[11]

22.9K 973 38
                                    


200 VOTE AKU UPDATE NEXT CHAPTER. HEHE . AKU JAHAT EN!. HIHI SORRY LMBT UPDATE

########



Is mengheret Mia dengan kasar menuju ke sebuah boat yang sedia menunggu di jeti. Kehilatan boat di situ hanya satu satunya tiada yang lain .

"Kau nak bawa aku pergi mana ni hah gila!". Jerit Mia sambil merungkai tangan Is yang memaut pergelangan tangannya kuat.

Dah lah pakai kain je kalau seluar tak pelahh.

" Kau diam je lahh!". Tengking Is akibat Mia yang asyik meronta daripada tadi lagi.

Panas hati bila Mia langsung tidak mendengar arahan dia. Siap pakej melawan.

Tidak dihiraukan jeritan Mia , Is mengheret Mia selaju yang boleh.

Sampai di sebuah boat Is menjerit memanggil Jack kuat. Pegangan pada pergelangan tangan Mia tidak dilepaskan.

"Semua dah siap?" Is menyoal Jack. Senyuman senget terhasil sebaik Jack mengangguk tanda sudah siap semuanya.

"Apa benda semua ni? Kau nak bawa aku pergi mana gila! Aku tak nak lah! Kau dah kenapa nak bawa aku naik boat ni bagai! Kau gila ke hah!!".

Pekik Mia habis habisan. Tangan yang satu lagi tidak di pegang Is Mia gunakan untuk memukul tangan Is supaya terlepas.

Sakitlah?

" Kau ni kan!". Berdecit Is mengetap gigi. Genggaman pada tangan Mia di tarik sehingga terdorong Mia menghampiri dia lalu segera tubuh Mia diangkat ke bahu.

Makin gila Mia meronta agar terlepas! Tangannya menumbuk belakang Is kuat. Kaki depan menendang sekuat hati pada dada , perut Is.

Is tetap turun dari jeti memggunakan tangga dengan sesabar mungkin akibat rontaan Mia yang menggila.

Sampai di perut dalam bot Is melepaskan dukungan Mia daripada bahunya dengan menghempas Mia ke lantai bot.

Meringis Mia kerana punggungnya kuat terhempas ke lantai bot. Mukanya menunjukan riak sakit. Dengan tak bertudung dia memandang Is tajam.

Hanya tiga orang yang berada di bot tersebut. Is , Mia dan Jack.

Pandangan tajam Mia mengekori langkah Is yang menghampiri Jack di enjin bot. Mia mengerut dahi apabila Is dan Jack bercakap tentang suatu perkara.

Mia mengalihkan pandangan ke tangga jeti. Tertoleh Mia sekejap ke arah Is yang sibuk bercakap dengan Jack.

Ini masa yang sesuai! Mia bangun dan berlari ke tangan yang sememangnya dekat serta di depannya.

Is mengalih melihat Mia apabila terasa kelibat Mia berlari. Gigi diketap geram melihat Mia menaiki tangga jeti dengan kelam  kabut.

Shit!

Laju Is berlari mengejar Mia. Mia pula menoleh ke belakang. Makin dilajukan kaki untuk berlari apabila Is sedang mengejar dia sekarang.

"Berhenti Mia!". Pelik Is sekuat mungkin. Is makin melajukan langkah mengejar Mia yang semakin ke depan.

Dapat saja lengan Mia , Is sekali lagi mengangkat Mia ke bahunya. Pekikan , jeritan , lolongan Mia supaya terlepas menaikkan kemarahan Is.

" Diamlah!!". Selamba Is berjalan kembali ke arah bot.
"Lepas kan aku Hareez! Kau nak bawa aku pergi mana hah! Turunkan aku! Lepaslah!".

" Diam! Aku cakap diam tu diamlah! Jangan sampai aku campak kau dalam laut tu!  Sial!". Marah Is. Perlahan rontaan Mia menjadi lemah.

