Chapter 21

734 22 0
                                    

“Aku cintakan kau Syafiqa!”

Langkahku terhenti. Bergema satu taman dengan suara Amir. Amir berlari dan memelukku dari belakang. Tubuhku terasa hangat.

Please Piqa. Aku dah tak boleh tipu diri aku lagi. Hati aku sayangkan kau,” bisiknya ke telingaku. Suaranya sedikit gementar.

Hati kau suka. Tapi mata kau pulak tak berkenan. Kau nak gantung aku tak bertali ke encik Amir?

Aku membuka pelukannya perlahan-lahan. Tapi dia mencengkam kembali lebih erat. “Kau nak lari dari aku lagi ke?” soalnya.

“Amir…” aku rasa kalau aku terima Amir, kesudahannya pasti tak baik. Sebab dia tak boleh terima aku seadanya.

“Aku suka orang lain,” jawabku cuba mengaburi matanya.

“Siapa?” dia memusingkan badanku menghadapnya. Aku tak mampu memandang matanya. Aku toleh ke arah pokok bunga atau apa sahaja yang singgah di mataku.

“Orang yang bagi kau bunga tu ke?”

Aku mengangguk kepalaku lemah. Aku terpaksa menipu bagi menjaga mental dan emosiku. Amir mengkucar-kacirkan fikiranku dengan bermain tarik tali. Aku sudah cukup dewasa untuk menghadap orang seperti Amir yang tidak serius dalam bercinta. Aku perlukan seorang lelaki yang boleh terima aku luar dan dalam. Yang boleh terima kelebihan dan kekuranganku. Yang boleh terima aku sepenuhnya.

'Cinta tanpa syarat'.

“Siapa laki tu?!” Amir menggoncang bahuku.

“T-tuan Aaron…” aku berbisik perlahan.

“Siapa? Aaron? CEO kita tu ke?” Amir melangkah kebelakang. Dahinya berkerut. Aku peduli apa kau percaya ke tidak.

“Sudah lah Amir. Aku nak balik!” tempikku.

“Tunggu dulu! Piqa… aku takde peluang langsung ke Piqa?” soal Amir sebak seperti mahu mengeluarkan air mata.

“Terpulanglah kepada kau,” balasku ringkas. Aku sudah malas melayan kerenah Amir yang memeningkan kepala.

“Aku faham. Masuk kereta. Aku hantar kau balik...”

Keesokan harinya aku ke pejabat dengan mata panda. Keliling mataku menjadi gelap kerana aku langsung tidak boleh melelapkan mata semalam. Semua angkara kau Amir! Aku menggenggam kuat tali beg galasku.

Aku menghempas punggungku di atas kerusi. Suhu dalam pejabat seperti selalunya. Sejuk seperti di kutub utara. Aku menggosok lenganku cuba menghangatkan badanku.

Eh?

Ada bungkusan coklat di atas mejaku. Ade tertulis nota kecil di sebelahnya. Takkan dari Tuan Aaron lagi?

‘Maafkan aku Syafiqa. Aku harap kau bagi aku peluang untuk buktikan cinta aku. -Amir-'

Aku cepat-cepat menyimpan coklat itu di dalam begku. Ughh… mujur tak ada orang nampak. Aku menjegilkan mataku ke arah Amir.  Kau pun tak mahu kalah ke? Dia hanya membalas dengan senyuman. Biasanya dia akan kutuk aku semula. Tapi kenapa kali ini dia senyum je? Aku jadi tak biasa dengan layanan baik dari Amir. Geli pun ada!

“Piqa. Nanti petang boleh bha kau teman aku pigi jumpa client?” Heather datang memanggilku.

Client mana?”

“Aku di suruh cover client Tuan Aaron. Tuan Aaron balik UK kan semalam? Dia teda ka bagitau kau?”

Aik? Kenapa aku tak tahu-menahu pun? Aku mencapai telefonku dan cuba menghubungi Tuan Aaron, namun tidak berjawab.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now