Chapter 23

683 28 0
                                    

"Abang Aaron."

Mel datang memeluk lenganku. Di hadapan Piqa!

*Prang*

Gelas yang dipegang oleh Piqa terlepas dari tangannya. "Hisss..." Piqa meringis sakit kerana tangannya terkena air kopi panas yang terpercik.

Aku menolak Mel dan meluru ke arah Piqa. "Piqa! Are you okay?"

Matanya kemerahan menahan air jernih dari terbit. Aku tak pasti adakah kerana menahan sakit terkena air panas atau menahan sakit hati melihat Mel yang mesra denganku.

Aku mencapai tangannya, "Give me your hand. Let me have a look."

Namun belum sempat aku membelek tangannya, dia menyentap lengannya dariku. Dia menggigit bibirnya dan memalingkan mukanya dariku.

"Let me take care of this," kata Andrew sambil mengutip serpihan gelas di atas lantai cermat. "Piqa, pergi basuh tangan dengan air paip," sambungnya lagi.

"Hooo... look what we have here," Amir melangkah masuk ke dalam pantry. Dia menjeling ke arahku dan tersenyum sinis. Amir membantu Piqa mengalirkan air paip di bahagian tangan yang terkena air panas tadi.

"Balik dari kampung bawak calon isteri?" sindir Amir.

"Weh Amir. Hormat sikit tu bos kita kan," bisik Piqa kepada Amir sambil menyiku lengan Amir.

Amir mengangkat tangan Piqa dan menghembus-hembusnya sambil dia mengerling ke arahku dengan jelingan maut.

"Piqa... it's not what it looks like. Mel ni..." belum sempat aku menghabiskan ayatku Mel datang lagi memeluk lenganku kembali dengan lebih mesra.

"Abang. Mak abang suruh Mel datang jenguk abang kat ofis. Jom lunch sama-sama?"

Aduhhh...

Aku menarik tangan Mel yang hanya tulang itu dan mengheretnya keluar. Lagi lama dibiarkan Mel di sini makin serabut pintalannya nanti. Susah untuk aku rungkaikan.

"What were you thinking? In front of my colleagues!" tempikku berang. Mujur tiada orang di perkarangan tempat letak kereta ini. Cuaca terik berbahang.

"Apa masalahnya? Aren't we practically engaged?" jawabnya sambil menyisir rambut di bahunya.

"Engaged? Since when? Kan kita dah janji nak bawak haluan masing-masing?" aku menggaru-garu kepalaku serabut dengan apa yang berlaku.

"Lepas dapat tahu you CEO dekat company ni, I changed my mind. You're single after all. So why not kan Abang Aaron?" ujarnya tersengih-sengih.

Haih... boleh pulak macam tu? Aku mula rasa menyesal mempercayai kata-katanya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata aku kena terima lah padahnya.

"Look... I already have someone I like. So you better off lupakan niat you tu," aku bercekak pinggang memikirkan bahana apa yang telah aku buat ni.

"Mommy tahu ke?" soalnya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ermm... tak. You jangan memandai-mandai bagitahu dia pulak."

"Well... it depends on you," katanya mengangkat bahu.

Cis! Berani betul kau blackmail aku. Mujurlah kau anak kawan ibuku. Kalau tak dah lama aku bagi penerajang. Tak padan dengan kecik!

"What do you want me to do?" aku layankan sahaja permintaannya. Janji tidak melampaui batas.

"I want you to go on dates with me every weekends!"

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now