Chapter 13

848 35 0
                                    

*Creakkkk*

Aku jalan terjengket-jengket masuk ke dalam rumah. Lampu sudah terpadam menandakan seisi rumah sudah lena diulit mimpi.

"Mak? Ayah? Dah tidur ke?" bisikku menduga. Tapi tiada bunyi. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang menerjah ke dalam gegendang telingaku.

Jam sudah pukul 1 pagi. Kami asyik berjimba hingga lupa diri. Sedar-sedar sudah lewat disapa embun pagi. Perjalanan pulang ke Pahang pula mengambil masa lebih kurang 1 jam. Badanku terasa remuk. Sudah 3 hari berturut-turut tidak cukup tidur. Kalau disorong bantal pasti aku terlena walaupun beralaskan lantai ofis.

Aku masuk ke bilik mandi membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Usai solat aku memanjat katilku cuba untuk melelapkan mata. Namun fikiranku melayang teringatkan perbualanku sebentar tadi di Me'nate setapak.

"Kau tinguk sana," ujar Heather seraya menudingkan jarinya ke arah Tuan Aaron dan Tengku Afham yang sedang berbual di luar kedai.

"Two prince charmings!"

Aku tersengih melihat gelagat Heather. Masih tak habis lagi mengagumi ketampanan Tengku Afham.

"Seorang model, seorang lagi CEO," dia mengangkat kedua tangannya mengeluarkan jari seperti kamera. "Nice view kan?" katanya meruncingkan kelopak matanya.

Aku menampar tangan Heather. "Kau ni, tak habis lagi ek usha Tengku?"

"Uiii... Misti!" katanya langsung tidak cuba menyangkal dakwaanku. Aku mengeluh sambil menggelengkan kepala. Kawanku sudah masuk air.

Andrew menarik kerusi dan duduk disebelahku. "Piqa, you umur 25 right?" soalnya tiba-tiba.

"A ah... kenapa?"

"Oo... Saje. Nak berkenalan. Sejak you masuk kerja kita tak sempat berborak lagi kan?"

Aku mengangguk-angguk. Betul juga. Suasana di pejabat melemaskan. Bila santai-santai begini barulah terasa selesa sikit ingin berbual panjang.

"You pulak berapa?" soalku ingin tahu. Aku mengagak dalam 27 atau 28 kerana Andrew nampak masih muda.

"38."

"What?!" tempikku. Aku menutup mulutku dengan kedua telapak tanganku. Ooppss!

"A divorcée with a son."

Aku ternganga. Dia langsung tidak kelihatan berumur lagilah pula seperti bapak orang! Aku tak sangka Andrew seorang duda beranak seorang.

"You tak selesa ke tau I duda?"

Aku menggeleng-geleng kepalaku laju. "Taklah Andrew. I don't mind. I cuma terkejut. You look young!"

Duda hot! Ouchie!

"Haha. I'll take that as a compliment."

Aku tak sangka dia lagi tua 3 tahun dari Tuan Aaron. Aku memandang ke arah Tuan Aaron. Tuan Aaron pun apa kurangnya. Masih tampak muda.

"You berminat dengan Tuan Aaron ke? " soal Andrew. Aku terbatuk-batuk tertelan air liurku sendiri.

"Hah? Kenapa you tanya macam tu?"

Andrew ketawa melihatku. "Tuan Aaron tu sudah tiada ayah. Hanya tinggal ibunya sahaja. Ibu dia duduk di London," terang Andrew tanpa bersuruh. "Mak dia orang Netherland."

"Oo... Patutlah muka macam mat saleh." Syok pulak kami membawang.

"He's very hardworking. I tak pernah nampak dia bercinta dengan mana-mana girls," Andrew meneruskan cerita fasal CEO kami.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now