Chapter 32

675 19 0
                                    

Bengang betul aku dengan Afham. Kenapa dia perlu ganggu Piqa sekarang?

Tangan aku masih kemas menggenggam kolar bajunya hingga berkerumuk kedut seribu bajunya dibuatku.

“Sampai bila-bila pun aku takkan serahkan Piqa kepada kau Afham!” herdikku dengan suara yang nyaring dan keras.

Aku melepaskan Afham dan menarik tangan Piqa.

“Ikut I.”

“Piqa,” panggil Afham, “don’t listen to him. Let’s go.” Afham seperti mahu mencari pasal denganku.

Piqa terdiam sebentar. Nafasnya laju. Dahinya berkerut-kerut sambil menggigit bibirnya.

Akhirnya Piqa bersuara. “Maafkan saya Tengku,” dia memeluk lenganku.

Raut muka Afham berubah, kecewa.

Aku juga ikut terperanjat dengan keputusannya. Semasa aku menarik tangannya tadi aku tidak meletakkan sebarang harapan yang dia akan menurutiku. Setelah apa yang aku sudah lakukan padanya.

“Saya masih belum mendapat penjelasan dari Tuan Aaron.”

Piqa tertunduk. Mungkin tidak sampai hati untuk melihat ke wajah kesal Afham.

Aku pun mengheret Piqa ke keretaku. Afham tertunduk dengan rambutnya ditiup angin menutupi matanya.

Get in,” kataku. “Careful with your hands.” Tangan Piqa luka dan mengeluarkan sedikit darah.

Let’s go to my house. Kita cuci luka dulu,” sambungku lagi.

Aku memandu pulang ke rumahku. Aku memasuki porch rumah teres dua tingkatku di dalam kawasan perumahan berpagar. Sedikit privacy dan lebih selamat.

Piqa turun dari kereta dan melihat-lihat sekeliling. Aku menjemputnya masuk ke dalam rumahku dan Piqa menuruti sahaja tanpa banyak kata.

Aku meninggalkan Piqa seketika di ruangtamu sementara aku naik ke atas mencari kotak first aid kit yang terletak di dalam laci almari pakaianku.

Aku turun semula mendapatkan Piqa yang sedang duduk tertib di atas sofa. Aku memintanya menghulurkan tapak tangannya untuk aku cuci lukanya.

“Tuan Aaron,” kata Piqa, “kita cuci luka Tuan dulu lah. Saya punya tak teruk mana.”

Aku hanya diam dan menarik tapak tangannya. “Tahan sikit. Pedih,” aku sapu sedikit ubat cuci luka.

“Hisss…”

“Sikit je lagi.”

“Mmmhh…” Piqa mengetap bibirnya menahan perit lukanya terkena cecair antiseptik.

Aku mengambil sekeping plaster dan kulekatkan di atas lukanya tadi.

“Dah siap.”

Aku mengambil kapas baru dan aku cuba untuk mencuci luka di sikuku tetapi agak sukar kerana aku tak dapat lihat dengan jelas. Bajuku juga mengganggu aku untuk mencuci luka.

“Biar saya buatkan,” pelawa Piqa.

It’s okay.”

“Meh sini saya buatkan,” Piqa bertegas.

Hmm…

Aku akur. Aku melonggarkan tali leherku dan membuka butang bajuku satu-persatu. Dan kutanggalkannya perlahan-lahan. Muka Piqa tiba-tiba berubah.

“Takpelah. Biar I buat sendiri.”

“Takpe. Biar saya buatkan,” Piqa menolong aku mencabut kemejaku dan di letakkan di tepi meja. Mukanya kemerah-merahan. Matanya lari dari memandang tubuh badanku yang kekar ini.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now