[26]

15.2K 734 36
                                    

Sorry lame tak update kome 😭 takde idea plus homework giler melambak. Still ade org bace ke?

____________   

Is sibuk menguruskan syarikat daripada atuknya. Memandangkan dia satu-satunya waris yang diturunkan lebih baik dia mengambil daripada membuang begitu saja.

Walaupun hampir bertekak dengan papanya, Is berfikir lebih baik dia uruskan. Kalau tidak siapa lagi. Sejak seminggu lalu Is terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk pulang ke rumah dan akhirnya tidur di bilik kerjanya sendiri.

Tetapi Is tidak pernah lepas pandang akan Mia. Mata-mata Is selalu ada memerhatikan gerak geri Mia. Jikalau ada sesuatu yang membuatkan Is tidak puas hati Is sendiri yang akan turun membawa Mia ke dakapan tanpa berfikir dua tiga kali.

Dan terbaru, orang yang diupah oleh Is untuk mengawas perlakuan Mia memberitahu bahawa Mia berkelakuan pelik sejak semalam. Disebabkan sibuk terlampau, Is terpaksa membiarkan dulu. Bila dirasakan Mia melampau, sekelip mata kebebasan Mia boleh di tarik.

Is mengusutkan rambutnya, tali leher dilonggarkan sedikit memberi ruang untuk dia bernafas dengan baik. Butang baju tiga ke atas dibuka.

Disebabkan ini dia malas berurusan dengan syarikat atuknya. Tahu yang dia akan terlampau sibuk. Tapi bila Is fikirkan dia mampu mendapat lebih banyak wang daripada syarikat ini jika dia uruskan.

Lebih baik dia uruskan. Untung-untung Is boleh lebih menangkap Mia dengan mudah jika Mia melawan dia. Kerana duit segalanya. Hanya perlu duit segala yang Is perintahkan akan ada di depan mata tanpa perlu menunggu lebih lama.

Is berpusing memandang ke arah luar cermin tempat duduknya. Otak memikirkan tentang Mia. Sebulan bagaikan setahun dia tidak bertemu dengan Mia.

Mata terpejam sambil kepala bersandar pada kerusi. Melepaskan lelah yang amat sangat.

Tak lama selepas itu Is kembali membuka mata lalu menyambung kerjanya. Kerja yang banyak disebabkan dia baru masuk perlu menguruskan banyak perkara.

Lebih baik Is siapkan sekarang dan bersiap sedia untuk bertemu Mia.

------------------

Mia membantu pekerjanya di kaunter depan. Hari ini tidak begitu banyak pelanggan. Tetapi cukup memeningkan Mia dengan perangai pelanggannya yang satu berada di hujung kedai.

Meminta yang pelik dan setiap 5 minit memesan makanan. Jika mahu makan pesanlah awal awal. Ini tidak. Bukan Mia mahu merunggut tetapi perangai pelanggan tersebut agak menjengkelkan Mia.

Begitu juga Kak Affa berbuih mulut mengadu pada Mia tentang silap pelanggan tersebut. Banyak kerenah. Tengok lah lelaki tersebut bersama tiga kawannya lagi memanggil Anis untuk memesan makanan.

"Sakit hati akak tengok mereka tu Mia. Bila dah order kata tak nak macam ni. Bukan ini lah yang kaki order. Habis sapa yang order tadi?! Hantu! Geram betul akak. Perangai entah apa apa".

Adu Kak Affa lagi. Riak muka Kak Affa cukup mengambarkan yang dia tidak gemar dengan sikap empat orang lelaki tersebut.

Masam muka Anis sebaik kembali ke arah beradaan Mia dan Kak Affa. Tengok gaya Anis rupa nak menangis.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now