Chapter 29

664 26 0
                                    

Aku memberi pelepasan cuti kepada Piqa selama beberapa hari hingga dia betul-betul bersedia untuk memulakan tugas semula. Amir juga sudah tidak datang kerja selepas kejadian tempoh hari.

"Afham. Is there any news about Amir?"

"Informant aku cakap dah jumpa tempat dia bersembunyi. Nanti aku suruh diorang heret Amir jumpa kau."

"Kau bagi je location. Aku boleh je pergi sendiri."

"Oh no no no... I won't do that. That'd be less drama! Hahaha!!" ketawa Afham dihujung talian.

"Not funny Afham."

"Okay okay. I'm sorry. Ehem... aku akan heret dia ke rumah kau. Aku taknak nanti kau masuk berita mukasurat depan pulak. Aku tak tahu apa yang kau akan buat nanti. Jadi better for me to be there with you, just in case."

"Aku nak buat apa lagi. Memang berkicap la budak tu kena dengan aku!"

"Relax bro. I know you're mad. But think about your future too. About Piqa. Don't do anything rash until the feelings subside," nasihatnya.

Aku hanya mengiakan sahaja kata-kata Afham. Ada betulnya apa yang dinasihatinya. Namun perasaan marahku membuak-buak. Ada kah cara untuk meluahkan perasaan marah secara wajar?

Aku merasa kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku. Aku tidak berjaya melindungi Piqa di waktu dia di dalam keadaan memerlukan pertolongan. Aku lebih kepada marah dengan diriku sendiri.

Aku mengambil beberapa jenis buah-buahan di atas rak di hadapanku. Semua buah tampak segar-bugar. Aku jadi rambang mata. Akhirnya penuh sebakul dengan buah sahaja. Petang-petang begini pasaraya sesak dengan manusia. Mungkin kerana semua serentak balik dari kerja.

Semasa membayar di kaunter aku sempat mencapai beberapa jenis coklat dari pelbagai jenama. Aku dapat tahu coklat merupakan makanan ultimate mood lifter. Koko mengandungi serotonin yang mampu membuatkan kita merasa gembira. Sangat sesuai untuk insan bergelar wanita yang hidup seharian bergantung kepada turun naiknya hormon.

Aku belikan semua ini untuk Piqa. Buah hati pengarang jantungku. Aku harap dia suka.

"Sayang. Abang dekat depan rumah ni. Boleh keluar sekejap?" aku menelefonnya dari dalam keretaku. Boleh dikatakan setiap hari aku akan singgah di rumah Piqa. Aku rindukan Piqa. Kebiasaannya boleh berjumpa di pejabat. Namun dek kerana Piqa cuti, terpaksalah aku berulang-alik ke rumahnya untuk bertemunya. Walaupun seketika cuma.

Piqa berjalan keluar dari rumahnya dengan hanya memakai t-shirt dan seluar tracks.

"Comelnya..." bisikku sendiri. Aku tidak puas memandangnya. Pakailah apa pun, semuanya cantik di pandangan mataku. Semakin hari semakin aku tidak sabar untuk menjadikan Piqa milikku.

Aku melangkah keluar dari keretaku mendapatkan Piqa.

"Abang beli apa pulak ni? Hmm..." keluh Piqa sambil membelek-belek beg plastik di tanganku.

"Ni ada buah-buah sikit. Dengan chocolate."

"Banyaknya abang beli. Mak Piqa dah bising dah tu. Peti sejuk dah penuh dengan barang dari abang," dahinya berkerut.

Oh?

"Nak abang belikan fridge baru ke? Yang empat pintu tu. Baru ni abang tengok siap boleh ketuk-ketuk lagi nak tengok dalam dia ada apa."

*PUK*

Piqa menampar lenganku.

"Aduh!" aku mengusap-usap pedih.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now