Chapter 52

679 19 0
                                    

"Abang, abang nak pergi mana?"

Aku mengemas begku. Aku penuhkannya dengan pakaian.

"Sayang kemas beg pakaian sayang. Abang hantar sayang rumah mak," balasku.

Piqa hanya menuruti kata-kataku. Terdapat garis-garis kerisauan di dahinya.

Aku tak sangka hari ini akan tiba. Aku akan buat yang terbaik untuk keluarga ini. Untuk isteriku dan untuk anakku yang bakal lahir nanti.

"Aaron... We've seen your video that went viral, and it's such a big scandal! We cannot let you continue your service until you clear your name. Or else, it'll tarnish our company's reputation."

"What?!" aku terkejut dengan tindakan drastik dari orang atasanku. "But I'm not proven guilty yet!"

"We know, but, all the shareholders are talking. And we don't want to take the risk to lose our clients too."

Aku terduduk.

Aku tidak kisah kalau aku digantung kerja malah diberhentikan, aku panas hati bila ianya berpunca dari makhluk yang paling aku benci atas muka bumi ini.

"Amir! Kali ni kau memang cari nahas dengan aku!" getusku di dalam hati.

Aku mengangkat beg isteriku dan aku masukkan ke dalam kereta.

"Abang, kenapa ni? Abang nak pergi mana?" soal Piqa lagi termengah-mengah kerana membawa perutnya yang terlalu sarat.

"Abang nak pergi jumpa Afham. Sementara tu sayang duduk rumah mak dulu ye sayang?" jawabku sambil tapak tanganku mengusap pipinya.

"Macam mana dengan Mommy?" soalnya.

"Tak jadi lah sayang. Lagipun sayang tengah sarat ni. Better kalau sayang tak ke luar negara dalam masa terdekat ni," ujarku.

Aku perlu bersihkan namaku. Kalau tidak semua ini tidak akan berakhir. Aku mahu selesaikan ini semua segera.

Once and for all!

"Abang..." Piqa menarik lengan bajuku. "Sayang minta maaf sebab tampar abang," ujarnya bersuara lirih.

"Tak perlu minta maaf. Sayang tak salah pun. Abang yang salah sebab tak jaga diri abang elok-elok kan..." aku mengusap pipinya dengan ibu jariku.

"Jangan lah cakap macam tu. Abang pun kena perangkap dengan Bella kan?" ujarnya cuba berlagak kuat. Sedangkan aku tahu hati wanita mana yang tidak tercalar bila melihat suaminya sendiri disentuh perempuan lain. Tidak kira lah rela atau paksaan.

"Abang janji. Abang akan pastikan semua ni tak akan berulang lagi. Abang akan baiki semua kesalahan abang, kekurangan abang," aku memeluk isteriku kemudian berbisik di telinganya. "Terima kasih sayang, bagi abang peluang setiap kali."

Dia membalas pelukanku. "Promise me, don't do anything rash."

"I'd lose my job for you. I'm more than willing to do anything for you my love."

Cengkaman tangannya yang kuat pada bajuku sudah cukup menceritakan betapa dia juga tidak sanggup berpisah denganku.

Aku pun menghantar isteriku ke rumah orang tuanya. Kemudian dengan berat hati aku bergegas untuk bertemu dengan Afham di rumah keduanya di KL.

"Aku dah agak benda ni akan jadi. Aku rasa ada orang dalam yang tak puas hati dengan kau ni," ujar Afham.

Aku mengetuk-ngetuk jariku di atas lengan kerusi. Aku tak pasti siapa yang begitu dengki dengan hidupku. Aku tak pernah membuat musuh dengan sesiapa.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now