Chapter 24

691 25 0
                                    

Aku termenung di atas katilku. Laju pulak kipas siling ni. Pagi-pagi macam ni sejuk! Nak bangun pergi perlahankan pun jadi malas! Otak aku ligat berfikir. Siapa perempuan tu? Ada ura-ura dari makcik bawang mengatakan dia tunang Tuan Aaron.

Habis tu aku ni siapa? Perempuan simpanan dia ke? Kenapa dia cakap dia suka kat aku kalau dia dah ada tunang?

"Tsk! Sampai hati dia tipu aku," rungutku hampa.

Aku sudah meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepadanya. Tak sangka ini balasan yang aku dapat dari dia. Aku kecewa lagi untuk kesekian kalinya.

Air mataku keluar tanpa henti mengenai bantal. Aku membiarkan sahaja ia mengalir bagai sungai jeram yang deras. Kalau tahan pun buat sakit dada je.

"Bodoh nya aku!!!" jeritku di dalam bantal pelukku. Aku mengesat sisa-sisa air di tubir mataku. Tapi luka di hatiku kali ini lebih besar berbanding ketika aku ditolak oleh Amir dulu. Adakah kali ini aku betul-betul sudah jatuh hati dengan Tuan Aaron?

"Aahhh!!!" aku menggonyoh-gonyoh rambut di kepalaku, serabut.

*Ringggg Ringggg*

Ish! Siapa pulak ni pagi-pagi dah kacau aku nak mental kejap.

"Hello Piqa? You free tak tengahhari ni?" soal Tengku Afham.

"Hmm... tak tau lagi lah. Kenapa ya Tengku?"

"I ingat nak ajak you lunch. I ada benda nak mintak pendapat you," katanya dengan nada mendatar. Bunyi macam serius je.

"Hmm... malas la nak keluar hujan-hujan ni Tengku." ujarku tak bermaya.

"Alaa... Piqa. Boleh lah... erm... ha! I nak bincang pasal Heather. Boleh la ek?" pujuknya lagi.

"Heather? Hmm... Yelah yelah..." jawabku mengalah.

"Pukul 12 nanti I ambil you ye?"

Kasihan pula bila dengar suara Tengku yang semacam terdesak. Aku mengambil plushie yang diberikan oleh Tengku dan mengusap-usapnya. "Kejap lagi aku nak jumpa tuan kau. Kau duduk elok-elok kat rumah ye?" aku berbual-bual dengan plushie lembu di tanganku. Aku merangkak keluar dari tilamku.

Tengku menjemputku di rumah dan membawaku keluar makan di old town white coffee berdekatan bandar.

"Kenapa mata you macam bengkak je? You menangis ke?" soal Tengku. Dia mengusap pipiku dengan ibu jarinya.

"Erm... takde apa-apa lah. Hehe..." aku melarikan anak mataku dari Tengku.

"Hmm.. Samalah dengan sorang kawan I ni. Bengkak-bengkak mata menangis kat bahu I," kata Tengku sambil mengangkat bahunya.

"Siapa?" soalku ingin tahu.

"Aaron." kata-katanya terhenti. Matanya melirik ke arahku.

Tuan Aaron menangis?

"You tau apa-apa tak? Kesian I tengok dia sampai meleleh-leleh hingus berjejer. Teruk sangat menangisnya. Macam orang baru putus cinta. Ish ish ish..." dia menggelengkan kepalanya.

Biar betul Tengku ni? Kenapa aku dengar macam over sangat je?

"Erm... dia ada cakap apa-apa lagi tak?" soalku.

"Ada. Dia cakap dia dah tak boleh hidup tanpa Cinta. You kenal ke siapa Cinta? I tak pernah ada kenalan bernama Cinta," dia tersengih memandangku sambil menghirup air kopi latte aisnya.

Cinta? Aku ke yang dia maksudkan? Ke perempuan hari tu? Ughh... aku sudah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku keliru. Tuan Aaron menangis kerana aku?

"Piqa... you sayang Aaron tak?" soalnya tanpa berselindung lagi.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now