Chapter 44

734 21 0
                                    

Anehnya, meski kerap dikecewakan, namun hati masih sahaja mengharap pada orang yang sama. Itu lah kami. Walau bercakaran, berpisah, membawa haluan masing-masing, tapi di penghujungnya pasti bertemu kembali. Seolah titik penyudah sudah tertulis.

"Piqa, tak sangka kau suda mau kahwin kan?" ujar Heather teruja. "I've always had a hunch that you and him were together. Kau ndak bulih tipu aku."

Heather memakai baju kebaya berkain pario berwarna hijau lembut. Dia ditugaskan menjadi pengapit aku.

Aku memandang ke dalam cermin dihadapanku. Bagaikan mimpi. Hari ini aku bakal menikah dengan kekasih hati aku-Tuan Aaron.

"Cik, kita letak veil ya?" kata stylist yang ditempah khas oleh Mommy Tuan Aaron. Veil yang panjang mencecah lantai itu disematkan kemas di atas sanggulku.

Setelah perbincangan dibuat antara keluarga aku dan juga ibu Tuan Aaron. Mereka bersetuju menjadikan tarikh pertunangan sebagai hari nikahku. Semua persiapan dilakukan oleh pihak lelaki. Aku dan keluargaku hanya perlu cuci kaki sahaja.

Mereka memilih hotel lima bintang sebagai tempat majlis pernikahan sekaligus resepsi. Kami mahukan simple tetapi memorable.

"You look so gorgeous today!" kata Heather. Aku memusing-musingkan badanku di hadapan cermin yang besar. Gown putih yang dipakai olehku menggerbang seperti payung. Aku berangan seperti seorang tuan puteri.

Hati aku mula rasa gemuruh. Berbagai perasaan yang datang secara berbondong-bondong. Aku kira semua wanita terutamanya yang masih perawan sepertiku pasti akan merasa debaran yang luarbiasa di hari pernikahan. Bukan tak suka. Tapi takut.

Aku menguis-nguis tanganku. "Heather, aku nervous la."

"Alaa... kau jangan bha begini. Nanti aku ikut nervous juga," ujar Heather tertawa kecil.

Aku memuncungkan bibirku seperti itik serati. Tapi sekurang-kurangnya perasaan gementarku sedikit pudar dengan gurauannya.

"Piqa..." panggil ibuku lembut. "Semua orang dah tunggu tu dekat hall. Jom ikut mak. Piqa duduk atas pelamin ya?"

Ugh... isi perutku seperti hendak terkeluar. Aku berjalan perlahan menuju ke atas pelamin. Semua mata para tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai memandang ke arahku. Terutamanya tusukan tajam kerlingan mata dari Tuan Aaron. Dia tak lepas memerhatikanku dari meja akad nikah.

Tuan Aaron begitu kacak berbaju melayu putih cekak musang. Potongan baju yang slim fit itu menyerlahkan lagi ketampanannya.

Bakal imamku.

Heather menemaniku di atas pentas. Tengku Afham pula segak berdiri di sebelah Tuan Aaron. Tengku memakai baju melayu sedondon dengan Heather. Elok sangat lah tu. Hihi.

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Tuan Aaron. Pada mulanya fikiran aku masih kabur. Tetapi selepas melihat Tuan Aaron mengusap air matanya ketika menadah tangan berdoa, aku pun turut tersentuh dan mengalirkan air mata kesyukuran. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Tuan Aaron naik ke atas pelamin. "Assalamualaikum sayang," ucapnya tersenyum manis ke arahku. Aku bagaikan terkena panahan asmara. Dia terlalu bercahaya menyilaukan pandangan mataku ini.

"Wa'alaikumussalam abang," balasku tersipu-sipu. Dia duduk disebelahku dan menyarungkan cincin di jariku. Kami berdua kekok serta malu-malu.

Majlis berjalan dengan lancar. Semua tetamu bergembira. Aku pun turut gembira sehingga lah majlis sudah sampai ke penghujungnya. Aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Aku gementar. Tuan Aaron yang sedar akan keadaanku itu mengambil tapak tanganku dan diramas-ramas lembut.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now