Chapter 38

601 21 0
                                    

"Hahahaha..."

"Siapa tu?" aku memandang sekeliling. Suasana sungguh nyaman dengan rumput yang menghijau.

Aku terpandang satu cahaya. Aku mendekatinya.

Piqa?

"Hahaha..."

Aku lihat Piqa memakai baju berwarna putih sedang ketawa girang di bawah pohon yang rendang dan berdaun lebat.

"Sayang?" aku memanggilnya namun dia langsung tidak mempedulikan aku. Seoalah-olah tidak menyedari kehadiranku di situ.

Piqa kelihatan persis bidadari. Bercahaya dengan senyuman terindah. Makin aku mendekatinya makin dia menjauh.

"Sayang nak pergi mana tu?"

Piqa berlari meninggalkan aku. Aku cuba mengejarnya namun kakiku bagai dipaku ke tanah. Suasana semakin gelap kerana kehilangan sumber cahaya dari Piqa.

"Sayang! Jangan tinggalkan abang! Sayang!!!"

*Beep Beep*

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku tidak suka suasana ini. Aku sangat mengenalinya. Bau ubat. Tusukan jarum. Bunyi mesin. Tetapi kali ini lebih sakit. Perutku rasa seperti ditarik-tarik.

Aku toleh ke kiri. "Afham..." kataku dengan suara serak hampir tidak keluar.

"Aaron! Kau dah sedar? Kau tunggu kejap aku panggil doktor."

Aku berasa lemah. Aku tak boleh menggerakkan badanku. Mataku melilau mencari seseorang. Mana Piqa?

"Ugh..." perutku terlalu sakit hingga aku rasa seperti mahu cabut perutku letak di sebelah.

Doktor dan misi masuk melihat keadaanku. Kondisi aku masih lemah tetapi sudah stabil. Afham menunggu di tepi sementara mereka membuat kerja. Setelah selesai doktor bertemu dengan Afham.

Aku hanya teringatkan Piqa. Mana Piqa?

Afham kembali mendekatiku. "Kau koma hampir sebulan Aaron. Syukur la kau dah sedar."

"Sebulan?"

Lamanya. Aku rasa seperti baru sehari aku tertidur. "Afham, Piqa mana?"

Afham terdiam. Matanya diruncingkan tajam. Pandangannya di alihkan dariku.

"Kenapa Afham? Piqa mana? Dia okay kan?" soalku lagi inginkan kepastian.

"Aa... dia okay. Kau rehatlah dulu. Tak perlu fikir bukan-bukan," jawab Afham.

Aku termenung memandang ke arah siling. Otakku masih kabur. Aku teringatkan mimpi tadi. Tapi mujurlah Piqa tak apa-apa. Aku tak sabar mahu berjumpa dia. Sudah sebulan aku koma, mesti dia sangat rindukan aku.

Selepas dua minggu aku dibenarkan pulang. Sepanjang aku di wad Piqa langsung tidak menjengukku. Aku fikir dia sibuk.

Afham membantu menghantarku pulang ke rumahku. Aku sudah boleh berjalan seperti biasa. Sakit di perutku sudah beransur hilang. Hanya tinggal rasa nyeri luka dalaman sahaja. Aku masih tidak boleh membuat kerja berat, khuatir luka dalamanku terbuka kembali.

"Kau rehatlah. Kalau kau nak apa-apa nanti kau call je aku," ujar Afham sambil membasuh gelas di dapur.

Afham membawaku gelas berisi air kosong.

"Takde kopi ke?" gurauku.

"Kau tu sakit. Buat la cara sakit," kata Afham. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Afham."

"Apa dia?"

"Piqa mana? Kenapa aku call dia tak dapat? Jenguk aku kat wad pun tidak," soalku sambil meneguk air kosong tadi. Tekak aku sentiasa dahaga sejak sedar dari koma.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now