Chapter 36

628 19 0
                                    

Dua biji mata bulat merenung ke arahku. Comel betul anak buahku ini. Sudah pandai senyum. Aku mencium-cium pipi tembam anak abang Mizi.

Sudah sebulan lebih mereka tidak pulang ke kampung selepas kak Ekin habis pantang hari tu.

"Piqa. Tolong akak salinkan diaper Afiq boleh?" pinta kak Ekin sambil mengangkat tangannya yang berlumuran kunyit. Kak Ekin membantu ibuku memasak di dapur sementara aku menjaga anaknya.

"Okay kak!"

Aku menggunakan skill yang aku ada semasa menjaga Afiq ketika kak Ekin di dalam pantang hari tu. Kalau setakat nak jaga baby serah je dekat Nur Syafiqa! Heh!

"Kau dengan budak CEO hari tu macam mana?" soal abang Mizi yang sedang menonton tv di atas sofa.

"Okay je abang Mizi. Kenapa?"

"Baguslah... bila dia nak masuk meminang?"

"Uhuk uhuk!" aku tersedak air ludahku sendiri.

"Dah lama dah berkawan taknak tunang dulu ke at least? Abang tak suka kalau dia just nak main-main."

"Nanti lah abang Mizi," jawabku, "malula tanya macam tu." Aku mengomel-ngomel perlahan.

"Malam ni kan kita nak makan kat luar. Ajaklah dia sekali."

"Dia out of town la. Esok ahad baru balik," balasku. Abangku menggelengkan kepalanya.

Aku menggodek-godek anak buahku. Setelah selesai kupakaikan lampin baru, aku tabur bedak penuh satu badan dan muka.

"Angi la bucuk maksu ni. Tak andi pun angi," kataku sambil kudukung dan kucium-cium pipinya.

Budak bawah setahun tidak elok dimandikan selalu kerana badannya masih tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mengejut. Takut nanti demam pula.

"Abang Mizi tengokkan Afiq ye. Piqa nak tolong mak kat dapur."

"Yelah. Tinggal je la. Abang ade ni tengokkan," balasnya lalu bangun dan baring di sebelah anaknya yang sedang seronok ketawa sendiri bermain dengan jari kakinya.

Seronoknya ada baby. Hari-hari boleh main. Hari-hari boleh peluk cium. Agak-agak Tuan Aaron suka budak-budak tak? Mesti comel. Harimau kalau main dengan kanak-kanak boleh jadi meow!

*Ringggg Ringggg*

Siapa pulak yang call ni? Aku baru nak ke dapur.

"Hello?"

"Hello sayang... buat apa tu?"

"Abang," jawabku teruja, "abang kat mana tu? Tak busy ke?"

"Abang tengah rehat ni. Dalam bilik hotel. Sayang rindu abang tak?"

"Rindulah," bisikku.

"Abang pun rindu sayang jugak. Mmuahh. Hehe..."

"Ish abang ni. Hmm..."

"Sayang dah makan ke belum tu?"

"Belum. Tak siap masak lagi. Abang dah makan?" soalku semula.

"Dah, dessert je belum."

"Dessert?"

"Dessert lah, abang nak makan sayang," jawabnya.

"Abang!"

"Hahahahahaha!!" Tuan Aaron ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia. "Abang gurau je lah sayang. Nak makan sayang tunggu malam pertama lah."

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now