Chapter 30

735 22 0
                                    

“Piqa, lama bha kau cuti?”

“Hehe… aku tak berapa sihat lah Heather.” aku terpaksa menipu semua orang bahawa aku cuti kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebahagiannya masih betul. Memang aku tak sihat. Tak sihat mental.

“Tuan Aaron kerap juga balik kerja awal minggu lepas. Jangan-jangan…”

Errr… Heather boleh tangkap ke yang aku dan Tuan Aaron sudah bersama?

“Hmm… teda apa-apalah.”

Fuhhh..

“Hm… Heather. Kau ada jumpa Tengku Afham tak kebelakangan ni?”

“Teda pun. Mesej-mesej saja. Kenapa?” soalnya.

“Ooo… takde apa-apa. Hehe…” Heather pun kembali ke mejanya bingung.

Aku sangkakan yang mereka juga sudah ke peringkat yang seterusnya. Apa yang Tengku Afham fikirkan? Bukan kah dia menyimpan perasaan terhadap Heather? Atau aku yang salah faham?

Aku memandang ke arah meja kosong di sebelahku. Amir tidak datang kerja. Mungkin dia rasa bersalah terhadap aku?

“Buat apa direnungnya meja kosong tu. Amir dah berhenti kerja lah.” tiba-tiba Encik Saiful bersuara sambil berjalan ke arah pintu ofis.

“Hah? Bila? Kenapa?”

Short notice. Pagi tadi dia resign. Dapat kerja di tempat baru katanya. Sayang. Dia pandai buat kerja,” keluh Encik Saiful sedikit kecewa.

Amir berhenti kerja tiba-tiba? Hmm… Tapi dia dapat kerja di tempat baharu. Mungkin itu yang terbaik buat dia. Juga buat aku. Cuma aku sedikit terkilan kenapa dia tidak memberitahu aku terlebih dahulu. Kami sudah berkawan lama. Kata maaf pun tiada atas apa yang dia dah buat terhadap aku.

*Ting*

Abang : Sayang. Datang bilik abang kejap boleh?

Tuan Aaron? Dia nak apa pagi-pagi ni?

Aku : Okay abang. Jap ye…

Aku bangun menuju ke bilik Tuan Aaron. Hati aku masih berbolak-balik. Aku antara sedih dan lega Amir sudah tidak kerja di sini lagi.

*Tok Tok*

Aku melangkah masuk dengan penuh debaran. Setelah sudah bergelar pasangan kekasih ni, segalanya berubah. Hati aku sudah tidak tenang. Sentiasa berdebar-debar apabila membabitkan Tuan Aaron.

Aku lihat Tuan Aaron sedang duduk menyandar di kerusinya sambil memandang ke langit luar.

“Tuan Aaron, ada apa panggil saya?” aku cuba berlagak profesional.

Dia bangun berdiri dan berjalan merapatiku. Aku ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia datang untuk memeluk badanku, erat.

“Abang…” aku membalas pelukannya.

Dia menarik daguku ke atas dan tunduk mencium dahiku. “I missed you sayang.”

“Mengadalah abang ni. Hari-hari abang datang rumah Piqa pun rindu lagi ke?” soalku sambil menumbuk dadanya manja.

“Mestilah sayang. Abang rindu sayang sentiasa. Setiap saat setiap detik,” balasnya lalu senyum memandang mataku dengan mata yang sayu. Pinggangku masih dirangkul kemas.

Aku tiba-tiba rasa segan. Aku masih tak biasa.

“Ermm… sayang.”

“Ya abang?”

“Abang nak kena balik London malam ni. Ada hal sikit.”

“Hmm… berapa lama?” soalku sedih. Kenapa mengejut macam ni?

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now