[44]

11.7K 517 30
                                    

Author update ni nahhh 🌈💕🙈💜:'( 

#######

" Hyee Is... ". Syalin datang menghampiri Is yang sedang makan di sebuah restoran bersama Jack. Is mempamerkan riak wajah yang pelik sambil melihat muka Syalin yang tersenyum lebar atau lebih tepat tersenyum menggoda.

Is dan Jack mengabaikan kedatangan Syalin seperti tiada apa yang berlaku. Syalin mendengus apabila dirinya tidak dilayan. Syalin dengan berani mengambil tempat duduk di sebelah Is. Tidak lupa tangannya sempat menyentuh bahu Is sehingga dia duduk.

Jack hanya menjadi pemerhati. Sesekali Jack menjeling ke tempat lain. Menyampah dengan Syalin ni. Is yang sudah beristeri pun masih ingin menggoda. Dasar perempuan tak tahu malu! Kutuk Jack di dalam hati. Muak dengan perangai Syalin.

" Is kenapa tak bagitahu I  yang you nak keluar lunch ni. Boleh I teman you sekali. Kan Is... ". Ujar Syalin. Syalin sengaja mendekatkan tubuhnya dengan Is. Syalin beriak nakal sambil melihat Is.

Is sedikit pun tidak terkesan dengan ujaran Syalin. Is meletakkan sudunya kasar ke pinggan sehingga menghasilakan bunyi dentingan. Is menarik bajunya akibat rimas dengan perangai Syalin.

" Kau nak apa perempuan?! Kau dah tak ada kerja sangat ke sampai nak mengedik dekat aku!? Fikir aku suka ke?! ". Balas Is dengan suara kasar. Tidak kisah tentang Syalin yang merupakan seorang perempuan. Bagi Is kalau dia tak suka dia akan tunjuk depan depan.

" Ala saja je lagi pun I mengedik dengan you je bukan orang lain pun. Apa kata sekejap lagi kita keluar nak? Pergi shopping? I rasa nak beli barang sikit lah. Ye teman I beli okay ". Syalin semakin berani. Dia menaikkan tangan ke pipi Is lalu dielus perlahan.

Is yang bengang menepis kuat tangan Syalin yang mula menjalar. Lalu Is mengambil sapu tangan yang dibawa khas di dalam poket lalu di lap ke pipinya yang disentuh oleh Syalin. Kononnya jijik dan kotor dengan sentuhan Syalin.

Syalin mendengus bengang. Dirinya ditolak lagi. Syalin tidak berputus asa. Syalin hanya tersenyum menggoda kepada Is walaupun Is tidak langsung melihatnya. Jack mendengus tidak suka. Syalin memang Jeni's perempuan tak tahu malu.

" Kau tak ada tempat lain ke nak duduk? Dah kemaruk sangat dengan laki orang. Kau tak tahu ke yang Is ni suami orang. Tak tahu? Ke bodoh pura-pura tak tahu? ". Perli Jack. Jack berpeluk tubuh sambil menatap Syalin sinis.

Syalin membalas pandangan tajam Jack. Syalin menjeling Jack kerana menyibuk dalam hal dia. Suka hati lah bukannya orang goda dia pun. Sibuk je. Syalin kembali melihat Is.

" Is jom lah. Kita boleh--- ".

" Kau tak faham bahasa ke bodoh? Aku ni suami orang tak faham bahasa?! Jangan jadi kaki penggoda boleh tak. Kau tu perempuan janganlah murah sangat. Biar harga diri kau tu tinggi sikit. Aku tengok kau pun malu weyh! Dengan baju tak cukup kain. Kau beli ke kutip kat tepi jalan baju kau ni! Memalukan! ".

Ujaran pedas Is menusuk hati Syalin jauh ke dalam. Is tersenyum remeh kepada Syalin. Is bangkit dari duduk diikuti Jack. Sempat Is menghadiahkan Syalin sebuah senyuman sinis. Syalin menatap pemergian Is dengan perasaan marah.

Kali ni tak apa jangan harap lain kali Syalin akan lepaskan Is macam tu. Boleh Syalin katakan yang Is sungguh keras kepala. Tiada satu kata yang menggoda dari Syalin di terima oleh Is. Tambah lagi ada Jack bersama Is semakin menambah pedas pada Syalin.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now