Chapter 43

633 19 0
                                    

Aku memandu keretaku sambil air mata jatuh berjurai-jurai. Tergamak dia menuduh aku sundal? Aku couple dengan siapa-siapa pun tak pernah. Inikan pula nak menyundal?

"Kau je satu-satunya lelaki yang aku pernah cinta kau tahu tak?!" jeritku seorang diri di dalam kereta. Aku melepaskan geramku kepada Tuan Aaron. Aku menangis teresak-esak. Berbuih-buih hingus aku!

Susah sangat ke dia nak percayakan aku? Sedangkan kau lagi ramai perempuan usha kau hari-hari. Tapi aku masih bersangka baik dengan kau. Ini tidak. Kalau menuduh aku biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja!

Aku memberhentikan keretaku di hadapan rumahku dan terus meluru masuk ke dalam bilikku. Aku menghempaskan badanku ke atas katil. Mujur tak patah dua je katilku. Aku menangis semahuku di dalam bantal. Aku penat. Aku kecewa.

Aku benci dia!

*Tok Tok*

"Piqa..." ibuku memanggilku dari luar bilik. "Aaron datang ni."

Aku buat-buat tak dengar. Aku taknak tengok muka dia! Rasa benci membuak-buak di dalam dadaku.

"Piqa?" ibuku masih cuba menunggu aku membuka pintu.

"Piqa tak nak jumpa saya ke makcik?" Terdengar sayup-sayup suara Tuan Aaron di depan pintu rumah.

"Hmm... makcik tak tau lah Aaron. Makcik panggil dia taknak jawab. Kenapa dengan Piqa tu?" soal ibuku termangu-mangu.

"Erm... tak apa lah makcik. Saya mintak diri dulu."

"Hmm... ya lah. Hati-hati memandu ya nak," balas ibuku.

Aku mendengar deruan enjin keretanya berlalu pergi. Air mata aku makin lebat turun tanpa henti. Dia langsung tak berusaha untuk pujuk aku? Pergi macam tu je?!

"Kalau macam ni kau buat aku, mesti kau tak betul-betul sayangkan aku kan?" aku mengomel-ngomel sendiri. Menambahkan lagi duka dihatiku yang sudah sedia ada parah.

Aku menyeka air mataku. Aku perlu bangun menunaikan solat maghrib. Hari pun sudah mulai gelap. Selesai solat aku ke dapur dengan mata bengkak-bengkak. Aku lapar. Aku nak makan. Jangan sampai nanti aku ngap Tuan Aaron yang menyakitkan hati tu!

"Apa kamu buat dalam gelap tu?"

"Oi mak!" aku melatah. "Ayah!! Terkejut Piqa!"

"Piqa terkejut ayah lagi terkejut kamu duduk dalam gelap ni," balas bapaku sambil menghidupkan suis lampu dapur. "Ayah ingat hantu raya dah tadi."

"Ish Ayah ni! Mana ada hantu sihat macam ni." Ayahku tertawa kecil mendengar kata-kataku.

Ayahku berbaju melayu dan berkain pelikat ingin ke surau untuk solat isyak berjemaah. Dia mengambil segelas air kosong untuk diminum.

Aku terus menggodek peti ais mencari sisa-sisa makanan siang tadi jika masih berbaki. Namun hampa. Nak masak mi segera aku malas. Aahhh!!! Aku menggonyoh-gonyoh rambutku hingga menggerbang seperti nenek kebayan.

"Piqa! Aaron datang ni!" laung bapaku dari pintu rumah.

Aduuhh... dia nak apa lagi?

"Piqa, Aaron tunggu depan pintu tu. Pergilah tengok," ujar ibuku dengan bertelekung. "Mak nak ikut ayah kamu ke surau ni."

"Hm yelah yelah..." aku mengekori ibuku hingga ke pintu depan.

Aku lihat Tuan Aaron sudah tercegat di depan pintu memeluk sejambak bunga ros merah segar. Dah macam mat bunga dah aku tengok.

"Nak apa?" soalku dingin.

"Sayang, maafkan abang?" dia menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku. Tapi aku tak mahu mengambilnya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now