Chapter 22

728 27 0
                                    

"Haih..."

Aku mengetuk-ngetuk dahiku perlahan di atas meja seperti burung belatuk.

"Kau asal teruk sangat aku tengok. Macam ayam berak kapur," tegur Amir. Aku tiada tenaga dah nak berbalas perbualan dengan Amir.

Sudah seminggu Tuan Aaron ke UK masih tidak pulang-pulang. Aku rasa... rindu? Rindu senyumannya. Rindu layanannya. Rindu kehangatan kulitnya. Rindu mahu menatap wajahnya. Rindu untuk dengar suaranya. Rindu semua tentangnya.

"Hm..." Amir menggeleng kepala, "Piqa."

"Ye..." aku toleh mukaku. Terasa pipiku di cucuk sesuatu. Amir menghulurkan aku gula-gula.

"Thanks..."

Aku membuka plastik dan memasukkan gula-gula itu ke dalam mulut. Manis. Tapi tekak aku terasa pahit. Aku tiada selera. Adakah ini yang di namakan cinta? Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena.

Hah! Nafasku terhenti. Semua symptom aku ada! Kau biar betul Syafiqa? Aku berperang di dalam kotak fikiranku. Adakah aku sudah jatuh hati dengan Tuan Aaron? Tapi sejak bila? Atau pun kerana berjauhan menyebabkan aku keliru? Hmmm...

"Malam ni kau free tak?" soal Amir.

"Free je. Kenapa?"

"Jom tengok wayang? Ade movie baru keluar. Malam minggu layan midnight movie pun best jugak," cadang Amir teruja.

Aku termenung melihat ke arah bunga ros yang sudah layu dan kering di hadapanku. Seperti mana layunya hati aku ketika ini. Cinta kalau tak disiram mana mungkin boleh segar mewangi. Tuan Aaron sudah seminggu hilang tanpa khabar berita. Telefon tidak berjawab. Tidak langsung bertanya khabar.

"Jom lah. Aku pun takde apa nak buat malam ni. Kau belanja kan?" usikku.

"Ye... aku belanja. Kau bawak diri je," balas Amir.

Aku tercengang. Sejak bila Amir jadi pemurah dengan aku ni?

"Kau tak payah nak buat terkejut sangat lah. Takkan aku nak suruh date aku keluar duit. Tak gentleman lah."

Date?!

"B-banyak la kau punya date! Aku just teman kau tengok movie je. Kebetulan a-aku free malam ni," kataku tergagap-gagap dek kerana berdebar mendengar kata-kata Amir. Amir tersengih melihat gelagatku.

"Suka hati kau lah nak anggap apa. Aku nak kau happy je. Kau asyik mengeluh je sebelah aku. Dah naik bernanah telinga aku ni mendengarnya." Amir menggosok telinganya.

Mana aku tak mengeluh! Prince charming aku sudah seminggu menghilangkan diri. Mata aku sudah ketandusan makanan. Tiada lagi wajah tampan itu untukku tatap.

Hari-hariku terasa panjang. Terasa tidak bersemangat untuk kerja. Tapi apakan daya demi sesuap nasi dan rezeki yang halalan toyyiban. Inilah masanya untuk aku membalas jasa orang tuaku. Membanting tulang empat keratku meringankan beban mereka.

Aku mengemas beg galasku. Aku campak-campakkan sahaja barang-barangku ke dalam. Aku lihat Amir sudah menungguku di birai pintu.

"Kau turun la dulu," kataku kepada Amir.

"Takpelah. Aku tunggu kau. Kita gerak sama-sama," balas Amir sambil jarinya menekan-nekan skrin telefon pintarnya. Sungguh aku tak biasa dengan layanan baik dari Amir. Tetapi sudah seminggu dia layan aku begini. Sekurang-kurangnya rasa nak termuntah tu sudah hilang.

"Jom!" kataku berjalan di sebelahnya.

"Bak sini beg kau. Biar aku bawak."

Belum sempat aku berkata apa-apa dia sudah menarik begku dan menyandangnya di bahu kirinya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now