Chapter 31

624 21 0
                                    

Seandainya aku tahu kalau dari awal-awal kau tak bersungguh-sungguh, nescaya kini aku tak akan memikirkan masalah hatiku kini yang mulai rapuh.

Walau sesingkat mana pun kisah kita, melupakannnya kurasakan terlalu sulit. Kenapa orang-orang berbadan gempal seperti aku selalu dipermainkan oleh lelaki? Adakah kami tidak berhak mengecap bahagia?

*Beep Beep*

Aku terlentang di atas katil wad di hospital. Kepala aku bagai ditimpa batu. Berat. Sakit. Perit. Namun hatiku lagi sakit.

"Piqa... how are you feeling?"

"Tengku. Kepala saya sakit," jawabku. Dadaku berombak menahan sakit.

Tengku Afham merapatiku dan mengusap kepalaku. "Kejap lagi hilanglah lepas kesan ubat masuk ke dalam badan. Sabar ya..."

Dia mengelus pipiku lembut. "Doktor cakap you tumbang sebab exhaustion. You kena banyak rehat," ujarnya dengan pandangan mata sayu.

Tengku yang membawaku ke hospital sebentar tadi. Suasana di ofis agak kecoh keranaku.

"Piqa? Piqa!" Tengku menampar-nampar pipiku menyuruh aku bangun. Mungkin dia khuatir jika aku hilang, terus hilang buat selamanya.

"Heather, tolong ambilkan botol air," arah Tengku. Heather datang dengan membawa sebotol air mineral kecil. Tengku mengambil sedikit air dan disapukan ke muka dan leherku dengan berhati-hati. Tangannya terketar-ketar.

Tangan Tengku yang sejuk itu membuatku merasa sedikit segar. Namun kepalaku masih sakit bagai ditukul-tukul.

"Piqa? Can you stand?"

Aku mengangguk kecil. Tengku menahan lenganku dan aku cuba untuk berdiri. Tetapi aku jadi lembik lutut. Tidak sempat aku terjatuh kembali, sebelah lagi lenganku disambar oleh Tuan Aaron.

"Are you okay?" soal Tuan Aaron lembut penuh kerisauan. Mukanya pucat dan berkerut seribu melihatku. Tapi aku sudah tidak mahu bercakap dengannya sekarang. Hatiku sudah hancur berkecai bagai kaca terhempas ke bumi. Aku kecewa dengannya.

*PAP*

Aku menepis tangannya. Semua orang terkejut, terutamanya Tengku. Dia tercengang melihat aku berkasar dengan Tuan Aaron.

"Afham. Kau tolong hantar Piqa pergi hospital boleh?"

"O-Okay." Tengku Afham mengerutkan dahinya tidak faham dengan situasi yang berlaku di hadapannya sekarang. Tuan Aaron berlalu masuk ke ofis tidak mempedulikanku lagi.

Tengku memapahku hingga ke keretanya. Dia membuka pintu kereta Ford Mustangnya dan menuntun aku masuk perlahan-lahan. Kemudian dia membawaku ke sebuah hospital swasta.

Sejak bekerja di Alam Bina. Ini kali kedua aku masuk wad. Tapi kali ini Tuan Aaron langsung tidak melawatku. Aku dipaksa untuk terima kenyataan bahawa antara aku dan dia sudah tiada apa-apa. Dada aku berasa makin sesak. Deria aku kebas.

"Piqa. Nak I suapkan tak?" soal Tengku sambil menunjukkan makanan di dalam tray hospital. Dia lah yang setia melawatku hari-hari.

"Takpelah. Takde selera," jawabku. Tekakku terasa pahit. Perutku langsung tidak lapar. Kerja aku menangis sahaja sepanjang di wad.

"Piqa..." panggil Tengku lembut. Dia menggenggam tapak tanganku. "What's wrong? Apa yang berlaku ni sebenarnya? I tengok mata you bengkak-bengkak. You menangis ke?"

Aku mengetap bibirku dan tertunduk ke bawah. Saat-saat sensitif begini jika ada orang mengambil berat pasti hatiku jadi tidak kuat. Mataku mula kabur menahan air mataku dari jatuh.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now