Chapter 45

782 22 0
                                    

Aku mengamati wajah isteriku yang sedang nyenyak tidur. Aku akui aku gagal menahan gelora asmaraku malam tadi. Piqa mesti penat melayan nafsuku sampai ke pagi hingga langsung tidak terjaga walau pipinya disentuh olehku.

Aku kira dia kesakitan kerana erangannya semalam agak kuat. Habis bercalar-balar belakangku di cakarnya. Aku sudah tahan sebulan kot. Rasa seperti hendak meletup kepalaku.

"Maafkan abang sayang," bisikku perlahan.

Aku tersenyum melihat wajahnya yang comel yang kini milik aku. Aku perlahan-lahan bangun dari katil menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Setakat roti bakar atau cereal berserta susu segar tu boleh lah.

Walaupun lelaki pandai memasak itu idaman para wanita, aku menyerah kalah bab itu. Aku tak pandai memasak. Aku pernah cuba, pengakhirannya kurang memberangsangkan. Aku tak mahu mengambil risiko menghidangkan telur hangus kepada isteriku.

Aku membancuh dua gelas air kopi susu. Setelah siap aku naik semula mengejutkan Piqa dari lenanya.

"Sayang... bangun sayang, sarapan," kataku perlahan.

Terkenyit-kenyit matanya baru bangun tidur. Matanya kuyu memandang ke arahku. Mungkin masih mamai.

"Jom mandi. Abang bersihkan sayang."

"Hah?!" Piqa kelam-kabut menarik selimutnya berkelubung di dalamnya.

"Sayang..." aku tersengih. "Abang dah nampak semua lah semalam sayang. Jom lah mandi sayang," rengekku manja.

"Tak nak! Malu!" jeritnya dari dalam selimut.

"Ke sayang nak abang masuk sekali dalam selimut tu?"

Piqa cepat-cepat mengeluarkan kepalanya sahaja seperti kura-kura keluar dari cengkerangnya. Comelnya ya ampun!

"Abang jangan dekati sayang! Nanti sayang gigit!" ugutnya.

Inilah ugutan yang paling 'menakutkan' pernah aku terima sepanjang hayatku.

"Sayang nak gigit dekat mana?" aku menyelak bajuku ke atas.

"Aahhh!!!"

Piqa menjerit membaling bantal ke arahku. Aku tertawa melihat gelagatnya. Makin aku sakat makin menguji pula perangainya. Indahnya hari-hari begini, bergurau-senda dengan orang yang aku sayang.

"Jom la mandi. Suami isteri mandi bersama kan sunnah? Sayang tak nak buat pahala ke dengan abang?"

Dia memuncungkan bibirnya. "Janji abang pejam mata?" ujarnya.

"Okay okay. Abang pejam mata," aku memejam mataku sebelah sementara sebelah lagi separa terbuka.

"Ish abang ni! Sayang malu la!" Piqa menutup mukanya dengan bantal.

"Okay macam ni lah. Abang bogel dulu lepas tu sayang pulak. Baru la adil kan?" kataku langsung membuka baju dan seluarku hingga tiada seurat benang pun di atas kulitku.

Piqa membaling bantal ke mukaku dan melempar selimut ke atasku kemudian berlari meluru masuk ke dalam bilik air.

"Hahahahaha! Sayang! Jangan la tinggal abang!" jeritku dari dalam selimut. Aku terus ketawa tak henti melihat telatah isteriku.

Sementara menunggu Piqa bersiap aku pun turun mandi di bilik air tingkat bawah. Nak buat macam mana kalau tuan badannya malu. Aku hormat setiap keputusannya. Janji dia bahagia sudah cukup bagiku.

"Sayang, kejap lagi abang nak pergi gym jumpa Afham sekejap. Sayang nak ikut?" soalku sambil menghirup air kopiku.

"Erm... tak apa lah abang. Sayang ingat nak balik rumah mak. Abang izinkan?"

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now