Chapter 53

659 17 0
                                    

*BANG*

*THUD*

Piqa tersentak mendengar bunyi tembakan yang bergema di segenap ruang. Amir tersungkur ke lantai dengan berlumuran darah. Aku menutup mata isteriku dan memeluknya di dalam dakapan dadaku.

Amir cuba menyerangku dari belakang namun ditembak dahulu oleh Afham. Amir kaku di atas lantai.

"Bring him to the cell," arah Afham kepada anak buahnya.

"Abang. Amir dah-"

"He's okay. I just shot his leg." Afham menjawab bagi pihakku.

"T-tengku..." Piqa menggigil melihat Afham. Jarinya kemas menggenggam bajuku. Afham tertunduk dengan mata sayu. Dia berundur dari Piqa, melihatkan Piqa yang terkejut menonton wajah sebenar Afham.

"Kenapa kau bawak Piqa datang sini?"

"Safety precaution."

"Hah?"

"Sebab aku tahu kau akan bertindak gila. Isteri kau je yang boleh halang kau," jawab Afham.

Afham berjalan menghampiri perempuan yang diikat di atas kerusi tadi. Badannya bergegar-gegar selepas mendengar bunyi tembakan dari pistol Afham. Sarung kepalanya masih belum dibuka.

"You orang Blue Pheonix jugak ke?" soal Afham garang. Wanita itu hanya mengangguk-angguk kepala tersedu-sedu. Aku sudah merasa aneh. Bella orang bawahan Blue Pheonix? Takkan Bella terbabit dengan geng Mafia? Aku kenal dia sudah lama.

Mustahil!

Aku tidak puas hati. Aku menghampiri mereka dan membuka kain hitam yang menutupi kepala perempuan tadi.

"Aria?!" kataku terkejut.

"Aria?" soal Afham bingung.

"It's a long story. Aku tak kenal dia, tapi dia cakap dia adik kandung aku."

"Adik? Sejak bila kau ada adik?" soal Afham lagi, keliru.

"Kau ni banyak tanya pulak. Kan kau yang bagi gambar dia kat aku hari tu. Kau tanya lah budak ni. Macam mana dia boleh jadi orang bawahan Blue Pheonix tu?"

"Aku bagi gambar je. Aku mana tahu dia adik kau!"

Aria terketar-ketar memandang ke arahku. "Maafkan Aria, abang Aaron."

Afham menyelak baju Aria. Terbeliak mata aku. Aku mengalihkan pandanganku, menghormati isteriku.

"Here, lambang Pheonix."

Aku menoleh untuk melihat tatu yang terlukis di belakang bahu Aria. Aku termenung seketika. Aku menarik nafasku dalam-dalam.

"Aku macam pernah tengok lambang ni Afham," kataku mengusap daguku.

"Maafkan Aria! Aria terpaksa. Kalau Aria tak ikut arahan diorang, diorang ugut untuk bunuh keluarga Aria. Mereka ugut untuk bunuh Mama!" aku tersentak mendengar raungan Aria.

"Jadi kau lah yang hantar gambar-gambar tu? Gambar CCTV, gambar aku?" soal Afham.

Aria diam. Dia tidak menjawab soalan dari Afham. Afham meletak pistol di bawah dagu Aria. "Kau ingat kau boleh selamat ke dengan mendiamkan diri?" Nafas Aria tercungap-cungap. Matanya dipejam. Dahinya berpeluh-peluh dek kerana ketakutan yang amat sangat.

Aku pegang tangan Afham. Aku menggelengkan kepalaku meminta Afham untuk tidak mengacukan pistol ke kepala adikku.

Aku mencangkung di hadapan Aria. "Kau tahu ke siapa yang beri arahan?" Aria menggelengkan kepalanya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now