[3] : Jack

20.3K 913 15
                                    


Pagi pagi lagi lelaki misteri itu sudah terpacak dihadapan rumah Mia

Dinding tembok yang bersambung dengan pintu pagar di panjat. Sesudah turun dengan cara melompat lelaki itu melilau ke kiri dan kanan supaya tidak ada orang yang memerhatikan dia.

Hadiah di letakkan betul betul depan pintu rumah. Satu nota kecil berwarna pink di lekatkan di pintu rumah Mia

'Bye sayang'. Bisik lelaki itu dan segera berlalu pergi. Kereta yang diparking di luar rumah Mia meluncur jauh pergi. Tersungging senyuman sinis di bibirnya apabila kereta sudah jauh pergi.

Harini hari Ahad jadi Cafe tutup!. Cafe Mia beroperasi dari hari Isnin hingga hari Sabtu sahaja.

Selesai membersihkan diri Mia mula bergerak ke dapur. Nak buat sarapan pagi.

Mia hanya bersarapan dengan roti telur dan air milo. Seperti biasa sampah diambil dari dalam tong sampah lalu dibuang di hadapan rumah yang memang tempat membuang sampah. Buang di dalam tong sampah yang telah disediakan di luar rumah bagi setiap hadapan rumah.

Buka sahaja pintu terpampang hadiah yang berbalut dengan pembalut hadiah yang bercorak teddy bear.

"Lagi?". Gumam Mia sendiri.
Hadiah tersebut dibiarkan di bawah dahulu. Nak pergi buang sampah dulu baru ambil. Semasa Mia membuka pagar ada satu mata yang memerhatikan nya.

Mia bernyanyi riang secara perlahan cukup untuk dirinya sendiri yang dengar.

Mia yang hanya memakai sweater yang besar sehingga paras peha. Seluar track hitam. Tudung pulak hanya tudung sarung.

Gambar Mia yang sedang membuang sampah di ambil beberapa keping.

Mia yang merasakan diri seperti ada yang memerhati. Mula berasa tidak senang hati.

Pikiran nya melayang ke Lelaki misteri semalam yang berdiri di hadapan rumahnya. Terus naik bulu romanya. Cepat cepat Mia membuang sampah dan berlalu masuk tidak lupa yang pintu pagar di kunci kembali.

Hadiah diambil sebelum kepala diangkat dan ternampaklah nota yang dilekatkan di pintunya.

Tangan Mia bergerak mengambil nota tersebut dan dibaca di dalam hati.

'Good morning sayang. Have a nice day okay. Aku sentiasa memerhatikan kau'.

From: IS.

Mia mengerutkan dahinya. Jadi orang misteri yang memberikan hadiah ni selalu memerhatikan dia.

Apa benda semua ni. Kaki diangkat bawa masuk ke dalam rumah tak betah nak pikir sangat.

👟👟👟👟👟

"Ni gambar dia. Aku dah cuci". Kata seorang lelaki yang memakai baju berwarna hitam keputih putihan.

Lelaki misteri yang duduk di atas kerusi itu mengambil gambar yang ada di dalam sampul surat tersebut dan melihat gambar yang baru ditangkap oleh rakannya sendiri.

"Kerja kau memang bagus! Jack! ". Puji Lelaki misteri itu.

"Btw Is apa kau nak buat dengan gambar perempuan ni banyak banyak. Aku rasa dah bertimbun gambar dia ni kau simpan".

Soal Jack. Pelik. Dah lama dia nak tanya tapi tak berani harini baru berani tanya.

"Tu hal aku. Kau tak perlu tau Jack. Kau buat je kerja yang aku bagi". Jawab lelaki misteri itu atau namanya yang dipanggil Is.

"Aku kawan kau Is. Aku harap kau tak buat sesuatu yang diluar jangkaan lah Is". Tegur Jack, bahu Is di tepuk perlahan. Risau takut si Is ni buat sesuatu yang buruk dekat perempuan tetsebut. Is ni bukan boleh percaya pon.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now