Chapter 19

731 30 0
                                    

*Click*

Aku menutup pintu rumahku. Aku tersandar di pintu dan menggelongsor terjelepok di atas lantai. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluarku.

“Afham. I’ve finally said it.”

Said what?” soal Afham dihujung talian.

I told Piqa I like her,” kataku. Mukaku terasa panas mengingatkan kembali peristiwa siang tadi di tepi pantai.

“T-tuan Aaron?!” jerit Piqa menyeretku kembali ke alam nyata. Aku menahan nafasku tergamam.

Cengkaman tanganku dilepaskan perlahan-lahan dan aku bergegas bangun duduk di sebelah Piqa. Aku mengurut-urut tengkukku. “Maaf…” kataku separa berbisik.

Piqa bangkit duduk disebelahku. Dia menepuk-nepuk pasir yang melekat di baju dan rambutnya. Dia berpaling dariku. Aku dapat lihat cuping telinganya merah menyala.

“Ermm.. Ehem…” Suaraku tersekat. Aku tak tahu apa yang aku perlu katakan dalam situasi begini.

“Tapak tangan Tuan tak sakit ke?” soal Piqa memecah kecanggungan. Rambutnya menutupi sisi mukanya. Namun aku dapat lihat isi pipinya kemerah-merahan.

“Aaa… tak sakit sangat,” aku melihat ke arah tapak tanganku. Ada sedikit kesan darah merah. Aku hilang deria rasa buat seketika. Bukan sahaja rasa, malah aku seperti hilang akal! Hebatnya kuasa cinta. Sukar untuk aku meramalnya.

“Ugh…” aku mengeluh menahan pedih di tapak tanganku. Sakitnya baru datang menerjah setelah fikiranku mulai waras.

“Tuan sakit ke? Eh? Darah ni!” Piqa menarik tapak tanganku. Dia meniup debu dan pasir yang melekat di kain kasa yang melilit lukaku. Dia mengerutkan dahinya, risau.

Piqa… kau sedar tak kau dah buat hati aku yang keras membeku selama ni mula mencair dengan setiap layanan yang kau berikan. Aku jadi tamak. Aku mahu kau melayan aku seorang sahaja begini. Tiada yang lain. Adakah permintaan tulus ikhlas dari hatiku ini melampaui batas?

Aku mengangkat tapak tanganku dan memegang pipinya yang gebu itu. Piqa yang masih berkerut dahi itu mendongak memandang wajahku. Hati aku merasa tenang dengan kehadiran Piqa di sisi.

“Piqa… I thinkI have a crush on you…” Luahanku keluar bagaikan air mengalir.

Matanya membulat. Ya Tuhan! Macam anak patung! Geram betul aku tengok Piqa sekarang ini. Aku rasa seperti mahu cubit-cubit sahaja pipinya yang bagaikan pau itu.

“S-saya—”

Aku mengunci mulutnya dengan tapak tanganku. “Errr... you tak perlu jawab sekarang. You fikir dulu masak-masak sebelum bagi jawapan okay?”

“Mmphh…” Piqa mengangguk kepalanya.

Aku cepat-cepat menarik tanganku dari menangkup mulut Piqa.

Aku tahu. Aku pengecut. Aku takut untuk dengar jawapan yang bakal keluar dari mulut Piqa. Hati aku belum bersedia lagi untuk menerima sebarang rejeksi.

“Jom! Cari makan. You nak makan apa?” soalku masih berasa segan untuk memandangnya. Aku bangun berdiri menepuk pasir di punggungku.

“Keropok lekor! Dengan sotong celup tepung? Hehe…” katanya teruja.

“Hahaha… okay...” aku tersenyum melihat Piqa masih seperti biasa. Makanan masih menjadi keutamaannya. Aku rasa seperti kalah dan kecundang dengan makanan. Namun sekurang-kurangnya aku tahu apa yang membuatkan Piqa bahagia…

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now