[35]

15K 633 11
                                    


Double update 👌💜.

#######

" Assalamualaikum ". Satu suara memberi salam kedengaran dari luar rumah. Mia yang sedang mengemas rumah menghentikan kerjanya yang sedang mencuci pinggan.

Tangan yang basah dikesat pada kain bersih yang ada di atas meja. Mia berjalan laju menuju ke pintu rumah untuk melihat orang yang datang ke rumahnya.

Apabila semakin hampir ke arah pintu rumah. Mia memperlahankan langkah kakinya. Kerana Mia pelik siapa yang datang ke rumahnya pada petang sebegini. Terlintas satu pesanan Is semasa Is berangkat kerja.

" Jangan buka pintu kalau orang yang tak kenal datang "

Pesanan tersebut berjaya membuat Mia terhenti. Takut juga Mia mahu membuka pintu kalau kalau ada orang jahat ke apa. Memandangkan rumah yang Is belikan ini berada jauh dari orang ramai.

Sekali lagi suara orang memberi salam kedengaran bersama ketukan pintu. Mia menggigit bibir. Kedengaran suara yang memberi salam tersebut seperti suara perempuan. Tapi Mia takut. Sebab dia tak pernah lagi menerima tetamu yang datang.

" Assalamualaikum Mia. Mia ada dekat rumah sayang ". Suara perempuan tersebut berbunyi lagi. Seketika Mia terfikir. Suara yang mengetuk pintu rumahnya seperti familiar.

Seperti suara mama kepada Is. Membesar mata Mia apabila berjaya mengecam suara itu. Dengan cepat Mia membuka pintu.

Mama Is ; Puan Aisyah yang dari tadi memberi salam. Mengeluh penat. Penat untuk menjerit lagi dan mengetuk pintu yang tidak terbuka juga.

Sebaik terbuka terbit sebuah senyuman apabila melihat menantunya akhirnya membuka pintu. Puan Aisyah memeluk tubuh menantunya erat. Begitu juga Mia.

" Penat mama ketuk pintu dari tadi Mia. Kenapa lambat buka? Lenguh dah kaki ni berdiri ". Ujar puan Aisyah lemah. Sengaja lutut diketuk dengan tangan menunjukkan yang dia tersangat penat asyik berdiri.

Padahal sengaja nak berguraj dengan menantu satunya ini. Mia tercenggang sekejap lalu dengan riak risau Mia memegang bahu  puan Aisyah. Lutut ibu mertuanya dipegang pula sekali dengan gosokan.

" Maaf mama. Mia lambat buka pintu tadi. Kesian mama berdiri lama. Maaf mama ". Ujar Mia dengan perasaan bersalah. Itulah kan bagus je buka pintu tu dari tadi. Ni tak asyik nak fikir buruk je. Kan dah jadi macam ni. Mia mengutuk dirinya yang bersalah.

Puan Aisyah tersenyum dengan gelagat Mia. Tak salah nampaknya anak lelaki tunggalnha memilih Mia sebagai isteri. Tengok lah perangai Mia yang cepat risau akan dirinya. Padahal Aisyah sengaja bergurau.

" Tak ada lah Mia. Mama bergurah je. Tak adanya berdiri sekejap dah sakit. Dah dah tak ada apa lah ". Aisyah menarik bahu menantunya supaya menghadap dirinya.

" Betul ke mama? Risau Mia tadi. Takut mama penat. Kalau penat Mia boleh tolong urutkan sekejap ". Sambung Mia lagi. Tidak pasti betul atau tidak yang ibu mertuanya bergurau. Mana tau betul betul ke. Pasal umur mama pun dah hampir mencecah masuk lima puluh tahun.

" Tak payah Mia. Mama bergurau je. Dah dah jom masuk. Berdiri lama kat luar pulak ". Lembut suara mama menghilangkan sedikit gusar di hati Mia. Mia menjemput mama masuk dengan lembut. Pintu dikunci kembali.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now