[22]

18.7K 699 31
                                    


" Jom buat anak "

" Jom buat anak "

" Jom buat anak "

Mata Is tercelik sebaik mendengar bunyi bising yang terhasil. Is meliarkan pandangan ke tempat yang sekarang dia duduki. Kening Is hampir bertaut apabila mengimbas apa yang berlaku sebentar tadi.

Bukan ke tadi perkahwinan aku dan Mia berlangsung?. Soal minda Is sebaik bangun daripada baring.

Bunyi jeritan di luar bilik tidur Is menyentakkan segalanya. Jadi apa yang dia rasakan tadi hanya mimpi? Dia dan Mia tidak berkahwin? Hanya sebuah mimpi yang terhasil. Is masih belum membawa Mia bertemu dengan mamanya?

" Agh! Shit! ". Carutan keluar dari bibir Is apabila apa yang dia rasakan hanya sebuah mimpi. Sebuah mimpi yang dirasakan benar benar terjadi.

Segera Is keluar menuju ke arah bunyi jeritan tadi. Makin berkerut dahi Is apabila terlihat Mia yang di pegang erat oleh Jack di hadapan pagar rumah.

Sekarang mereka berada di rumah Is bukan lagi di pulau yang terdahulu tempat Is menyekap Mia. Is menghampiri Mia dan Jack yang bergelut.

Jack yang sedang menahan Mia daripada melarikan diri kini teralih pandangan kepada Is yang baru saja datang. Mia yang tidak perasan akan kehadiran Is masih cuba melepaskan diri dari Jack yang terusan menghalang.

Nampak saja peluang Mia terus melangkah ingin melarikan diri namun nasib tidak menyebelahi Mia apabila lengannya disambar oleh Jack.

Pandangan yang Jack hantar penuh dengan seribu pertanyaan. Barusan tadi Mia merancang mahu melarikan diri apabila Is memberitahu dia yang Is mahu mengahwini dirinya.

Jadi masa yang ada Mia tidak sia siakan kerana Is lena tidur di biliknya. Akan tetapi Jack yang turut ada di situ dapat menghalang Mia daripada lari. Waalupun berulang kali Jack melarang Mia , Mia tetap dengan keputusannya.

" Apa jadi ni? ". Soalan daripada suara yang Mia kenali membuatkan badan Mia kaku bersama mata yang membulat besar. Nampaknya Is dah bangun dari tidur.

Jack menarik lengan Mia yang di pegang tadi menghadap Is. Mia yang mulai takut tidak memandang ke arah Is langsung.

"Ni Mia cuba larikan diri tadi". Jujur Jack tidak berselindung lagi. Sudah berbuih mulut Jack menasihati Mia agar tidak melarikan diri namun? Hasil yang Jack dapati hanya kedegilan Mia.

Sesaat pandangan pelik Is berubah kepada pandangan tajam menusuk wajah Mia yang menunduk dari tadi. Gigi diketap menahan geram. Jari kanan Is naik mengurut tepi kepala pening melayan keranah Mia.

" Apa masalah kau ni Mia? Aku baru lena sekejap kau dah cari pasal dengan aku. Kau apa masalah hah! ". Is memejam mata sambil jari turut mengurut pelipis yang pening. Tadi dia mimpi yang dia kahwin dengan Mia sekarang ni Mia buat hal pulak.

" Masuk! ". Arah Is dengan nada yang perlahan. Malas mahu bertekak bila baru bangun tidur ni.

Jack menarik lengan Mia sedikit keras memberi isyarat selepas Is menyuruh Mia masuk ke dalam rumah. Mia pula berkeras tidak bergerak walaupun mendengar arahan Is.

" Miaa ..... ". Tegur Jack meleret supaya Mia menurut apa yang Is katakan. Tak nak lah dia nanti Mia kena lagi dengan Is. Bukan Jack tak tau macam mana perangai Is. Kang dibantainya apa pon tak bole.

" Apa masalah kau!! Aku kata masuk!! Masuk jelahhh!! Apa yang payah sangat nak dengar kata aku!! ". Tengking Is selepas Mia tidak bergerak lagi. Mata kembali memandang Mia tajam. Ikut hati nak aje Is menampar muka Mia yang terus berdegil.

Terhinjut bahu Mia terkejut mendengar tengkingan dari Is. Mungkin kesabaran Is sudah menipis. Mia tak tunggu lama berlari anak masuk ke rumah. Air mata yang menitis semasa berlari dikesat kasar dengan belakang tapak tangan.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now