Chapter 6

1K 43 1
                                    

Aku menahan malu dihina oleh Amir di hadapan Tuan Aaron. Mukaku terasa panas. Aku pasrah. Aku memang sudah terbiasa menjadi bahan jenaka orang. Aku tiada pilihan selain hanya berdiam diri. Aku tak mahu membesar-besarkan perkara.

Amir menepuk-nepuk bahuku dan terus menghina bentuk badanku. Aku rasa seperti mahu lari dari situ. Tak tahu mana lagi nak sorok mukaku ini. Lagi-lagi Tuan Aaron sedang memerhatikanku.

*Zap*

Tuan Aaron menyentap tangan Amir ke atas. Kami terkejut dengan tindakan Tuan Aaron. Kelopak mataku pejam celik pejam celik melihat ke arah Tuan Aaron.

"T-tuan Aaron?" kata Amir tergagap-gagap.

Dia melepaskan tangan Amir ketepi tanpa sepatah kata pun yang terpacul dari mulutnya. Aku jadi kecut perut. Aku tak pernah tengok Tuan Aaron marah. Biasanya dia ceria dan selalu ketawa. Mulutnya yang terkatup rapat itu menambahkan lagi kegerunan kami kerana tidak tahu apa yang akan dibuatnya nanti.

"Masuk kereta," arah Tuan Aaron.

"Tapi kita baru sampai?" soalku terpinga-pinga.

"I said get in!" muka Tuan Aaron sungguh menakutkan ketika ini. Dahinya berkerut dan matanya meruncing. Tiada langsung senyuman dimukanya.

Amir tertunduk mengekori kami di belakang. Mana taknya. Baru sahaja dimarahi oleh CEO syarikat. Silap langkah kau boleh kena terminate terus hilang dari Alam Bina!

"You. Duduk belakang," Tuan Aaron mengarahkan Amir supaya duduk dikerusi belakang. Amir akur.

Aku mundar-mandir di tepi kereta. Tak pasti nak buka pintu belakang atau depan? Nak tanya tapi takut. Muka Tuan Aaron terus mencuka.

Tuan Aaron membuka pintu hadapan sebelah penumpang. "Piqa. You sit here, at the front," arahnya.

Aku beragak-agak melangkah masuk ke dalam kereta. Dia hanya memerhatikanku tanpa banyak bicara. Haduii.. Kau la ni Amir. Suka sangat buat hal!

Tuan Aaron menutup pintuku perlahan dan memasuki kereta duduk disebelahku. Aku terdengar dia mengeluh perlahan. Dia melepaskan sedikit tali lehernya. Kolar baju kemejanya sedikit terbuka dan menampakkan tulang selangkanya yang berurat itu. Kemudian dia menekan pedal minyak lalu memecut pulang ke ofis semula.

Sampai sahaja di ofis Tuan Aaron berhenti di perkarangan bangunan syarikat kami. Aku dan Amir ingin turun dari kereta. Namun Tuan Aaron menarik tanganku.

"You tunggu sini. Amir, you can go now."

Tuan Aaron mengarahkan Amir untuk kembali ke pejabat. Manakala aku ditahan disini bersama singa yang sedang berapi-api. Mak! Tolong Piqa!! Aku terasa seperti nak menangis. Uhuhu..

"Kenapa you biarkan dia ejek you?" soal Tuan Aaron seperti tidak puashati.

"Ermm—"

"You patut defend la sikit diri you! Takkan nak biar orang pijak-pijak you macam tu?" kata Tuan Aaron berang penuh emosi. "You kan dah besar. Takkan tak pandai jaga diri lagi? Takkan semua benda nak kene ajar!"

Ya. Aku dah besar. Aku membesar dalam keadaan sentiasa di ejek. Diperbodohkan. Di hina. Aku bukan tidak mahu mempertahankan diriku. Tapi aku tahu kalau aku melawan pasti lebih teruk aku kena nanti. Dia tak perlu ajar aku semua tu. Aku tahu. Aku lebih tahu...

Bibirku bergetar, dan mataku terasa panas. Aku cuba menahan air jernih dari mengalir dari kelopak mataku.

"I'm sorry..." kataku separa berbisik.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now