[70] END

24.7K 796 112
                                    

Hari ke hari. Minggu ke minggu dan hampir masuk sebulan kini Is semakin pulih atau dengan kata yang lebih tepat sudah sembuh sepenuhnya. Is duduk di luar rumah sambil mengawasi anak perempuannya bermain di kawasan luar rumah. Aira duduk di atas rumput sambil bermain seorang diri.

Aira memakai gain berwarna pink siap dengan reben di tengah perutnya. Aira nampak semakin comel jika berpakaian begitu dengan rambut bertoncang dua. Semakin hari Aira sudah terbisa dengan kehadiran Is sebagai ayahnya. Aira juga tidak ketakutan seperti dulu lagi. Malah Aira sentiasa ingin bersama Is.

Mia yang melihat berubah Is sungguh gembira. Mia bersyukur jika Is mahu berubah ke arah kebaikan. Mia juga gembira melihat Is tidak kekok meriba Aira atau menemani Aira bermain. Sekali sekala Is akan melayan celoteh Aira yang belum fasih bercakap sepenuhnya. Mia melihat semua itu mengusap perutnya yang semakin membesar.

Mia tak sabar menanti kehadiran anak keduanya itu. Nanti kehidupan mereka pasti lebih gembira. Mia mengemas di dalam rumah sementara Is dan Aira berada di luar. Is melihat ke arah telefonnya. Is perlu menyelesaikan kerjanya sedikit. Nampaknya Is terpaksa meninggalkan kerja lamanya. Sekarang Is ingin fokus kepada anak dan isterinya.

Is juga akan kembali bekerja di syarikat milik Tuan Hussein yang dulunya menjadi milik Is sebelum Is meninggalkan kerja itu dan beralih kepada kerja kotor. Tentang orang-orang nya Is terpaksa memberhentikan mereka. Cuma jika Is memerlukan bantuan mereka. Mereka akan datang membantu.

Is juga sudah bertemu dengan Tuan Hussein dan Puan Aisyah untuk meminta maaf tentang sikapnya dulu. Nasib baik kedua ornag tuanya berhati baik dan memaafkan Is sebagai seorang anak. Puan Aisyah juga mengajak Is untuk singgah di rumah mereka jika Is dan Mia mempunyai waktu lapang.

Dan perkara itu di sambut baik oleh Is. Nampaknya Is akan cuba berubah menjadi baik dan memimpin keluarganya. Is tidak mahu perkara dulu terjadi lagi. Di mana Is membiarkan Mia menghidupkan Aira seorang diri tanpa dirinya. Kini biarlah Is yang sentiasa ada di sisi Mia sebagai seorang suami.

Aira yang sudah main sekitar setengah jam bangkit dan berjalan ke arah ayahnya. Aira melihat cawan yang berada di atas meja dengan ayahnya. Aira terkedek berjalan. Aira sampai di depan meja terhenti lalu menatap ayahnya yang termenung dan menatap cawan tersebut berulang kali.

Aira nak minum tapi Aira tak nak ganggu ayahnya. Jadi Aira dengan caranya tersendiri ingin mengapai cawan tersebut. Namun ketinggian Aira yang tidak setinggi meja tersebut membuat Aira tertepis cawan tersebut sehingga terjatuh dan tumpah mengenai kaki Is. Tersentak Is mendengar bunyi cawan jatuh bersama air yang tumpah.

Aira terdiam sambil melihat air yang tumpah itu. Aira menggigit bibirnya menahan tangisan. Aira takut ayahnya akan memarahi Aira kerana membuat air di dalam cawan tumpah. Mia kebetulan melangkah keluar melihat apa yang terjadi lekas menuju ke arah Aira dan Is. Is terkejut air yang membasahi lutut sehingga kakinya di kesat agar kering.

Is menatap Aira yang menunduk takut. Seketika Is tersenyum dalam diam. Is mengambil cawan plastik tersebut dan di letakkan ke atas meja kembali. Is juga menatap Mia yang datang ke arah nya. Mia membawa tubuh Aira duduk di atas pehanya di atas kerusi. Mia menatap wajah Is. Mia risau jika Is marah kerana perbuatan Aira. Namun sangkaan Mia meleset sama sekali.

Is tidak marah malah mengukirkan senyuman pada wajahnya. Mia memandang Is dengan penuh pertanyaan. Is tak marah. Is menaikkan jari tekunjuknya ke atas bibir memberi isyarat agar Mia berdiam diri kerana Is ingin mengenakan Aira. Mia mengangguk.

Nampaknya ibu dan ayah Aira bekerjasama ingin mengenakan Aira.

" Aira buat apa sayang. Kenapa tumpahkan air dekat ayah sayang ". Tanya Mia lembut. Rambut depan Aira yang menutup mata anaknya di selak ke tepi. Aira masih menunduk sambil bermain dengan jari-jari tembamnya. Aira mendongak dengan mata berkaca menatap Mia.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now