[15]

18.6K 712 23
                                    

Done! Hambar right ? 😶






++++++++++














Mia mengerdipkan matanya selepas tersedar daripada tidur. Buka saja mata terpampang figura yang sedang tidur lena di sebelah dia.

Mia harapkan Is mati tetapi tidak. Menitik setitis airmata Mia menahan sedih. Perit hatinya Is memperlakukan dirinya bagaikan boneka.

Tidak perlu berlama Mia bangun secara perlahan menahan sakit dengan mengutip pakaian lalu menyarung ke tubuhnya. Dikerling Is yang tidur meniarap tetapi kepala ke kanan.

Mia berjalan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Disental sekuat hati kotoran yang terlekat pada badan. Walaupun dia tahu kotoran tersebut tetap ada. Tapi dia tetap mahu menyental dengan harapan kotoran boleh hilang.

"Setan! Setan! Setan! Aku benci kau! Aku benci kau!". Menggogoi Mia menangis sambil tak lepas menyental badan.

Akhirnya setelah penat cuba menghilangkan kotoran yang tak kan hilang tersebut Mia tersadai lemah ke dinding.

Mia meraup rambutnya kasar lalu menarik lutut menghampiri dada dan menyembamkan muka ke atas lutut.

" Aku benci kau!".

+++++++++++

"Kak Affa , kenapa Kak Mia langsung tak masuk kerja dah nak dekat sebulan dah kak Mia takde. Dia pergi mana kak?". Soal Tasya selepas puas membersihkan meja yang telah digunakan oleh pelanggan.

Kak Affa terpaksa membuka kedai tanpa kehadiran Mia. Sudah hampir sebulan dia tidak langsung melihat kelibat Mia. Cuma sebuah pesanan pada telefon seminggu selepas Mia lesap begitu saja.

" Akak pun tak tau lah Tasya. Yang akak tau dulu kak Mia kamu ada call dia suruh Akak bukak kedai ni macam biasa. Cuma dia tak dapat nak tolong sebab ada hal katanya. Lepastu langsung dah takde apa apa lagi panggilan or mesej daripada kak Mia lagi. Akak pun pelik juga , tak tau lah Tasya. Kak Mia ada juga kata jangan risaukan dia. Dia selamat tapi hati akak rasa macam tak je. Rasa macam ada sesuatu yang buruk berlaku. Tapi tak pasti lah. Harap Mia baik baik jelah".

Ulas Kak Affa. Di akhir ayat terdengar keluhan Kak Affa. Yelah pelik kenapa tiba tiba aje hilang macam tu pulak.

"Oh yeke! Ntah ntah! Kak Mia kena culik tak!". Sahut Tasya secara mengejut. Segera Kak Affa memukul bahu budak muda itu kuat sehingga menghasilkam bunyi.

" Aduih.. Sakit lah kak!". Bentak Tasya mengaduh sakit sambil menggosok bahu yang sakit. Perit woooo. Riak muka Tasya cukup menjelaskan yang dia menahan sakit.

"Mulut tu kan. Pakai cakap aje kan. Cuba fikir yang baik baik je jangan fikir negatif. Ni tak sampai ke situ pulak difikirnya. Aish! Tasya Tasya". Tergeleng kepala Kak Affa mendengar apa yang dikatakan oleh Tasya. Merepek!

" Ish! Akak ni! Orang cakap je. Mana tau kan! Manusia sekarang ni suka culik orang". Sambung Tasya tidak mahu mengalah.

"Aip! Aip! Mulut tu! Akak sental pakai kain buruk baru tau!". Kain yang terletak di meja kaunter Kak Affa ambik dan mengacah mahu menyumbat ke mulut Tasya.

Mengelak Tasya ke tepi dengan muka yang geli.

" Dah pergi buat kerja! Jangan nak fikir bukan bukan aje". Tasya mengangkat muka ke atas sedikit. Mata mengecil merenung Kak Affa lagaknya anak mata dia tu ada kuasa sakit boleh menyerang Kak Affa.

"Melawan tu!". Langsung cabut Tasya selepas Kak Affa mengacah mahu menangkap dia. Sempat Tasya menjelir lidar kepada Kak Affa. Bluewrk

" Aishh! Budak ni". Kak Affa mengetap bibir bawah menggunakan barisan gigi atas. Saja nak tunjuk yang dia garang.

Beberapa saat kemudian barulah Kak Affa kembali memikirkan Mia. Akak harap Mia baik baik aje. Amin

+++++++++

"Hoi! Jack kau tak keluar beli barang ke?". Sergah Is sebaik sampai di hujung jeti sana tempat bot mereka terikat.

Jack mencebirkan bibir seraya mengeleng. Tepi wajah Is dipandang Jack dengan mata yang mengecil akibat sinaran matahari. Is melabuhkan duduk di sebelah Jack.

" Barang apa yang aku nak beli lagi. Semuanya dah ada dah". Jawab Jack bagi soalan Is tadi. Is mengangguk mengerti.

Kemudian mereka berdua senyap seketika.

"Sampai bila kau nak kurung Mia dekat sini". Jack membuka bicara. Is sedikit pun tidak berpaling memandang Jack yang berbicara dengannya.

" Kenapa kau tanya"

"Takdelah kau tak kesian ke dekat Mia tu. Lama dah kau kurung dia tau tak! Sekali sekali biarlah dia keluar hirhp udara segar". Teguran daripada Jack tidak sekali melembutkan hati Is untuk membiarkan Mia bebas.

" Selagi aku tak dapat apa aku nak! Selagi tu aku akan terus kurung dia". Tanpa berperasaan Is menjawab. Kini ditenung wajah Jack supaya memahami apa yang dia lakukan.

"Okay okay! Aku tak sibuk hal kau". Kedua tangan Jack terapung ke atas bagaikan orang bersalah.

" At least kau bagilah dia keluar. Lagipun sini pulau weyh tak ke mana Mia tu boleh pergi". Pujuk Jack lagi. Sengaja dia menghasut Is. Sekurang kurangnya dapat lah Mia bebas daripada terkurung.

Sedikit sebanyak Jack dalam diam mahu membantu Mia menjalani kehidupan yang biasa walaupun dalam genggaman Is.

Is langsung tidak beriak. Mata lurus menghadap laut yang terbentang luas Tetapi dalam pada itu Is memikirkan apa yang Jack cakap kan.

Dalam diam Jack tersenyum hambar. Semoga Is memberi kebebasan kepada Mia walaupun di luar Pulau saja.







DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now