Chapter 11

918 32 0
                                    

Aku meletakkan tangan di atas dadaku. Jantung aku tidak boleh berhenti berdegup kencang. Muka, telinga dan leherku terasa hangat.

Aku merenung ke arah telefonku. Kau main sebut je apa yang terlintas kat kepala kau ye Aaron? Apa yang Piqa akan fikir nanti?

"Haaaa....." keluhku panjang meleret. Aku menangkup mukaku dengan kedua tapak tanganku. Apa yang aku alami sekarang ini? Adakah aku berjangkit demam dengan Piqa? Tapi demam ni seperti demam yang ganjil.

Demam rindu?

"..."

Mata aku terbeliak. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ish. Tak mungkin! Aku menyandar di kerusi ofisku. Jariku mengetuk-ngetuk meja. Fail menimbun di hadapanku. Hujung minggu ini company akan menyertai ekspo bagi meluaskan lagi pengetahuan masyarakat mengenai syarikat kami. Tugasan makin bertambah. Tekanan pun makin kuat dirasai. Hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi.

*Tok Tok*

"Masuk...!" laungku.

Aku lihat Andrew melangkah masuk membawa lagi sebakul dokumen untuk ku semak. Yang di atas meja pun masih berbukit. Overtime lah jawabnya.

"Erm... Nak letak mana ni Tuan Aaron?" soal Andrew. Matanya kekiri kekanan melilau mencari tempat untuk meletakkan kertas-kertas di tangannya itu kerana mejaku sudah penuh.

"You letak kat situ dulu," aku menuding jariku ke meja kopi di tengah-tengah ofisku.

*BUK*

Macam nak pecah meja kopi aku menampung beban kertas-kertas kerja yang di hempas oleh Andrew.

"Careful Andrew..." pesanku. Andrew ketawa kecil menggaru-garu tengkuknya.

"Are these all?"

"Ada lagi satu batch Tuan. Lepas tu takde dah."

Aduh... Banyaknya! Tapi nak buat macam mana dah nama pun kerja. Aku sudah bersedia dengan tanggungjawab yang perlu ku pikul semasa menandatangani surat pelantikan sebagai CEO syarikat ini. Tiada kerja yang mudah di dalam hidup ini. I have chosen my path.

"Kalau takde apa-apa, saya balik ke ofis dulu Tuan Aaron?" kata Andrew meminta izin.

Aku hanya membuat isyarat tangan menyuruhnya keluar sambil aku menyelak setiap helaian dokumen di hadapanku. Boleh dikatakan cekap juga pekerja di bawahku membuat kerja. Tidak banyak yang perlu aku perbetulkan. Mereka memudahkan kerjaku.

Sedang sibuk menulis, sebelah lagi tangan aku menekan butang intercom.

"Bagi I cakap dengan Heather," aku menyelit gagang telefon di celah leherku.

Sementara menunggu Heather di talian, aku membuka telefonku mana tahu ada email penting dari client ke. Hanya ada dua email dari clientku. Aku kembali fokus kepada kerja di depanku. Aku betulkan beberapa kesalahan dan menambah maklumat untuk beberapa perkara yang aku rasakan kurang kemas. Mana pulak Heather ni?

"Hello Tuan Aaron. Heather bercakap."

"Hi Heather. Aaa... you dah siapkan audit projek Agro Farm Resort hari tu?"

"Dah siap Tuan. Tuan mau sa hantar kepada Tuan sekarang?"

"Hmm... Takpe takpe. Kejap lagi I pergi ambil dekat ofis you," jawabku.

Aku menyiapkan saki-baki mukasurat terakhir kertas kerja tadi dan bangun menuju ke ofis staffku.

"Heather. Mana audit?" laungku dari pintu ofis. Aku masuk ke dalam setelah mendapati Saiful berada di mejanya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now