di luar rumah di temani patung beruang milik Aira. Aira juga comel berbaju biru laut. Mia bercuti daripada kerja ialah hari ahad kan. Sesekali Mia tersenyum memerhati Aira bercakap dengan patung beruang miliknya.

Mia duduk di atas rumput yang tidak terlalu jauh daripada Aira yang memeluk patung beruang sambil sesekali menarik rumput yang agak panjang untuk di buat main. Mia rasa inilah moment yang terbaik patut Mia simpan sebagai kenangan.

Aira tergelak kecil lalu menoleh melihat keberadaan ibunya. Pipi tembam Aira makin besar apabila Aira tersenyum menunjukkan giginya yang kecil. Mia membalas senyuman Aira dan mengamit Aira datang mendekati dirinya.

Aira yang seakan mengerti lekas berlari terkedek sambil membawa patung beruang nya bersama. Tidak boleh ditinggal langsung patung beruang berwarna biru itu. Di mana ada Aira di situ ada patung beruang biru itu.

" Sayang ibu penat ke main macam tu. Seronok? Aira nak air tak biar ibu buat sekejap. Aira nak tunggu sini ke nak ikut ibu masuk dalam rumah buat air untuk baby ibu nii ". Mia tanpa berasa Kotor memeluk tubuh mungil Aira dan mencium pipi Aira yang basah.

Mia juga mengelap peluh yang mengalir di dahi Aira menggunakan tuala kecil yang ada di sampingnya. Memang sedia bawa kalau baby kecil Mia ni peluh.  Aira mengeleng sambil memainkan telinga patung beruang itu.

" Aira tak nak ikut ibu. Tak apa sayang, Aira sambung main dekat sini okay. Jangan pergi tempat lain. Faham? Biar ibu buatkan Aira air sekejap. Dengar cakap ibu ya Aira ".  Aira mengangguk walaupun tidak berapa jelas dengan kata ibunya.

Aira kembali ke tempatnya tadi lalau mendudukkan tubuh sambil menyambung bermain lagi. Mia bangun seraya menepuk habuk pada seluarnya. Mia mengerling Aira sekilas sebelum masuk ke dalam membuat air untuk puterinya yang letih bermain.

Mia tidak risau dengan Aira jika bermain seorang diri di luar tapi setiap masa mesti di tengok. Takut Aira ke tempat lain pula. Lagi pun Mia sudah mengunci pagar rumah. Jadi mustahil untuk Aira keluar atau orang masuk ke dalam rumah tanpa izin Mia.

Semasa Mia selesai membacuh air susu dan air kosong untuk Aira. Mana tahu Aira nak minum kedua-duanya sekali. Tapi telinga Mia menangkap samar bunyi kereta.  Lekas Mia membawa dulang berisi dua cawan air ke luar rumah.

Mia mengerutkan dahinya apabila Aira beralih ke kawasan lain bukan kawasan dia main pada mukanya tadi. Mia meletakkan dulang tersebut ke atas meja dan bergerak menghampiri Aira yang sedang menunduk melihat sesuatu di atas rumput.

" Aira buat apa ni sayang? ". Mia merendahkan diri supaya sejajar dengan Aira. Aira menatap Mia dengan pandangan pelik tapi itu hanya sekejap sebelum Aira tersenyum menampakkan gusi merah jambunya pada Mia.

" Aila jumppa niii ibuuu ". Ujar Aira dengan slang pelatnya. Mata Mia melirik mengikuti tangan kecil Aira yang menghala ke bawah dan itu berjaya membuat Mia mengerutkan dahi sekali lagi.

Mia pelik dengan kotak berukuran sederhana yang dibalut dengan pembalut hadiah bercorak patung beruang yang hampir memenuhi ruang kertas pembalut itu. Mia mengalihkan pandangan ke luar pagar rumahnya. Siapa yang bagi?

Tadi masa Mia ada dekat sini kotak ni tak ada pula. Mia menarik tubuh Aira supaya merapat pada tubuhnya. Mia mula rasakan debaran yang aneh. Seakan kotak itu menakutkan diri Mia. Mia menarik nafas kalau dihembus keluar.

Aira hanya menjadi pemerhati ibunya yang berkelakuan pelik. Mia dengan sebelah tangan memeluk tubuh Aira manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka kotak hadiah tersebut.

Selepas berjaya membuka kota tersebut, Mia hampir menjerit akibat terkejut dengan isi di dalam nya. Mia dengan tangan mengeletar mengapai isi kotak hadiah itu. Mia memerhati is kotak hadiah yang berapa kepingan gambar yang terlalu banyak. 

Mia semakin berdebar dan menjadi takut kerana orang dalam gambar itu semua ialah dirinya dan Aira. Begitu ada juga gambar Mia dan Aira berjalan masuk ke supermarket. Mia mencampak gambar tersebut sambil menahan getaran pada tubuhnya.

Aira yang merasa getaran tubuh Mia lekas memeluk leher Mia erat sambil mengecup pipi Mia dengan harapan Mia okay. Mia lekas membawa Aira masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa. Tidak dipeduli air yang dibiarkan di luar rumah.

Sebaik Mia menutup pintu rumah. Sebuah senyuman menyeringai penuh makna milik seseorang lelaki yang duduk di dalam kereta itu jelas terlihat. Lelaki itu tak lain ialah Is. Is tersenyum sinis melihat riak ketakutan pada wajah isterinya.

Is sudah agak reaksi Mia akan begitu. Walaupun kedudkannya agak jauh tapi itu tak menghalang dirinya untuk melihat Mia. Is menyarung cermin mata hitam dengan senyuman angkuh sebelum bergerak pergi.

Tinggal sikit lagi Mia dan semuanya akan kembali macam dulu. Fikir Is sambil memikirkan banyak rancangan demi membawa Mia dan anak mereka ke dalam hidup gelap nya.


########

Sejak kejadian itu, Mia menjadi takut dan berjaga-jaga. Mia juga merasakan seakan ada orang yang mengikuti Mia dan anaknya ; Aira. Mia pernah melihat sebuah kereta hitam ada di hujung rumahnya seakan memerhati Mia. Sekarang Mia menjaga Aira dengan ketat.

Mia risau jika ada orang cuba membuat jahat kepada Mia terutamanya kepada Aira. Mia tidak mahu Aira terluka. Bagi Mia, Aira ialah jantung hati kehidupan nya. Mia bergantung kepada Aira. Aira bagai separuh dari nyawa Mia. Seperti sekarang ini, Mia menepuk paha Aira lembut menidurkan Aira yang menangis ketakutan.

Aira menangis takut apabila melihat seorang lelaki berpakaian hitam sedang merenung melalui tingkap kereta semasa Aira bermain di luar. Mia yang cemas mendengar tangisan Aira lekas berlari keluar dan terus memeluk tubuh Aira sambil memujuk lembut Aira agar berhenti menangis.

Mia juga melihat orang tersebut segera mendukung tubuh kecil Aira masuk ke dalam rumah. Mia mengucup pipi lembap Aira akibat menangis teruk. Mia tak sangka orang tersebut terus menganggu Mia. Mia tak faham mengapa orang tersebut mahu menganggu hidupnya yang tenang.

Setahu Mia, Mia tidak pernah mencari masalah dengan sesiapa pun. Jadi kenapa ada orang menganggu Mia. Mia terasa ingin menangis bila memikirkan perkara itu. Keselamatan Aira menjadi keutamaan Mia buat masa ini.















########


Sorry baru update kome😢 author takde idea weyh 😭😭 sorry 😭

Thanks yg jwb siapa Aira tu 💜🌈💕 author hargai 🎆🌈











DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now