Chapter 54

666 21 0
                                    

“Aaron... kau ikut je aku.”

Aku menundukkan kepalaku dan berselindung di sebalik hoodie. Aku mengekori rapat di belakang Afham.

Kami tiba di lapangan terbang Heathrow seawal 5 pagi. Afham memalsukan dokumen perjalananku untuk menyelinap masuk ke kota London.

Waran tangkap telah dikeluarkan kepadaku atas kes video tempoh hari. Namun aku tiada masa untuk menyelesaikannya kerana aku perlu bertemu dengan ibuku segera.

Aku terpaksa meninggalkan Piqa seorang diri di Malaysia. Aku meminta ibu-bapa mertuaku untuk menjaganya untukku sementara ketiadaanku di sana.

Mujurlah mereka memahami situasiku. Mereka meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepadaku. Aku akan pastikan aku tidak kecewakan harapan mereka.

“Aku rasa kita patut bermalam dulu di mana-mana hotel terdekat,” cadang Afham. “Aku nak kumpul informasi dari orang aku yang ada di London dulu. We better be prepared than sorry.”

Aku mengangguk kecil.

One room for two,” ujar Afham kepada receptionist di lobi hotel. Wanita itu merenung kami berdua atas bawah. Kemudian bibirnya mengukirkan senyuman seperti mengerti apa tujuan kami ke hotel. Tapi maaf, jangkaan kau ternyata tidak benar!

Singles or King bed, sir?”

Aku dan Afham berpandangan. Aku hampir tergelak mendengar persoalan dari pekerja hotel itu tadi.

Afham mendekatkan bibirnya ke telingaku. “How do you want it? Share or dare?” dia mengangkat sebelah keningnya.

Meremang bulu romaku mendengarnya.

“Kau gila!?” bisikku.

“Bahahahaha!” Afham ketawa berdekah-dekah melihatkan mukaku yang sudah biru.

Seram!

Penyambut tetamu itu tadi tersengih-sengih melihat gelagat kami.

Give us two single beds,” pinta Afham. Dia sempat bertukar nombor dengan pekerja itu tadi. Dasar buaya tembaga. Semua perempuan kau nak sapu!

Aku melabuhkan punggungku di atas tilam hotel yang empuk. Bilik hotel ini biasa-biasa sahaja. Cukup lah untuk melepaskan lelah. Aku bukan datang nak honeymoon dengan Afham. Tak pernah terbayang pun oleh fikiranku untuk sekedudukan dengan lelaki.

Ughh… memikirkannya sahaja geli tekak aku! Tak guna kau Afham! Kau buat aku fikir yang bukan-bukan.

Afham keluar dari bilik air bertuala. Badannya begitu sasa, kalau aku perempuan mungkin aku akan jatuh hati melihat otot-ototnya.

“Kau tengok apa?” soal Afham tersengih.

"Ehem..." Aku terbatuk walaupun tekakku tidak gatal.

Afham mengenakan jaket hitam bercorak serigala emas. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan merasa gerun. Kau pakai macam ni memang memancar-mancarlah aura Gangster kau!

“Aku keluar kejap. Kau nak apa-apa kau gunalah credit card aku atas meja tu,” kata Afham tergesa-gesa.

Dia menyarung kasutnya kemudian bergegas keluar. Tinggallah aku termangu-mangu seorang diri di dalam bilik. Aku jadi malas nak keluar. Pergerakanku terbatas kerana aku tidak boleh menggunakan kad bank atau telefonku. Aku khuatir pihak berkuasa dapat mengesanku.

Wajah ibuku melintasi fikiranku. Aku berharap sangat yang telahan kami tidak betul. Buatlah cerita apa pun. Loket itu dikutipnya dari tong sampah? Pemberian orang tak dikenali? Atau apa sahaja aku tak peduli!

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now