[39]

13.8K 573 24
                                    

Sorry baru update 😭 takde idea nk wat bab bab seterusnye 😢😢😢 so sad 😟. Sorry kalau hambar 👌💜 enjoy .

Thank you very much! 💜🌈 I luv u readers 💖 thanks for the 100k views 🎉🎉 🐇😭 author terharu. Sekali lagi thanks ⛄💕


######



Mia tersenyum dalam diam. Matanya melirik melihat belakang badan Is yang sedang mengemaskan baju tshirt yang tersemat elok pada badan tegap Is.

Rasa panas menjalar naik sehingga ke pipi Mia menghasilkan warna kemerah-merahan pada pipi Mia. Mia yang terlebih siap terlebih dulu hanya duduk di atas katil sambil mengenggam tangan pada hujung baju.

Mengawal dengupan jantung yang mula berdengup kencang. Mia sendiri tak faham kenapa dia boleh merasakan perasaan sebegini. Sejak pagi tadi lagi jantung Mia berdengup kencang apabila melihat Is.

Semuanya bermula dari pagi tadi. Sebaik mencelikkan mata, Mia terkejut bukan main apabila melihat Is yang sedang asyik merenung wajahnya semasa tidur.

Hampir sekali lagi Mia terhantuk pada penghadang katil tapi dengan cepat Is menyambar menghalang kepala Mia daripada terhantuk pada katil. Nasib baik Is dapat menangkap perangai Mia yang kekok apabila berhadapan dengan Is.

Apa yang makin membuatkan Mia malu ialah mendengar bisikan halus Is pada telinga Mia. Hampir Mia mahu menyusupkan muka ke dalam selimut akibat malu yang mengunung.

" Jangan cuai sangat. Aku taknak orang yang aku sayang sakit ".

Hanya ayat tersebut boleh menyebabkan malu Mia mencanak naik. Mia tidak pernah berada dalam keadaan macam ini. Selalunya Mia yang bangun terlebih dulu berbanding Is. Tetapi ini lain pula.

Jantung Mia masih berdengup kencang walaupun hanya dua ayat yang Is ujarkan.

Is melirik Mia dari cermin. Is nampak jelas yang Mia sedang menunduk sejak tadi sambil meremas bajunya seakan gelisah. Benda tersebut tidak lepas pandang dari Is.

" Dah siap ke? ". Is berdiri di depan pada Mia yang sedang termenung sambil merewang memikirkan perkara yang jadi pada pagi tadi.

Tersedar Mia dari lamunan apabila suara garau Is kedengaran menegur dirinya. Mia mendongak memandang Is yang menjulang tinggi.

Malu Mia semakin membangkit apabila melihat wajah Is. Perkara tersebut asyik berlegar pada minda Mia. Dengan perasaan malu Mia bangun lalu berdiri di sebelah Is.

" Jom ". Is menyatukan tangan mereka erat. Sekali lagi Mia dibuat salah tingkah.

Tak tau lah kenapa sejak akhir akhir ini Mia dapat rasakan perubahan Is. Dulu Is selalu menatap dan bercakap kasar dengan Mia tetapi sekarang sudah berubah.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now