Chapter 17

740 27 0
                                    

Hari ini hari pertama Tuan Aaron bertugas semula. Banyak drama yang terjadi baru sekarang dapat berasa tenang kembali.

"Piqa. Pergi masuk stor ambilkan fail 4-8/E," arah Encik Saiful.

"Baik Encik Saiful," kakiku melangkah ke bilik stor. Kemas tersusun fail-fail syarikat di atas rak bertingkat rapat hingga ke siling.

"4-8.. A.. B.. C.. D.. Hah?!" aku mendongak ke atas. Mak aih! Rak paling atas ke? Aduhai... Kenapa kau tak duduk atas bumbung je terus? Kau bukan tak tahu aku ni pendek. Aku bercakap-cakap dengan fail dihadapanku seperti orang tak betul.

Aku melihat-lihat sekeliling kalau-kalau ada tangga. Seperti biasa lah, masa terdesak nak guna tu lah dia tiada. Yang ada hanya kotak-kotak usang serta tong-tong kosong.

"Hmm..." aku termangu sebentar. Aku tak mahu menyusahkan orang lain. Aku mencapai salah satu tong yang nampak seperti cukup kukuh untuk menampung berat badanku yang seperti 'kenderaan berat di lorong kiri' ni.

"Eeeyyahh..." aku memanjat tong dengan berhati-hati. Aku menjengketkan kakiku sedikit.

"Haa... sampai pun," aku bermonolog.

Eh? Eh? Eehhh?!!

Aku hilang imbangan dan terjatuh. Ughh... Aku buka mataku. Aik? Tak jatuh pun? Ada tangan yang memeluk bahuku menahanku dari terbongkang di atas lantai.

"Empuk," bisiknya.

Empuk?

Aku menoleh ke arah mukanya. Siapakah gerangan pemilik suara yang garau ini.

Amir!

"Ehem... hati-hati Piqa. Lain kali kau panggillah aku mintak tolong," Amir mengusap-usap tengkuknya. "Kau cari apa kat sini?"

"Ni..." aku mengangkat fail yang berjaya aku capai tadi di tanganku.

"Hmm... ada apa-apa lagi ke. Meh sini aku tolong ambilkan," pelawa Amir.

"Takde. Ni je. Thanks tolong tahan aku dari jatuh tadi. Hehe..."

"It's okay... Mujur kau tak hempap aku."

"Kau nampak ni?" aku tunjuk fail yang tebal di tanganku. Kalau buat hempuk muka Amir boleh bersepai gigi!

"Hehe... Sorry sorry."

"Kau cari apa sini?" soalku. Terasa lain macam pula bila berdua-duaan dengan Amir di dalam bilik sempit ini. Jantung berdegup laju.

"Cari tender client," balasnya sambil mencari-cari dokumen yang diperlukan.

"Emm Amir..." aku menguis-nguis jariku.

"Hm?"

Aku rasa nak tanya je dia masih ingat tak janji dia padaku masa sekolah rendah dulu. Tapi aku malu.

"T-takde ape lah..." sambungku kecut perut.

"Kau dulu masa sekolah pengawas kan? Masa tu pengawas kena pakai baju biru. Aku ingat lagi," kata Amir ingin berborak denganku. Dia membelek-belek dokumen di tangannya.

"Errr... A ah. Kau ingat lagi ke pasal aku?"

"Ingatlah. Kau masa tu kurus lagi. Idaman budak-budak lelaki kat sekolah masa tu. Ramai gila crush kat kau," jelasnya.

"Yeke? Aku tak pernah tau pun," balasku. Sebab masa tu di mataku hanya ada engkau Amir. Tapi kau je yang tak tahu.

"Aku pun penah suka kat kau jugak. Hahaha..." luahnya dengan muka bersahaja.

"Kau pu—"

Tidak sempat aku berkata-kata Amir mencelah. "Tapi aku tau masa tu aku tak setanding budak-budak lain. Jadi aku lupakan je lah hasrat aku nak memiliki kau. Biasalah cinta monyet. Cinta budak sekolah rendah belum tumbuh bulu. Hahaha."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now