[42]

13K 584 42
                                    


Sorry sgttt lame tk update. Tak tau kenapa idea author tk penah kuar kalau nk sambung citer ni. Sedih author. 😭😭 .

########


Sejak sebulan lalu hubungan Is bersama Mia semakin membaik. Tiada kata-kata kasar daripada Is untuk Mia. Kini tercelit segala kemanisan dalam berubah tangga. Itu yang membuatkan Mia bahagia.

Semua yang pernah diharapkan dulu berlalu sekarang dengan baik. Hati Mia semakin mekar dalam mencintai Is. Mia cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang baik.

Contohnya;

Setiap pagi Mia akan menyiapkan sarapan pagi untuk Is sebelum bertolak ke tempat kerja. Manakala pada tengah hari pula Mia akan memasak untuk Is. Is juga sejak sebulan lepas selalu balik pada waktu makan tengah hari.

Jadi pada waktu malam juga Mia siap sedia memasak untuk Is. Setiap hari begitu tanpa tertinggal sedikit pun. Ada pun Is yang akan mengajak Mia makan di luar sekali sekala.

Cuma satu yang masih belum berubah iaitu panggilan Is kepada Mia. Is selalu menggunakan aku-kau kepada Mia. Mia pula tetap menukarkan panggilan terhadap Is. Daripada awak kepada abang.

Baru sweet gituuu. Tapi setakat sebulan ini tiada sebarang gangguan yang boleh merosakkan moment indah mereka bersama. Seperti sekarang.

Is sedang bergandeng tangan dengan Mia sambil berjalan di dalam mall. Sengaja Is mengosongkan jadual kerjanya untuk meluangkan masa bersama Mia. Lagipun ini hari sabtu. Khas untuk berehat. Memandangkan hari ahad nanti Is terpaksa meninggalkan Mia untuk pergi ke China.

" Kau taknak beli barang ke? Asyik berjalan je aku tengok. Kau tak penat? Kalau kau nak beli barang cakap je aku bayar ". Ujar Is setelah berhenti melangkah secara mendadak.

Mia juga terikut. Nasib baik tak berlanggar dengan belakang badan Is. Kalau tak naya je sakit dahi Mia. Mia melihat sekeliling. Mencari barang yang perlu dibeli. Tidak jumpa.

Mia cuma mengikuti Is ke mana Is pergi. Jadi Mia tidak sempat berfikir mahu keluar membeli barangan. Sedangkan semua barang Mia masih dalam keadaan elok.

" Saya tak nak beli apa pun. Lagipun saya ikut abang je ". Balas Mia lembut. Wajah Is malu-malu dipandang. Hal itu menarik perhatian Is.

Is membongkok menyamakan ketinggiannya dengan Mia. Mia terkedu apabila wajah Is terlalu hampir dengan wajahnya. Mata Mia bertentang dengan mata Is.

" Tak payah nak comel sangat. Malu nak tengok aku? Hah. Malu? ". Usik Is sambil merenung seluruh wajah Mia. Is suka melihat bulu mata Mia yang panjang dan melentik itu apabila berkelip bingung.

Mia mengetap bibir. Wajahnya mula terasa panas. Haha panas menjalar di pipi Mia. Terasa panas pula dalam mall ni. Aircond pun tak boleh lawan haha panas dari Mia.

Cup!

" Dah jum pergi cari barang. Jangan tenung aku je. Karang jadi adegan tak elok tengah mall ni pula ". Is menarik tangan Mia selamba seperti tiada apa yang berlaku.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now