Sampai dalam boat Is masih mengangkat Mia di bahunya. Jack sudah bersiap sedia di ruangan pemandu bot dengan enjin yang telah hidup.

Is menurunkan Mia lalu memeluk tubuh Mia apabila Mia cuba melarikan diri lagi. Tak serik kau ye!

"Lepaslah gila! Aku tak nak ikut kau! Kau nak bawa aku pergi mana! Aku tak nak ikut kau!". Rintih Mia.

Is duduk di atas kerusi bot dengan Mia di atas ribanya. Pelukan diketatkan lagi. Kedua tangan Mia sudah terkunci dengan pelukan ketat Is.

Bot mula bergerak pergi. Gelisah Mia jadinya. Melilau mata dia meneroka sekeliling yang semakin jauh. Kepala di gelengkan tanda tidak percaya!

" Kau bawa aku pergi mana setan! Lepaskan aku lah! Dasar setan! Gila! Aku! tak! nak! ikut! kau! lah! Tak faham ke ape hah! " Semakin kuat Mia memekik.

"Sekali lagi kau menjerit! Terpekik macam tu aku memang campak kau kat tengah laut tu biar shark makan kau kat sana! Kau try lah jerit macam tu lagi. Try lah! Aku nak tengok!".

Provok Is seraya tersenyum sinis. Senyuman kemenangan konon!. Angin laut mendayu mengena muka masing masing.

" Aku lebih rela kau campak aku lah daripada ikut otak gila kau tu setan!". Maki Mia tidak kalah kuat dengan jeritan dia tadi.

Is menghembus nafas mengejek. Lidahnya meliar pada gigi dalamnya bersama mulut yang sedikit terbuka.

"Okay! Fine! Kita tunggu tengah laut nanti! Baru kau tau aku main main ke tak! Jangan menangis salahkan aku bila kau kena campak lepastu shark datang makan Kau! Aku memang tak lah! Nak tolong kau! Aku biarkan je kau di makan shark!".

Pecah ketawa Is kuat di tepi telinga Mia. Akhirnya menitis juga air mata Mia. Terdiam dia terus kerana ugutan Is. Apa yang Is cakap dia akan buat. Bukan main main

Perlahan tubuh Mia mengendur menahan hiba yang bertandang. Sudahlah di culik. Di bawa ke laut pula! Nak dimakan jerung lagi tu!

Mia membongkok ke depan sambil menangis. Tersedu sedan Mia menangis. Takut jika Is melakukan perkara yang dia katakan.

Is memeluk Mia dengan tangan kanan seraya mengunci Mia daripada bergerak. Tangan kiri Is menolak Mia menyandar pada badannya.

" Duduk diam diam okay! ". Sebuah ciuman berlabuh pada atas kepala Mia.

Mia mengikuti gerakan yang Is lakukan walaupun tidak suka. Mahu lawan? Takut dicampak ke laut nanti.

Tanpa sedar Mia mula tertidur di dakapan Is. Bersandar Is sepenuhnya ke kerusi. Kepalanya menghayati panorama laut yang damai.

Jack khusyuk memandu bot ke destinasi yang di rancang oleh Is. Sebagai kawan merangkap kuli kena lah ikut semua arahan Is.

Hampir dua jam tiga puluh minit akhirnya sampai di sebuah pulau yang telah di rancang.

Jack mematikan enjin lalu mengikat bot ke batang kayu yang memang tersedia ada. Jack masuk semula ke dalam bot nak kejutkan Is namun Is sudah tersedia celik daripada tidur.

Jack nampak riak wajah Is yang bertanya sudah sampai ke? Mengangguk mengiyakan.

Kepala Is tolehkan ke kiri kanan. Tempat yang sudah lama tidak mereka sampai akhirnya harini harinya. 

Mia yang masih sedang tidur di ribanya didukung sebaik perlahan mungkin tanpa mengejutkan tidur lena Mia.

" Bawa beg tu semua". Arah Is pada Jack sebelum berlalu meniki tangga jeti kayu.

























DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now