Chapter 47

661 20 0
                                    

Aku membelek-belek gambar ultrasound bayi di dalam perutku. Usia kandunganku sudah mencecah 6 bulan. Ibu bapaku yang paling gembira mendengar khabar berita ini ketika hari raya pertama hari tu. Meriah raya dengan semua orang senang hati ingin menerima kedatangan orang baru tidak lama lagi.

Aku masih tidak percaya aku boleh mengandung. Kitaran haidku tidak menentu sejak waktu sekolah. Lagi pula aku berbadan besar, kebiasaannya sukar untuk orang obes seperti aku untuk mengandung. Namun siapa kita untuk melawan takdir.

Tuan Aaron menemani aku ke klinik pagi tadi. Doktor menasihati kami supaya kurangkan hubungan suami isteri sejak kandungan 3 bulan kerana rahim aku agak lemah. Adakala berlaku sedikit pendarahan.

Tuan Aaron akur. Tapi aku risau juga kalau dia menahan airnya lama-lama. Takut mereng nanti. Huhuhu. Tapi demi kandunganku dia redha.

Alahan aku pun sudah beransur hilang. Sekarang hanya tinggal nafsu makan yang membuak-buak sahaja. Pantang nampak apa-apa makanan yang lalu di kaca tv aku teringin. Tapi yang paling anak dalam kandungan aku gemari adalah rojak mi kedai mamak. Alahai anak.

Tak muak ke?

“Sayang, abang pergi kerja dulu. Anak Papa jangan buli Mama tau,” ujar suamiku seraya mengusap perutku yang sudah memboyot ke hadapan. “Ada apa-apa sayang call je abang.”

Okay abang,” aku mencium tangannya sambil sebelah lagi tanganku menekap di pinggang.

Aku kembali ke ruang tamu mengusung perutku. Aku buka bungkusan plastik baju-baju baby yang baru aku beli semalam. Aku ingin rendam di dalam air panas. Tak sabarnya untuk bertemu dengan anakku. Tapi semakin dekat dengan tarikh lahirnya semakin berdebar-debar rasa di hati. Aku tak boleh bayangkan bagaimana sakitnya melahirkan.

*Ting*

Aku mencapai telefonku. Ini macam nombor Amir.

Amir : Assalamualaikum. Piqa, sihat?

Aku tidak membalas mesej dari nya.

*Ting*

Amir : Aku rindu kau Piqa.

Kali ini aku sudah geram. Apa lagi yang dia mahukan? Dia tak tahu ke aku sudah jadi isteri orang?!

Aku : Kau nak apa Amir? Kau tak tahu ke aku dah kahwin? Janganlah kacau aku lagi!

Amir : Kau janganlah sombong sangat dengan aku. Kalau dah kahwin pun kenapa? Aku boleh je rampas kau dari dia.

Kurang ajar betul si Amir ni. Kalau depan-depan memang sudah aku henyak dia dengan badanku. Dah lah aku sudah berbadan dua. Berat badan makin naik. Tak ke lenyek kau bawah aku!

Aku : Apa yang kau tak puas hati lagi dengan Tuan Aaron? Dia buat apa kat kau sampai kau sakit hati sangat dengan dia? Dia baik je aku tengok.

Amir : Haha. Kau yakin sangat dia baik? Kau tengok lah sendiri gambar-gambar ni.

[Image]

[Image]

[Image]

Aku membuka gambar yang dihantar olehnya. Aku terkedu. Dadaku berombak. Tanganku menggigil hingga telefonku terlepas dari tanganku jatuh ke lantai.

Air mata aku jatuh berguguran. Aku tak sangka ini yang dia buat di belakangku?

Siapa perempuan dalam gambar tu? Kenapa dia mesra sangat dengan Tuan Aaron?

Dia peluk lengan Tuan Aaron persis sepasang kekasih. Adakah Tuan Aaron ketandusan kasih sayang disebabkan sudah lama tidak dapat menyentuh isterinya ini?

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now