Chapter 3

1.1K 43 2
                                    

"Yes. This project will be conducted by the end of this month."

Aku berbual dengan clientku. Sesekali mata aku melirik ke arah Piqa. Hari ni dia pakai blouse berwarna pink dan berseluar palazzo berwarna cream. So cute. Walaupun berbadan comel tetapi Piqa tetap pandai bergaya.

"Hopefully this project will work out well according to plan," balas clientku.

Aku lihat Piqa dan budak baru lagi seorang tu sedang menjeling ke arah kami. Mereka ingat aku tak perasan kot?

"We will follow you up with the rest of the details from time to time," kataku kepada wanita di hadapanku ini.

Aku pun berjabat tangan dengannya dan menghantarnya hingga ke pintu ofis.

Aku berpaling dan memandang ke arah Piqa. Dia tengah menaip tapi macam nak roboh keyboard tu ditekannya. Nampak macam melepaskan geram. Bergaduh dengan Amir ke? Atau ada masalah dengan kerja? Aku pun menghampirinya.

"Ade problem dengan kerja ke?" soalku. Aku menundukkan badanku untuk melihat ke arah skrin. Kelihatan Piqa terlompat sedikit terperanjat dengan kehadiranku. Haha.

Aku nak ketawa tapi aku control kerana tak mahu dilihat tidak profesional.

"Takdelah Tuan Aaron," balas Piqa.

Aku menepuk-nepuk bahunya bertanyakan khabar. Bahu Piqa gebu dan lembut. Geram pulak aku tengok kecomelan dia ni. Rasa nak cubit-cubit je. Dah macam teddy bear.

Kebiasaannya hari-hari aku membosankan dan suram. Kehadiran Piqa di ofis menghiburkan hati aku. Tiadalah rasa hambar sangat setiap kali aku nak jejak kaki ke dalam ofis ni.

Aku pun beredar keluar dari ofis. Aku memeriksa telefonku kalau-kalau ada mesej atau call yang baru masuk. Ada beberapa mesej dari clientku. Aku scroll ke bawah dan terdapat satu mesej dari sahabatku.

Dia ni nak apa pulak?

Afham : Jom lepak teman aku lunch. Bosan ah..

Aku : Kau kan ramai awek. Ajak lah siapa-siapa teman kau makan.

Afham : Alaaa... Bosan la asek keluar dengan perempuan je. Mari laaa..

Afham kerap mengajakku menemaninya makan tengahhari. Walaupun kami berkhidmat di syarikat yang berbeza, namun bangunan tempat kami bekerja tidak jauh. Jadi tidak menjadi masalah bagiku untuk berjumpa dengannya sekali-sekala.

Tanpa berlengah aku terus menuju ke sebuah restoran untuk bertemu dengan rakan baikku Tengku Afham. Aku tengok dia sudah menungguku di dalam kedai bersilang kaki.

"What's up bro?" dia menghulur tangan melagakan penumbuknya denganku.

Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengannya. "Same old same old," balasku. Aku memesan makanan dan minuman.

Aku bersahabat baik dengan Tengku Afham sejak dari zaman universiti. Kebetulan kami belajar di dalam bidang yang sama. Kerap membuat group project bersama. Akhirnya melekat lah sampai sekarang. Kalau ada masa lapang aku suka keluar dengannya.

"Well.. You know what. Baru-baru ni ada new recruit masuk ofis." aku mula berbicara.

"Yeah?" jawab Afham acuh tak acuh. Aku lihat matanya memandang telefonnya. Kau kalau nak ajak aku keluar makan at least letak lah ke tepi dahulu telefon tu. Aku menyandar di kerusiku.

"This new girl was so funny. Macam budak-budak. Hahaha. She's clumsy too. You'll never know what she would do next," sambungku.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now